2 HARI SEBELUM KEJADIAN..
“Seram tak cerita aku?’’ Ali tersengih memandang muka Amat yang sedikit teruja itu. Sengaja Ali ceritakan kisah seram pasal Amber Court tu. Dia tahu Amat ni kaki mengusik. Biar Amat menakutkan kawan-kawannya nanti. Hihihi.
“Huh. Biasa je. Tapi boleh la kalau nak share dengan member-member aku nanti. Biar meremang sikit diorang rasa. Hahha’’
“Mat. Lagi satu kan. Kat situ orang selalu buat pemujaan tau...’’ Ali berbisik. Berkerut kening Amat memandang Ali.
“Pemujaan? Pemujaan apa?’’
“Pemujaan panggil hantu’’
“Untuk apa?’’
“Untuk menang judi la. Untuk apa lagi’’
“Ok, so?’’
“Kau try la. Mana tahu nombor kau boleh kena kat sana. Tak pun kau pergi casino. Melabur sikit kat sana menang beriban riban bro..!’’
“Habis tu kalau menang beriban apesal ramai bunuh diri kat situ?’’ sambil tangan menyusun kertas kerja di atas meja dia memandang Ali.
“Itu aku tak tahu la. Mungkin sebab tak mintak tolong hantu kot’’
“Kalau mintak tolong hantu confirm ke boleh menang?’’
“Err.. mungkin. Sebab pengalaman pakcik aku sendiri. Pak cik aku cakap. Ada satu tangga ni yang orang dah lama tak guna. Kat situlah diorang buat pemujaan tu’’ cerita Ali.
“Ada lagi ke zaman 2024 ni?’’
“Orang nak kaya tak kira Zaman lah Mat. Kau cuba la. Mana tahu rezeki kau dia tolong. Hahaha’’ Ali tergelak dengan katanya sendiri.
“Uishh! tak naklah aku. Aku main nombor tapi tak ada lah sampai nak mintak kat hantu’’ Amat geleng kepala. Belum sampai tahap tu la kalau dia taksub berjudi pun.
“Alar Mat. Sekadar suka-suka je. Kat sana Casino best. Kau labor 200. 1k kau boleh dapat’’ Ali merangkul leher Amat.
“Yeke? Lepastu apa kaitan dengan tangga lama tu pulak?’’
“Kan aku cakap tadi orang mintak hantu tolong kat situlah. Pakcik aku pun pernah buat dengan kawan dia. Jadi beb! Pakcik aku cakap benda tu muncul je, mintak je apa kita nak. Dia tunaikan. Tapi bersyarat kot’’
“Syarat? syarat apa?’’ berkerut kening Amat. Main syarat-syarat pulak.
“Entah. Lama dah pak cik aku cerita. Itu jela aku ingat’’ Ali tersengih. Tengok Amat yang berdiam dia sambung lagi.
“Kenapa? Kau nak try?’’
“Tak naklah aku! merepek je semua tu..’’
“Asal? kau takut hantu muncul depan kau?’’ sengaja Ali kata begitu. Dia tahu Amat mesti rasa tercabar kalau ada yang panggil dia penakut.
“Eh sorry sikit eh.! ni Amat la.. Mana pernah aku takut hantu. Nak jumpa lagi ada la..!’’ bangga Amat berkata.
“Ha... Kau try lah. Dia muncul kau mintaklah. Mana tahu kau main Casino kat atas tu kau menang beribu. Boleh buat duit kahwin.. boleh la share dengan aku sikit. hihihi’’ tersengih Ali sambil menepuk bahu Amat. Kemudian dia duduk di kerusi kerja nya semula.
Amat terdiam . Ermm.. macam menarik.
“Ok nanti aku tengok tangga tu ada lagi tak. Kalau kau kencing aku kau siap eh!'' Amat mengangkat jari telunjuk pada Ali. Ali hanya tersengih sambil mengangkat kedua tangan.
''So, Nak kena guna barang apa-apa ke nak panggil hantu-hantu tu?’’ Amat memandang Ali.
“Kau google lah sendiri’’ mata Ali fokus pada komputer.
_____________________________
1 HARI SEBELUM KEJADIAN…
“Thank you taukei’’ selepas membuat pembayaran Amat keluar dari kedai tabib itu. Ubat pening dan minyak cap kapak yang dipesan Auni tadi dia simpan ke dalam poket seluar. Bukan dia tak kenal tunangnya itu. Mudah mabuk kalau naik jalan berbukit.
Dia memandang isi dalam plastik hitam itu. Kata kawannya Ali, kat situ kalau puja-puja sikit benda tu akan keluar. Lepastu apa yang diminta pasti ditunaikan. Teringin jugak dia nak jumpa hantu.
Puas dia google semalam barang apa yang diperlukan. Dia mahu yang simple-simple je. Seperti colok, kemenyan dan sedikit darah ayam. Semua itu dia dapat dengan mudah di kedai tabib cina ini.
Jam tangan di pandang. Alamak! Sudah pukul 8 lebih. Dah lambat ni. Tunggu taukei tu sembelih ayam lah ni lama sangat.
Segera dia melangkah masuk ke dalam kereta untuk menjemput tunangnya.
Share this novel