6.30 PM
Khairi bangun dari katil. Leka main game di telefon sampai tak perasan beteri sudah habis. Hish!! Time nak menanglah dia nak kong! Hati membebel sendiri.
Almari dibuka untuk mencari charger di dalam beg. Setelah itu pintu Almari ditutup semula.
Khairi duduk dan bersandar di kepala katil. Charger di pasang kemudian mengadap handphone nya semula. Tiba-tiba Khairi perasan sesuatu. Laju dia mengangkat kepala. Pintu almari terbuka luas. Eh?
Khairi berfikir. Rasanya dia dah tutup pintu almari tu tadi. Dengan pantas dia bangun dari katil dan menutupnya semula.
Kemudian dia patah balik dan duduk semula di atas katil. Ketika mata memandang handphone dia dengar sesuatu..
Tuk! Tuk!
Khairi mengangkat muka. Dia mencari bunyi itu.
Tuk! Tuk!
Ia datang dari tingkap sebelah katilnya. Kepala berpaling. Ada bayang hitam di luar tingkap sedang terapung-apung. Keningnya berkerut. Tak nampak jelas kerana cermin luar sudah dibasahi percikan kabus. Apa tu? Burung ke?
Khairi berdiri di tepi katil. Tangan ingin buka tingkap itu. Perbuatannya terhenti kerana terdengar sesuatu..
ERKKKKKKK…..
Bunyi pintu almari terbuka dengan sendiri. Laju kepala berpaling ke arah almari. Pintu itu terbuka perlahan-lahan dan terhenti separuh.
Uishh!
Khairi sangat terkejut. Setahunya pintu almari lama itu kalau ditarik baru boleh buka. Dia beralih memandang tingkap. Bayang hitam itu sudah hilang. Khairi pelik. Dia berpaling memandang almari pula. Mata tetap fokus pada almari itu. Tiba-tiba..
Pump! Pump!
Bunyi ketukan mengejutkan Khairi. Ia datang dari dalam almari. Jantung mula berdegup laju. Senyap!. Tiada sebarang bunyi lagi.
Dengan perlahan Khairi berjalan ke arah itu. Dalam fikirannya mungkin barang dari dalam beg terkeluar dan jatuh ke dalam almari. Dia mahu tengok barang apa. Tiba-tiba..
PUMP! PUMP! PUMP! PUMP!!!
Terperanjat Khairi di buatnya.
Kali ini bunyi ketukan itu lebih kuat. Peluh kecil mula keluar di dahi. Kedinginan yang dirasa sudah tak sampai ke tubuhnya.
Semakin hampir dia dengan almari semakin laju jantungnya berdebar. Berkali-kali dia telan air liur. Menggigil tangan ketika nak buka pintu itu.
Laju tangan menarik pintu seluasnya. Tak ada apa-apa di dalam. Mata Khairi melilau memandang sekeliling dalam almari itu. Barang-barang mereka terletak kemas sekali. Tiada apa yang jatuh.
Fuh!. Khairi menghembus nafas lega. Dengan perlahan dia menutup pintu almari. Ketika Khairi berpaling ke belakang, Haziq betul-betul berada di depan muka.
‘’Allahu Akhbar!’’. Tersandar Khairi ke pintu almari. Terperanjat dia di buatnya. Haziq tergelak.
“Kau apahal terkejut sangat ni?’’
“Kaulah. Berdiri depan aku macam tu. Terkejut sial!’’
“hahaha Saja usik kau’’
“Bodoh lah! Kau jangan macam-macam magrib-magrib ni’’
Haziq gelak besar tengok muka takut si Khairi itu. Khairi masih bersandar di pintu almari.
Haziq capai tuala dan keluar dari bilik untuk untuk ke tandas pergi mandi. Masih kedengaran lagi sisa tawanya.
Share this novel