BEBERAPA helain kertas keluar dari mesin pencetak. Setelah semua helaian selesai dicetak, Idayu mengambil dan menyusun kertas-kertas tersebut. Dia tersenyum puas disaat meneliti hasil kerja yang baru disiapkannya itu. Semua helaian kertas itu kemudian dikepil dan dimasukkan ke dalam sebuah fail. Ketika itu, salah seorang rakan sekerja Idayu melintas di belakang dan sempat mengerling pandangan ke arah hasil kerja yang berada di tangan Idayu.
"Dah siap design kau Ayu? Boleh aku tengok?" Hanis menegur Idayu. Idayu langsung berpaling ke belakangnya untuk bertatapan wajah dnegan temannya itu.
"Ah, baru siap.." Idayu menunjukkan fail yang berada di tangannya. Hanis segera mengambil fail dari tangan Idayu dan meneliti hasil kerja temannya itu. Idayu hanya tersenyum bangga. Dia yakin, dirinya sudah menghasilkan rekaan terbaru dengan sebaik mungkin. Wanita itu sangat berharap hasil kerjanya itu akan memenangi pertandingan yang telah diakan oleh syarikatnya itu. Setelah beberapa detik meneliti hasil kerja Idayu, Hanis melopong dan terbuntang matanya.
"Wah, bagus betul design kau ni.. Lengkap dengan penerangan yang jelas.. betul-betul terpeinci.. Gabungan warna pun menarik dan sesuai.. material fabrik pun sesuai dengan design.." Hanis kagum dan memuji hasil kerja Idayu.
"Kau punya dah siap ke?" Idayu pula bertanya.
"Dah.. tapi tak sebaik kau.. aku rasa, kau dah yang akan menang pertandingan ni nanti.. semoga cepat jadi ketua jabatan.." Hanis terus memuji.
"Eh, belum tentu lagi.. hasil orang lain kita tak tahu lagi.. lagipun yang buat pemilihan pemenang tu nanti, CEO sendiri.. entah-entah, kau yang menang, dapat jadi ketua jabatan.. aku ni pun, bukannya berpengalaman sangat.. baru berapa hari je jadi designer.." Idayu cuba merendah diri. Walaupun dirinya sendiri mempunyai angan-angan untuk memenangi pertandingan, namun dia juga tidak terlalu berharap dengan menaruh keyakinan yang sangat tinggi. Bagi Idayu, harapan itu perlu berpada-pada. Jika terlalu berharap, besar kemungkinan dirinya sendiri akan kecewa dan tidak mampu menerima hakikat jika kemenangan tidak menjadi miliknya nanti.
"Pengalaman bukan ukuran kualiti seseorang.. Paling penting berbakat.. ada idea dan kemampuan.. pengalaman ni untuk kita timba ilmu, belajar dari kesilapan lalu, belajar dari kelebihan orang lain.. itu je.. kalau berpengalaman lama pun, tapi tak belajar memperbaiki diri, takde guna juga Ayu.. Aku yang dah empat tahun jadi designer pun tak mampu buat design sebaik kau.. zaman sekarang, orang tak kira siapa makan garam dulu.. zaman sekarang ni macam-macam dah ada.. siapa makan milo dulu.. siapa makan steak dulu.. kalau setakat makan garam dulu tu, dia tu la yang kena darah tinggi dulu.." Hanis memberi pandangan sambil berseloroh. Idayu langsung tertawa mendengar ucapan temannya itu.
"Aku pun banyak benda lagi nak kena belajar Nis.. ada bakat saja, tanpa pengalaman pun susah jugak.. macam aku, nak dapat kerja jadi designer ni, sekarang baru dapat, padahal dah bercita-cita sekian lama dah..sebabnya takde latar belakang pendidikan dan pengalaman la.. zaman sekarang ni, nak dapat kerja pun, kalau bukan graduate, kena ada 2,3 tahun pengalaman kerja baru dapat.. yang baru graduate, freshie pun susah.. sebab tu ramai orang sekarang menganggur walaupun dah habis belajar.."
"Aik.. habis tu macam mana kau lepas untuk mohon jadi designer kat Kencana Tekstil? takkan kau tipu dalam resume? bagi transkrip tipu? Syarikat kita ni bukan syarikat kecil.. bukan sebarang orang dapat apply.." Hanis kebingungan.
"Aa...itu.. aku tak tipu la.. emm.. sebenarnya.. Encik Adam ada tengok portfolio aku.. dia tengok design-design yang aku dah buat sebelum ni.. dia puas hati.. sebab tu dia lantik aku jadi designer kat sini.." Idayu cuba bersikap jujur. Dia agak gugup untuk menjawab dan perlu berhati-hati dalam memberi jawapannya agar hubungannya dengan Adam tidak terbongkar.
"Encik Adam? Encik Adam mana? maksud kau Encik Adam CEO? Setahu aku, takde dah orang nama Adam kat syarikat ni selain CEO.."
"Err... ya.. dia la.." Idayu tersengih sambil menggarukan kepala.
"Hah, macam mana pula Encik Adam boleh tengok portfolio kau? Nak jumpa dia bukan senang.. malah kalau interview pun, dia tak pernah interview sendiri pekerja.. biasanya pengarah dan timbalan pengarah je yang buat interview pekerja." Hanis semakin ingin tahu. Idayu pula semakin cemas. Dia mula merasakan dirinya semakin terperangkap dengan soalan-soalan yang ditujukan oleh Hanis.
"Aku.. aku.. sebelum ni.. aku kan pembantu Encik Adam.."
"Hmm.. lagi pelik.. padahal selama ni Encik Adam tu tak suka dekat dengan perempuan.. Setiausaha dia pun Encik Shakir, lelaki.. Macam mana kau boleh jadi pembantu dia? Ke kau ada apa-apa dengan dia?" Hanis membuat tekaan. Idayu mula terperangkap. Dia menjadi rimas dan ingin sahaja melarikan diri tanpa menjawab pertanyaan sahabatnya itu.
"Emm.. aku.. aku mana la tahu.. dah dia nak lantik aku.. aku terima je la.. kau.. kau jangan duk fikir bukan-bukan.. lagipun.. Encik Adam tu.. dia okay la.." Idayu tergagap dalam menjawab.
"Ish.. takkan kau tak tahu.. selama ni dah heboh la orang duk kata.. Encik Adam tu geng kunyit.. dia tak suka kat perempuan.. sebab tu dia tak banyak cakap.. diam je.. muka pun masam kalau depan perempuan.."
"Bukanlah.. dia tak macam tu! Encik Adam tu elok je la.. mana ada dia suka lelaki." Idayu cuba membela majikannya. Selama ini fitnah sebegitu sudah tersebar luas dikalangan pekerja di syarikat tersebut. Idayu tidak ingin suaminya itu terus difitnah dan khabar angin mengenai suaminya itu perlu disekat.
"La.. yang kau nak marah ni kenapa? Mana kau tahu Encik Adam tu tak macam tu? Padahal semua orang duk kata macam tu.." Hanis menjadi pelik dengan tindak balas Idayu yang tiba-tiba menggelabah dan meninggikan nada suaranya ketika membela majikan mereka. Fail Idayu yang berada di tangannya segera ditutup dan diletakkan di atas meja Idayu.
"Aku.. aku bukannya marah.. aku tak suka la korang duk sebar fitnah macam tu.. kau ada bukti ke nak kata dia tu geng kunyit? Tak baik la kalau duk fitnah orang tanpa bukti.. lagipun aku rasa.. Encik Adam tu bukan tak suka perempuan.. tapi dia trauma dengan perempuan kot.. mungkin sebelum ni dia ada pengalaman pahit dengan perempuan.. sebab tu dia jadi trauma dan taknak dekati perempuan.. Lelaki macam ni biasanya jenis yang setia dan betul-betul sayangkan pasangan dia."
"Amboi, cara kau bercakap ni, macam dah kenal betul dengan Encik Adam.. tahu sejarah silam dia.. bagitau la aku kalau kau betul-betul ada apa-apa dengan dia.." Hanis cuba memancing informasi sambil mencuit bahu Idayu.
"Kan aku cakap mungkin.. mungkin ya, mungkin tidak.. tapi ada kebarangkalian la dia jadi macam tu sebab sejarah silam.. kalau gay, dia takde masalah pun dengan perempuan.. cuma keinginan nafsu dia je yang lebih tertarik kepada kaum sejenis. Tapi Encik Adam kan tak suka dekat dengan perempuan.. tapi tak tanda-tanda pun dia suka kat lelaki.. maknanya dia mungkin ada masalah dalam perhubungan dia dengan perempuan sebelum ni.. mungkin tunang dia tinggalkan dia untuk lelaki lain ke.." Idayu menyusun bicara dengan sebaik mungkin.
"Hmm.. betul juga kata kau.. tapi macam mana kau dapat jadi pembantu dia kalau dia tak suka dekat dengan perempuan?" Hanis masih ingin tahu. Ketika itu juga Nora yang juga selaku timbalan ketua jabatan menghampiri mereka.
"Apa yang korang duk bualkan tu? tak payah nak bergosip sangat dalam office ni.. kerja korang dah siap?" Nora tiba-tiba menyergah dan menghentikan perbualan Idayu dan Hanis. Idayu serta merta menjatuhkan pandangan wajahnya, manakala Hanis pula memalingkan wajahnya dari Nora sambil mencebik bibir dan matanya menatap siling.
"Kerja dah beres.. saya duk bincang pasal pertandingan design tu je dengan Ayu.. design dia pun dah siap.. lawa.. mungkin Ayu akan menang pertandingan tu nanti." Hanis selamba menjawab.
"Dah siap? baguslah.. sini, serahkan kat saya.." Nora meminta hasil kerja yang sudah disiapkan oleh Idayu.
"Eh, kenapa pula? bukan ke design untuk pertandingan ni perlu diserahkan terus kepada Encik Shakir, Setiausaha CEO?" Hanis menjawab bagi pihak Idayu.
"Saya timbalan ketua jabatan.. sebagai pegawai tertinggi kat jabatan ni, saya berhak tengok dan ambil hasil kerja kamu." Nora cuba menggunakan kuasanya sebagai pegawai atasan.
"Mana boleh macam tu.. kalau untuk kerja, ya, kami perlu serahkan kepada awak.. tapi untuk pertandingan ni, kan dah jelas, karya perlu diserahkan terus kepada Encik Shakir dan akan dinilai sendiri oleh CEO.. " Idayu mula bersuara mempertahankan haknya.
"Tapi tak salah pun kalau serahkan kat saya dahulu.. memang saya tak perlu buat penilaian pun., tapi kan lebih senang semuanya serah kat saya dan kumpulkan semua dahulu sebelum diberikan kepada Encik Shakir?" Nora tetap ingin mengeraskan kehendaknya.
"Maaf, saya takkan bagi.. peraturan pertandingan, tetap satu peraturan.. kena la ikut.." Idayu turut bersikap keras.
"Kurang ajar.. baru kerja berapa hari, dah nak tunjuk belang?" Nora semakin naik angin.
"Apa yang bising-bising ni?" Tiba-tiba Shakir muncul di sana. Nora lekas berpaling dan melihat setiausaha CEO mereka yang berdiri di belakangnya.
"Takde apa-apa.. cuma pekerja baru ni dah berani melawan perintah pegawai atasan.. Encik Shakir jangan risau.. nanti saya akan berikan laporan prestasi." Nora segera menjawab dan menundukkan wajahnya ketika berhadapan dengan Shakir.
"Melawan perintah? Perintah apa yang dia lawan?" Shakir bertanya lagi.
"Emm.. dia.. dia.." Nora tergagap untuk menjawab.
"Encik Shakir.. ini design yang saya dah siapkan untuk pertandingan tu.. bukan ke design setiap orang perlu dihantar terus kepada Encik Shakir?" Idayu segera menghulurkan fail yang mengandungi hasil kerjanya kepada Shakir. Melihat fail yang dihulurkan oleh Idayu, Shakir langsung menyambut dan tersenyum.
"Ya! Hasil design setiap orang yang ingin ikut serta pertandingan ni perlu serahkan sendiri kepada saya.. saya takkan terima karya yang diberikan kepada orang lain terlebih dahulu. Ada sesiapa lagi yang nak hantar penyertaan untuk pertandingan design?" Shakir bertanya kepada semua pekerja di sana. Beberapa orang yang lain turut menyerahkan hasil karya mereka kepada Shakir. Idayu dan Hanis pula tersenyum sambil menatap ke arah Nora yang tertunduk dihadapan Shakir.
"Dah masuk waktu rehat.. jom kita pergi makan.." Idayu melihat jam ditangannya dan segera mengajak Hanis untuk keluar makan bersamanya. Hanis terus mengangguk sebagai menerima pelawaan Idayu dan merangkul lengan Idayu. Nora pula sedikit mendengus dan berpaling punggung sebelum membuka langkah kakinya meninggalkan kawasan tersebut.
Share this novel