Bab 26

Romance Series 72549

DAHI Adam berkerut sambil matanya dipicing ketika menatap lukisan rekaan fesyen yang diterimanya. Dia perlu membuat penilaian dan pemilihan terhadap beberapa rekaan fesyen terbaru untuk dibincangkan di dalam mesyuarat nanti. Namun salah satu rekaan fesyen yang ditatapnya itu sedikit sebanyak telah mengganggu fikiran. Adam segera menekan butang interkom di telefonnya dan menghubungi setiausahanya.

"Shakir, tolong bawakan kepada saya semua design fesyen yang dah kita hasilkan untuk tahun ni." Adam memberikan arahan. Selesai menyampaikan arahannya, panggilan terus dimatikan. Mata lelaki itu masih melekat di helaian kertas yang terdapat lakaran rekaan fesyen terbaru. Beberapa helaian kertas lain turut dibelek dan diperhatikan berulang kali.

Tidak lama kemudian, Shakir mengetuk pintu dan langsung masuk ke bilik Adam. Beberapa buah fail yang berada dipegangan tangannya diserahkan kepada Adam. Tanpa berlengah, Adam segera mencapai fail yang dihulurkan dan membelek beberapa helaian kertas lukisan. Setelah meneliti beberapa lukisan, Adam kemudian terpaku pandangannya kepada satu lukisan. Seketika kemudian, dia meneruskan lagi untuk membelek helaian kertas lain. Kali ini Adam sekali lagi fokus memerhatikan lukisan fesyen daripada fail yang diterimanya.

Setelah yakin dan berpuas hati dengan hasil cariannya, Adam menghempaskan fail di tangannya itu ke atas meja dengan kasar. Lelaki itu kemudian menyandarkan belakang badannya ke kerusi, seraya menghembuskan satu nafas kasar. Shakir yang hanya memerhati tindak tanduk majikannya itu dari tadi kini baru mula bersuara.

"Kenapa Encik Adam? Ada apa yang tak kena dengan design kita sebelum ni?"

"Design kita sebelum ni takde masalah.. cuma.." Adam menghentikan ucapannya. Sejenak kemudian, lelaki itu bersuara kembali.

"Ini.. lukisan design Nora sebelum ni.. tapi lukisan yang terbaru dia ni, tak sama.."

"Maksud Encik Adam?" Shakir mula curiga.

"Awak tengok sendiri.. Ini lukisan dia yang sebelum ni.. semua hasil kerja dia nampak sama.. tapi lukisan yang terbaru ni, sangat berbeza." Adam memberi penjelasan sambil menunjukkan dua lukisan untuk dibandingkan.

"Tapi.. yang terbaru ni, nampak lebih menarik.. elegan.. nampaknya dia dah ada peningkatan." Shakir tersenyum, seolah berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh Nora.

"Lukisan yang terbaru ni.. berbeza dengan sebelumnya.. bukan sebab peningkatan dia.. Lukisan yang terbaru ni, saya sangat kenal.. ini lukisan Idayu.. Saya cam dengan stroke lukisan Idayu. Dah berpuluh lukisan design dia saya perhatikan.. Lagipun, setiap lukisan Idayu, dia ada ciri khas yang tersendiri.. lagi-lagi kat bahagian hujung kain dan lengan.. Awak tengok, design orang lain dan design Nora sebelum ni.. mana ada ciri-ciri dan stroke macam ni.." Adam menghalakan hujung jari telunjuknya ke arah rekaan fesyen yang berada di atas mejanya. Shakir fokus memerhati dan membuat penilaian sebagaimana yang diberitahu oleh majikannya itu.

"Ya.. betul.. lukisan ni memang nampak lain."

"Kalau ini lukisan orang lain, saya memang takkan perasan.. tapi saya sangat kenal dengan lukisan Idayu.." Adam menunjukkan riak wajah yang masam mencuka.

"Hmm.. Nora sekarang timbalan ketua jabatan.. semua hasil rekaan daripada designer akan diserahkan kepada dia terlebih dahulu.. Mungkin disebabkan tu la dia menipu dan menukar hak milik design tu di atas nama dia sendiri.. mentang-mentang Puan Idayu pekerja baru, jadi senang la dia nak buli.." Shakir mula mendapatkan gambaran mengenai hal yang sudah berlaku.

"Tapi dia silap tempat dan silap orang untuk dibuli.." Adam bersuara geram.

"Yalah.. dia mana tahu, yang dia buli tu isteri CEO.." Shakir tersenyum.

"Saya pun tak tahu, selama ni, entah berapa orang yang dah dibuli macam ni kat sini.. Mungkin Idayu bukan mangsa pertama.. Saya takkan biarkan benda macam ni berulang lagi.. Setiap orang ada hak masing-masing, tak kira apa pun jawatan dia kat syarikat ni.. Shakir, awak tolong siasat dan pastikan Idayu tidak dibuli oleh sesiapa pun."

"Baiklah.." Shakir mengangguk faham. Sejuru itu juga, pintu bilik Adam diketuk dari luar. Kemudian Idayu membuka pintu bilik dan menjenguk kepalanya ke dalam.

"Emm..Encik Adam.. boleh saya nak bercakap sekejap?" Idayu bertanya dari muka pintu.

"Masuklah." Adam memberi izin. Shakir pula lantas berundur dan segera ingin meninggalkan pasangan suami isteri tersebut. Lelaki itu hanya mengangguk kecil sambil tersenyum kepada Idayu semasa berselisih dengan wanita itu. Shakir sempat menjeling dan melebarkan senyuman apabila melihat pasangan suami isteri yang sedang berdua-duaan di dalam bilik pejabat itu. Setelah Shakir menghilang, Idayu pula dengan pantas mendekati Adam.

"Encik Adam.."

"Tak payah nak panggil Encik la.. Bukan ada orang lain pun kat sini." Adam memintas percakapan Idayu dengan sebuah protes.

"Ish.. kita masih kat pejabat.." Idayu memuncungkan bibir mulutnya.

"Tapi kita kan kat dalam bilik.. takde orang lain pun.."

"Ah, takde.. you still my boss.."

"Hmm.. sudahlah.. oh, ya.. Sayang.. abang ada benda nak tanya sikit.." Adam memangil Idayu agar berada lebih dekat dengannya menggunakan isyarat tangan. Idayu tanpa berlengah, segera merapati suaminya itu.

"Ada apa?"

"Ini.. ini lukisan design sayang kan?" Adam menunjukkan lukisan pada kertas yang berada di atas mejanya. Idayu terdiam setelah melihat lukisan yang ditunjukkan oleh suaminya itu.

"Kenapa?" Idayu bertanya ringkas.

"Abang cuma nak tahu.. this is your design right?" Adam mengulangi pertanyaannya.

"Hmm.. kan kat situ di tulis nama Nora.." Idayu tidak ingin memperbesarkan masalah yang sudah terjadi. Baginya, dia pasrah apabila hasil kerjanya itu telah dicuri dan tidak ingin mengambil peluang menggunakan Adam bagi tujuan membalas dendam. Jujurnya, Idayu juga sangat marah, sedih dan kesal dengan tindakan Nora yang mencuri hasil kerjanya. Namun dia hanya meletakkan posisi dirinya sekadar seorang pekerja biasa dan tidak ingin menggunakan Adam bagi tujuan mengadu atau melampiaskan amarahnya. Bagi Idayu, jika hal tersebut berlaku kepada pekerja lain, maka dia juga harus merasakan hal yang sama tanpa ada sebarang kelebihan mengenai hubungannya dengan Adam.

"Tapi abang tanya, ini sebenarnya lukisan sayang kan? Abang tahu gaya lukisan sayang.. dan ini sama sekali bukan lukisan Nora."

"So, kalau itu betul lukisan sayang pun, kenapa? Nak buat macam mana.. Sayang hanya pekerja biasa.. Kalau dibuli senior pun, itu hal biasa."

"Ini bukan hal biasa! Ini plagiat.. mencuri hasil kerja orang lain.. mencuri adalah jenayah walaupun hanya sekeping kertas lukisan. Ini bukan masalah kecil sayang.." Adam berkeras. Idayu mulai tersentak. Kata-kata Adam ada benarnya. Mencuri dan menipu hasil kerja orang lain merupakan satu kesalahan jenayah dan tidak boleh dibiarkan berterusan.

"Abang akan pastikan Nora mendapat balasan.. Hal macam ni tak boleh terus dibiarkan." Adam melanjutkan perbicaraan.

"Nanti.. biar dulu.." Idayu ingin menghalang niat Adam untuk membalas perbuatan Nora.

"Hah, nak biarkan lagi? Abang tak kira.. dia mesti dihukum.. abang akan buat laporan polis dan berhentikan dia.. nanti semua syarikat dalam industri fesyen takkan terima dah orang macam tu bekerja."

"Abang.. nanti.. bagi dia satu lagi peluang.. mungkin kali ni dia tak sedar yang dia dah buat salah.. kita pun tak tahu, apakah dia dah banyak kali buat macam tu, atau ini yang pertama kali.. jangan la cepat menghukum.. lagipun, sayang sendiri pun dah tak kisah pasal design tu.. anggap je design tu memang dibuat oleh dia.. okey? Kita bagi dia last chance.. kalau dia buat lagi, baru kita ambil tindakan." Idayu tetap ingin memujuk suaminya itu agar Nora diberikan peluang kedua sebelum diambil tindakan tegas.

"Nak bagi peluang lagi kat pencuri? Sayang ni bodoh ke?" Adam semakin geram dengan tindakan isterinya yang dianggap cuba berlagak baik namun tidak kena pada tempat dan caranya. Bagi Adam, kesalahan Nora itu adalah satu jenayah berat dan tidak harus diberi toleransi lagi. Mendengar Adam yang membentak dirinya, Idayu terdiam dan tertunduk.

"Ya, anggaplah sayang ni bodoh.. tak guna.." Idayu bersuara perlahan. Dia mula berkecil hati dengan tutur kata Adam kepadanya. Wanita itu kemudian berpaling punggung dan segera membuka langkah kakinya untuk beredar dari situ. Menyedari isterinya yang merajuk dengan ucapannya, Adam segera bangkit dari kerusi dan mengejar Idayu.  Tangan Idayu segera disambar dan Adam menarik isterinya itu ke pangkuannya.

"Sayang.. abang minta maaf.. abang tak bermaksud nak kata kat sayang macam tu.." Adam mendakap kemas tubuh Idayu di dalam rangkulannya.

"Dah lah.. sayang memang bodoh.." Idayu memalingkan muka dari dada Adam yang sedang memeluknya.

"Sayang.. abang betul-betul minta maaf.. abang tak berniat nak kata macam tu.. please.. maafkan abang.." Adam terus memujuk. Namun Idayu mula mendiamkan diri. Wanita itu hanya berdiri kaku di dalam pelukan suaminya sambil mengarahkan pandangan wajahnya ke arah sisi.

"Maafkan abang.. abang janji takkan ambil apa-apa tindakan dan berikan peluang kedua kat Nora, macam yang sayang katakan.." Adam mengulangi permintaan maafnya. Idayu pula masih tetap diam. Adam sama sekali tidak ingin melepaskan pelukannya terhadap Idayu selagi mana permohonan maafnya tidak diterima. Dia tidak ingin isterinya itu pergi meninggalkan biliknya dengan rasa kecewa dan kesal terhadap dirinya.

"Hmm.. ye lah.. sayang maafkan.. dah, lepaskan.. sayang nak pergi sambung kerja pula.." Idayu mula bersuara.

"Okey.." Adam memberikan satu ciuman pada pipi isterinya itu sebelum merenggangkan pelukannya.

"Ish, gatal.." Idayu tersenyum sambil mencubit perut Adam.

"Ah, tadi sayang kata ada benda nak cakap dengan abang.. ada apa?" Adam bertanya kembali tujuan kedatangan Idayu yang mencari dirinya di sana. Padahal tadi isterinya itu menyatakan ada hal yang ingin dibincangkan diantara mereka. Namun Idayu masih tidak menjelaskan tujuan kedatangannya apabila mereka mula membincangkan mengenai rekaan fesyen Idayu yang telah dicuri oleh Nora.

"Eh, alamak.. sayang pun dah lupa.." Idayu menepuk dahi setelah menyedari dirinya terlupa akan tujuan kedatangannya ke bilik Adam.

"Pulak dah.. muda-muda dah jadi pelupa sayang ni.." Adam mula ingin mengusik isterinya itu.

"Hmm.. sayang ada banyak benda nak kena fikirkan.. berserabut dalam kepala otak ni.. sebab tu kalau tak cakap awal-awal, nanti lupa la benda yang nak dibagitahu tu.. tadi sayang nak cakap, tapi abang duk sibuk pasal design nora tu.."

"Ya la.. salah abang.. abang minta maaf.." Adam cuba mengalah. Dia tidak ingin dirinya tersasul atau terlanjur menyebut perkataan yang tidak disukai isterinya itu sekali lagi.

"Pandai pun mengaku salah.. Memang abang yang salah.. Sayang kan perempuan.. perempuan mana pernah salah.." Idayu menepuk lengan Adam sambil tersenyum. Seraya itu juga dia berpaling tubuh dan menuju ke arah pintu bilik untuk keluar dari bilik tersebut. Adam pula hanya tersenyum sambil mengiringi pemergian isterinya itu dengan padangan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience