BAB 11

Horror & Thriller Completed 3008

Cepat kepala berpaling. Tangan Amat berada di bahunya. Mata Amat yang sedikit kemerahan tajam memandang Haziq.

‘’Woi Mat! Kau apahal??’’ Berkerut kening Haziq memandang Amat terdiam begitu. Apahal mamat ni?! Kena rasuk ke apa!.

‘’Kau jangan lupa empat passanger kau kat belakang tu’’ Amat mengangkat ibu jari menunjuk ke arah belakang.

Tergelak Haziq dibuatnya. Macam mana dia boleh lupa kawan-kawannya yang tidur di belakang. Dengan cepat dia dan Amat mengejut mereka bangun.

Mereka berjalan menuju ke arah pintu tangga kecemasan itu. Masing-masing memasang flash pada handphone. Begitu gelap jalan di basement itu.

 Ketika menaiki tangga, langkah mereka terhenti. Terkejut mereka memandang di sekeliling kawasan itu. Terdapat beberapa colok, buah oren dan beberapa tulisan merah di dinding yang tidak difahami mereka. Amat bertinggung dan mengambil colok itu. Dia membeleknya.

“Apa benda siut diorang buat kat sini? Siap bercolok bagai..!’’ Khairi bersuara.

“Aku rasa macam baru lagi colok ni’’  colok itu di hidu berkali-kali.

“Hoi Mat!. Kau tak payah usik boleh tak. Biar lah diorang nak buat apa pun kat sini. Dah jom lah!’’ Khairi menyentuh kasar bahu Amat. Tak beradab betul si Amat ni!

“Tah you ni. Tak payah peganglah. Entah jampi apa yang ada kat situ. Letak balik lah!’’ Auni pula bersuara .

“Dah jom jom! Mat letak balik Mat’’ Haziq berjalan naik tangga diikuti langkah mereka berempat.

Dengan perlahan-lahan Amat meletakkan colok itu semula. Kemudian dia berlari mengikut langkah mereka. Sampai saja di lobi mereka terus masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat yang sepatutnya.

“Sunyi kan malam-malam. Lif dia pun seram nak naik’’

“kan..!’’ mereka setuju dengan kata Amat. Kedai-kedai kecil berhampiran lobi disitu pun semuanya dah tutup waktu begini.

Sampai saja di tingkat 16 mereka sama-sama berjalan ke arah bilik. Sunyi betul level itu waktu-waktu begini. Tiada satu bilik pun yang bercahaya. Terasa seperti mereka saja yang menginap di tingkat itu.

Tiba-tiba langkah Auni terhenti. Disudut mata kanannya dia perasan satu kelibat hitam sedang berdiri di lorong laluan bilik sebelah kanannya.

Auni merasakan kelibat itu sedang berjalan laju ke arahnya. Dengan cepat kepala berpaling ke sisi kanan. Tiada sesiapa!

Tiba-tiba ada tangan menyentuh bahunya.

“Auni!’’

Auni sedikit terperanjat memandang Zetty dan Syima betul-betul di sebelah.

“Kau kenapa ni? Ok tak?’’ Zetty memandang Auni. Begitu juga Syima.

“Aku nampak macam ada orang kat situ’’ Auni menunjuk ke arah lorong bilik-bilik disitu. Kedua mereka memandang. Tak ada sesiapa. Hanya diterangi beberapa cahaya lampu disitu. Semakin jauh semakin gelap laluan itu. Dengan tiba-tiba Syima terasa sejuk dan meremang. Sejuk yang lain macam!

“Mana ada siapa la. Jom lah..’’ dengan cepat Syima menarik Auni. Tapi Auni tetap tidak bergerak.

“Betul! Aku nampak orang kat sini..!’’ Auni tetap tak puas hati.

Haziq, Amat dan Khairi yang menyedari mereka bertiga tiada dibelakang segera berpaling. Dengn cepat Amat mendekati mereka.

“Kenapa ni beb? You? Asal ni?’’ Amat memandang mereka bertiga.

“Tunang kau ni. Dia cakap nampak orang kat lorong tu’’ Zetty memuncung mulut ke arah itu. Amat memandang sekeliling. Tiada ada apa.

“Tak ada apa lah sayang.. maybe budak-budak atau orang yang menginap kat sini kot. Dah, jomla..’’ Amat menarik perlahan bahu tunangnya. Auni masih memandang ke arah itu sambil melangkah.

Sampai saja di depan pintu bilik, mereka terdengar bunyi bising di depan bilik mereka. Seperti ada pesta dan hiburan dalam bilik itu. Tapi tiada sebarang cahaya lampu pun yang keluar. Gelap!

Haziq membuka kunci dan terus  masuk ke dalam rumah sambil menyalakan lampu. Tidak mahu kawan-kawannya masuk dalam keadaan gelap.

“Bising betul bilik depan ni. macam ada parti’’ berkerut dahi Khairi memandang pintu bilik itu.

Kelima mereka berdiri didepan pintu itu.

 “Biar la. Atleast kita tahu level kita duduk ni ada orang. Tak lah sunyi sangat’’ Zetty bersuara.

“Tapi kan. Kalau ada parti. Apesal bilik ni gelap eh?’’

‘’Mungkin diorang on lampu dalam bilik kot’’ masing-masing cuba positif kan diri. Kemudian mereka masuk ke dalam rumah dan menutup pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience