Bab 30: Rancangan Badrul

Romance Completed 156045

"Ish, aku tahulah. Tak perlu nak ulang beratus kali! Rimas tau tak?!" PANG! Satu tamparan kuat dilayangkan pada pipi mulusnya sebelum dia hilang kawalan lalu terjelepok ke atas lantai.

Pipi yang berdenyut-denyut itu dipegang dengan rasa tidak percaya dan marah. Farah menatap tajam wajah lelaki yang bertinggung di hadapannya sambil tersenyum sinis. Pipi Farah dicuit sekilas sebelum leher jinjangnya dicekik kasar.

"Kau dengar sini ye, sekali lagi kau lawan cakap aku, teruk aku kerjakan kau! Perempuan murah!" Ditamparnya berkali-kali pipi yang sama sehingga hujung bibir Farah pecah dan berdarah.

"Sakit...sakit Badrul." Sebagai insan yang lemah, apa yang boleh dia lakukan selain daripada meminta simpati. Setelah puas mengerjakan perempuan simpanannya, lelaki itu bangun lalu menghenyakkan punggung di atas sofa dan membakar puntung rokoknya sebelum menyendut asap daripada rokok itu tanpa berkalih kepada tubuh Farah yang menggigil di atas lantai.

"Bangun!" Dengan terketar-ketar, Farah mengesotkan badannya menghampiri Badrul.

"Mulai minggu depan, aku nak kau start buat kerja kau. Aku taknak dia dapat hidu apa-apa pasal plan kita. Faham?!" Sergahan itu dibalas dengan anggukan daripada Farah yang masih tidak berani mengangkat wajahnya.

"Bagus! Macam tulah yang aku nak." Ditarik mendekat dagu wanita itu sebelum dia mengucup bibir Farah yang sudah bengkak dengan kesan darah. Dalam keadaan yang tidak rela, Farah membiarkan sahaja perlakuan Badrul. Mahu melawan, makin parah dia dikerjakan nanti.

Dia sudah lama tinggal sebumbung bersama Badrul. Sejak usianya 17 lagi, dia sudah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur tanpa bantuan sesiapa, demi mencari sesuap nasi. Namun, tanpa dia jangka, hidupnya berakhir dengan tragedi akibat perasaan cintanya terhadap lelaki tak guna itu.

Musang bertopengkan manusia itu bijak melafazkan janji-janji palsunya bahawa dia akan menjaga serta memikul tugas dalam menjaga Farah sehingga wanita itu berjaya namun, setelah beberapa bulan tinggal bersama, Farah mula sedar bahawa dirinya sudah menjadi mangsa penipuan lelaki tersebut.

Tubuhnya digunakan sebagai alat pemuas nafsu semata-mata, dan sekiranya dia melawan, dia akan dibelasah tanpa belas kasihan. Namun, Farah masih bertahan kerana dia tidak memiliki sesiapa dalam hidupnya, yang boleh membantu dia keluar dari belenggu kemiskinan.

Dan sejahat-jahat Badrul, lelaki itu tidak pernah membiarkannya kebulur apatah lagi menyuruhnya melayan nafsu serakah lelaki lain. Hal itu membuatkan dia masih bertahan dengan Badrul sehingga ke hari ini walaupun kadang kala, dia berasa penat untuk teruskan hidup bersama lelaki yang berhati batu sepertinya.

"Sa...sakit." Farah meringis apabila bibirnya digigit halus oleh Badrul. Pautan pada bibirnya dilepaskan serta merta. Wajahnya ditilik lama oleh Badrul.

"Kau ni, cantik. Tapi sayang, kecik-kecik lagi mak bapak kau taknak bela kau. Aku cuma nak kau berlakon aje. Berlakon sebagai perempuan baik dan buat Mikael jatuh cinta pada kau. Tapi, ingat. Sekadar berlakon. Kau jangan pergi ikut dia masuk dalam bilik pulak, kau jangan nak sentuh-sentuh dengan dia!" Tempikan cukup memeranjatkan Farah sehingga dia melarikan pandangannya daripada terus menatap wajah bengis Badrul.

**********

Dengan tergesa-gesa dia mengejar langkah Mikael dari belakang. Kasut tumit tinggi yang tersarung pada kakinya menyukarkan pergerakan Farah untuk berjalan pantas sehingga dia hampir tergelincir sebentar tadi. Mujur sahaja dia sempat berpaut pada tiang yang disediakan di laluan pejalan kaki. Kiri kanan ditoleh supaya tiada yang perasan bahawa dia sedang mengekori Mikael.

Bub!

"Alamak!" Dengan kalut dia menjauhkan wajahnya daripada terus menyembam pada belakang badan lelaki di hadapan.

Macam mana aku boleh terlanggar dia ni? Getusnya. Dengan riak bersalah dia menunduk beberapa kali sambil tersenyum hambar. Kini dia dihantui pula dengan perasaan malu dan takut dimarahi oleh lelaki itu.

