MEMULAKAN harinya di pejabat, Idayu melaksanakan tugas rutinnya seperti biasa untuk menyediakan air minuman kepada Adam. Ketika gadis itu sedang membancuh kopi di pantri, Hafiz sekali lagi menghampiri. Lelaki itu masih tidak berpuas hati terhadap Idayu. Sejak kejadian tempoh hari, dia tidak berpeluang untuk mengenakan gadis itu sekali lagi disebabkan Idayu sudah pun berpindah tempat kerja dan tidak lagi berada di bawah pengurusannya. Menyedari kehadiran Hafiz, Idayu sedikit menjauh untuk menghindari lelaki tersebut. Namun Hafiz tetap semakin mendekat.
"Kau ingat kau hebat sangat? nak lari dari aku?" Hafiz tersenyum sinis.
"Apa maksud Encik Hafiz..? saya takde lari ke mana-mana.." Idayu cuba bertindak tenang. Dia tidak ingin menunjukkan jika dirinya menggelabah atau ketakutan.
"Tak payah nak buat-buat tak tahu.. kau mesti dah goda Encik Adam kan?"
"Apa yang Encik Hafiz merepek ni? Mana ada saya goda sesiapa.." Idayu ingin mempertahankan diri daripada tuduhan yang dilemparkan.
"Kau ingat aku bodoh? Kau sengaja dekatkan diri kau dengan Encik Adam.. sebab kau nak dia lindungi kau kan? Kau nak kikis duit dia kan? Aku kenal la perempuan macam kau ni.. suka mengikis duit jantan.. tak malu jual maruah, jual body.." Hafiz terus melemparkan tuduhan terhadap Idayu.
"Tolong jangan buat fitnah. Saya bukan perempuan yang macam tu.." Idayu mengeraskan suaranya. Kesabarannya semakin menipis apabila di fitnah berterusan.
"Apa kata kau layan aku.. aku akan bagi berapa je yang kau nak.." Hafiz tersenyum seraya menyambar pergelangan tangan Idayu.
"Lepaskan saya.. jangan buat saya macam ni." Idayu cuba meronta agar Hafiz melepaskan cengkaman pada tangannya.
"Kalau dengan lelaki lain kau boleh buat, kenapa dengan aku tak boleh? Aku janji akan buat kau rasa puas.." Hafiz menyambar sebelah lagi tangan Idayu. Kini kedua-dua belah tangan gadis itu dipegang dengan kemas oleh lelaki terbabit. Hafiz kemudian menolak Idayu rapat ke dinding. Kedua belah tangan gadis itu turut ditekan rapat ke dinding sehingga menyebabkan Idayu sudah tidak mampu untuk bergerak.
"Tolong.. jangan apa-apakan saya.. tolong.." Idayu menjerit.
"Diam!" Hafiz mengeraskan suaranya. Lelaki itu kemudian merapatkan mukanya ke leher Idayu.
"Huh.. wangi betul bau badan kau.. makin geram aku." Hafiz sudah hilang kewarasan akalnya. Lelaki itu kini sudah dikuasai oleh nafsu. Dia seolah lupa jika diri mereka masih berada di dalam bangunan pejabat.
"Berhenti!" Tiba-tiba Hafiz ditarik ke belakang dan ditumbuk mukanya oleh seseorang. Hafiz rebah ke lantai setelah menerima tumbukan. Dia segera melihat ke arah pendatang yang sudah mengganggu rencananya. Lelaki yang menumbuk Hafiz itu adalah Shakir, setiausaha kepada Adam.
"Shakir?" Hafiz tidak berpuas hati dengan lelaki yang sudah menyerangnya itu.
"Mulai sekarang, kau di pecat dari syarikat ni.." Shakir bersuara.
"Di pecat? Siapa yang berani nak pecat aku?" Hafiz tertawa setelah mendengar ucapan Shakir.
"Aku! Mulai saat ni, aku tak nak tengok lagi muka kau kat sini." Tiba-tiba Adam pula muncul.
"En..encik.. Encik Adam.. saya.. tak.." Hafiz mulai gugup dan tergagap dalam berbicara setelah melihat kemunculan Adam.
"Saya dah ada bukti rakaman.. tadi Hafiz dah mencabul dan membuat gangguan seksual di pejabat." Shakir memberitahu kepada Adam. Adam melihat ke arah Idayu yang sedang berpeluk tubuh. Lelaki itu berkalih pula pandangannya ke arah Hafiz. Hafiz cuba mendekati Adam sambil tersengih.
"Tak Encik Adam.. bukan begitu.. saya sebenarnya.." Hafiz cuba memberi penjelasan untuk mendapatkan kepercayaan majikannya itu. Namun belum sempat dia menghabiskan kata-kata, Adam pula melepaskan satu tumbukan keras ke arah wajah lelaki tersebut.
"Ajar dia secukupnya.. kemudian hantar dia pergi balai polis. serahkan rakaman sebagai bukti." Adam memberikan arahan kepada Shakir.
"Tolong Encik Adam.. jangan.. saya mengaku salah.. tolong jangan report polis.." Hafiz cuba merayu. Namun Adam seolah memekakkan telinga. Shakir pula lantas menyerang kembali lelaki yang tidak bermoral itu sebelum mengheret lelaki tersebut meninggalkan kawasan pantri. Adam segera mendekati Idayu. Jarinya mengelus lembut pipi isterinya itu sambil menyeka air mata yang tertumpah dari mata gadis tersebut.
"Awak tak apa-apa?" Adam menatap wajah Idayu yang sugul dan menangis.
"Adam..." Idayu bersuara perlahan sambil merangkul pinggang suaminya. Wanita itu membenamkan wajahnya ke pangkuan Adam seraya menangis teresak-esak. Adam pula tersentak. Selama ini dia tidak pernah dipeluk oleh perempuan. Lelaki itu menjadi kaku seketika. Dia ingin sahaja menolak bahu Idayu agar menjauhinya. Namun setelah sedar jika Idayu itu adalah isterinya yang sah, maka Adam membiarkan sahaja wanita itu terus berkelakuan sebegitu. Kejadian ketika isterinya itu mencium dirinya juga serta merta terimbas di ingatan Adam. Tanpa dia sedari, dirinya sedang menguntumkan senyuman kecil. Adam gembira. Hatinya terasa bahagia. Perlahan-lahan Adam menggerakkan tangannya. Dia membalas pelukan Idayu dan mengusap kepala isterinya itu. Adam dapat merasakan jika Idayu memerlukan dirinya. Lelaki itu berazam, dia akan sentiasa melindungi isteri upahannya itu.
"Encik Adam.. nanti kita.." Shakir muncul kembali di kawasan tersebut. Namun lelaki itu serta merta menghentikan kata-kata dan langkah kakinya setelah melihat Adam dan Idayu yang saling berpelukan. Sebagai setiausaha kepada Adam, Shakir sudah sedia maklum jika Adam dan Idayu itu adalah pasangan suami isteri. Di pejabat mereka, hanya Shakir satu-satunya orang yang mengetahui mengenai perkahwinan sulit pemilik syarikat itu.
"Maaf.." Shakir berpaling badan dan bergerak semula untuk meninggalkan kawasan tersebut. Mendengar suara Shakir, Idayu segera melepaskan rangkulannya kepada Adam dan berundur sedikit ke belakang untuk menjauhi lelaki tersebut. Dia malu setelah menyedari Shakir melihat perlakuannya dan Adam sebentar tadi.
"Terima kasih.." Idayu berkata sambil menundukkan pandangan wajahnya. Adam pula terus menatap isterinya itu secara berhadapan.
"Hmm.. terima kasih je?" Adam sengaja ingin berjenaka. Namun kata-kata lelaki itu membuatkan Idayu terdiam seketika. Wanita itu menatap wajah suaminya beberapa detik.
"Sebagai pekerja, saya takde apa-apa yang dapat diberi kat awak.. tapi sebagai isteri, saya hanya dapat bagi..." Idayu lantas mencium pipi Adam. Adam langsung tersentak. Dia tidak menjangkakan Idayu akan bertindak sebegitu. Idayu pula tertunduk dan tersipu malu.
"Ish.. kita masih kat pejabat.. jangan buat macam tu.." Adam menegur tindakan isterinya.
"Jadi, kalau kita kat rumah boleh la buat?" Idayu langsung menjawab tanpa berfikir. Ucapannya terkeluar dari mulut secara spontan. Wanita itu kemudiannya tersenyum hambar sambil mengerutkan dahi apabila menyedari dirinya sudah terlanjur dalam berkata-kata.
"Jan.. jangan mengarut.. cepat.. buatkan saya kopi." Adam pula yang menggelabah apabila mendengar ucapan isterinya itu. Lelaki itu segera membuka langkah kaki dan meninggalkan Idayu di pantri. Idayu pula menggarukan kepala dengan wajah yang berkerutan.
"Aduh.. bodohnya.. tak pasal-pasal nampak aku ni macam gatal sangat." Idayu mengeluh sambil mengutuk dirinya sendiri. Wanita itu kemudian menepuk dahi sebelum kembali menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Dia membancuh semula air kopi untuk dihidangkan kepada Adam.
SETELAH membelek helaian kertas yang dilukiskan fesyen rekaannya, Idayu termenung di meja kerjanya. Fail yang mengandungi rekaan fesyen itu di tutup dan diletakkan di atas meja. Fikiran wanita itu terus terganggu dengan impiannya. Dia tidak tahu bagaimana lagi untuk dia lakukan bagi mencapai cita-citanya bergelar seorang pereka fesyen.
'Si Hafiz tu dah takde.. macam mana sekarang? takkan aku nak bagi kat Adam..? Nanti dia kata aku nak ambil kesempatan pula.. lagi teruk kalau dia reject dan taknak terima hasil rekaan aku.. lagi kecewa aku nanti.. hmm.. macam mana la aku nak buat..' Idayu bermonolog. Dia kemudian mencapai tetikus komputer dan jarinya laju menekan papan kekunci.
'hmm.. macam mana kalau aku jadi freelance designer je? offer perkhidmatan untuk hasilkan design secara free lance.. kurang sikit komitmen.. tak pun, jual je terus design yang dah ada ni kat mana-mana syarikat yang berminat..' Idayu mendapat buah fikiran setelah membuat pencarian di internet. Jari jemarinya masih terus menari di papan kekunci komputer sambil matanya ralit menatap layar monitor di hadapan.
Share this novel