"Cik okay?" Cepat-cepat Farah menggeleng kepala. Ya, dia bukanlah seorang yang pandai menipu. Tatapan tajam daripada lelaki itu mengelukan lidah dan bibirnya daripada mengeluarkan kosa kata untuk membela diri jika dia dimaki sebentar lagi. Namun, melihat pada reaksi lelaki tersebut, dia sepertinya tidak marah.

"Kita pernah jumpa kat mana-mana ke before this?" Gulp. Air liur ditelan bagi membasahkan hujung lidah yang terasa kebas seakan dibius. Suaranya tenggelam timbul di sebalik anak tekak.

"Err...err rasanya tak. Kenapa?" Hampir tertepuk dahi sendiri saat mendengar soalan yang terpacul dari mulut sendiri.

"Entah. But, you reminds me of someone. But i cant guess who is it." Mikael tersenyum nipis sambil menunduk dan berlalu meninggalkan Farah terkebil-kebil bersendirian di atas laluan pejalan kaki.

"Err...encik! Encik tunggu jap!" Misi utamanya belum diselesaikan lagi.

"Ya?" Mikael memandangnya dengan hairan.

"Saya...saya baru lagi kat KL. Sebenarnya, saya nak cari kerja kat sini. Cuma, cuma saya takde kelulusan sangat. Saya anak yatim. Encik tahu ke mana-mana tempat yang perlukan pekerja buat masa sekarang?" Soal Farah tanpa segan silu. Sebenarnya skrip yang diberikan oleh Badrul jauh berbeza dengan apa yang dia ungkapkan sebentar tadi.

"Hmm..." Lama Mikael berfikir. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Apabila dia terdengar penjelasan daripada Farah bahawa dia merupakan seorang anak yatim, serta merta hatinya jatuh kasihan dengan nasib wanita berkenaan. Dia terfikir mengenai Hanis. Kalaulah, dia tidak ditemukan dengan Hanis pada malam itu, entah apalah nasib isterinya sekarang. Wajahnya berubah mendung.

"Encik? encik?" Melihat Mikael yang diam tanpa sebarang reaksi, Farah bertindak melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Mikael supaya lelaki itu sedar daripada lamunan.

"Ya...ya... Eh. Maaf. Saya tengah fikir pasal permintaan awak tadi. Well, so far kat syarikat saya, takde kekosongan dalam apa-apa jawatan. Yang ada pun, jawatan yang kurang sesuai dengan awak. Tea lady je yang ada kekosongan buat masa sekarang, sebab tea lady lama tengah cuti bersalin." Terang Mikael lebih lanjut.

"Eh, tea lady pun boleh encik. Saya tak kisah." Dengan tiada pendidikan dan sebarang kelulusan, Farah rela melakukan apa-apa tugas sekalipun. Sekiranya dia tidak berjaya mendapat kerja di bawah syarikat Mikael, dia bakal dikenakan hukuman berat oleh Badrul.

"Cik tak kisah ke? Kerja sebagai tea lady?" Soal Mikael lagi. Bukannya apa, dengan kecantikan dan usia Farah, belum tentu dia mahu bekerja sebagai tea lady sahaja.

"Tak. Janji saya ada kerja yang boleh tampung hidup saya." Mikael mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis.

"Okay, esok awak datang syarikat saya. Ni kadnya. Details pasal lokasi syarikat semua ada kat situ." Mikael mengeluarkan sehelai kad dari poket kemejanya dan terus menghulurkan kad berkenaan kepada Farah. "Lepas dah sampai, awak pergi ke tingkat 12 dan jumpa dengan secretary saya, nama dia Adira. Bagitau kat dia, awak tea lady yang baru. And later she will give you some briefing regarding your job and so on. Is that clear enough so far Miss...?"

"Farah. Saya Farah." Jawabnya sambil tersenyum manis.

"Okay, Cik Farah. See you tomorrow. Make sure pukul 8 pagi dah sampai office." Sempat dia berpesan sebelum melangkah ke arah keretanya.

Belum sampai seminit Mikael meninggalkan kedudukan Farah, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dikeluarkan peranti itu dari dalam beg tangan dan dilirik sekilas nama pemanggilnya. Farah mengeluh sebelum menekan butang terima dan melekapkan telefon bimbit itu pada telinga.

"Ha...dah okay. Esok dah boleh start kerja. Tea lady je. Dahtu, takkan nak harapkan dia bagi kerja pembantu CEO pulak. Bad sendiri tahukan yang...." Belum sempat dia menghabiskan kata, panggilannya terus dimatikan oleh Badrul.

"Dasar lelaki sewel!" Skrin telefonnya dilihat dengan geram. Setelah beberapa minit terpacak di bawah panas matahari terik, Farah memutuskan untuk pulang sahaja. Esok dia kena buat dua kerja dalam satu masa. Sempat dia melepaskan keluhan berat buat kedua kalinya, sebelum mengorak langkah ke arah pondok bas yang terletak tidak jauh dari situ.

next chapter...noti tak masuk ye guys..kene selalu cek lepas ni...btw thanks kpd yg refollow Cass semula. happy reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience