Tak ada orang yang masuk. Dengan berani dia mengintai di luar. Sunyi! Tiada sesiapa!. Cepat tangan menekan butang tutup. Lif terus bergerak naik. Tiba-tiba lif terhenti lagi.
Ting!
Pintu lif terbuka. Tapi tiada sesiapa lagi. Arhh! Haziq rasa fedup.
“Apahal kau ni! Kalau nak masuk kau masuklah sial!!’’ naik turun nafas Haziq memahan marah. Main-main!
Masih tiada sesiapa juga yang masuk. Laju tangan Haziq menekan butang tutup. Pintu lif tertutup dengan perlahan-lahan.
Ketika itu, dia ternampak satu lembaga putih berambut panjang dari jauh sedang terbang laju ke arah lif. Haziq nampak jelas separuh muka lembaga itu terkoyak rabak. Menyeramkan! Haziq sangat takut dan menekan butang tutup berkali kali.
Sampai saja di tingkat sepatut nya, Haziq berlari sekuat hati ke arah bilik. Dia dapat rasa kan ada sesuatu mengekorinya dengan laju. Meremang seluruh tubuhnya.
Dengan pantas dia masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Tercungap-cungap nafas Haziq sambil bersandar di pintu. Peluh membasahi tubuhnya.
“Macam mana Ziq? Dapat tak?’’ Khairi berlari ke arah Haziq. Haziq meneguk air mineral di atas meja dengan rakus.
“Aku turun bawah tadi. Tak ada orang langsung!’’ Haziq cuba untuk bertenang. Dia memandang mereka.
“Korang call ambulans?’’
“Nak call apa . line pun tak ada..!’’
Haziq mengambil telefonnya di atas meja. Dia pelik. Semua telefon tak ada line. Macam mana nak mintak bantuan?
“Amat dah balik belum?’’
“Belum. Aku dah tak boleh call dia. Tiba-tiba line tak ada’’
“Siallah Amat ni! Dah la pakai kereta aku! Buat macam kereta bapak dia pulak!’’ Haziq membebel. Wajah seram lembaga tadi masih segar dalam ingatannya. Tak pernah seumur hidup dia nampak hantu. Sial betul!
“Aku nak keluar dari sini…!” Syima masih menangis. Masih rasa sebersalah kerana memukul Auni tadi.
Haziq duduk di atas kerusi. Rambut di genggam, dia rasa kusut sekarang ni. Apa dia perlu buat sekarang? Apakah mereka dalam bahaya? Jika ya, dia harus selamatkan nyawa kawan-kawannya.
“Receptionist ada tak Ziq?’’
“Kan aku cakap tak ada orang kat bawah! Kedai semua dah tutup. Aku pelik la... Baru pukul 9 lebih diorang dah tutup kedai..!’’
“Sekarang kita nak buat apa??’’ Khairi memandang Haziq.
“Buat apa lagi? Tunggu Amat la. Dia balik je kita chaw!’’
“Sampai bila nak tunggu dia? Tu pun kalau dia balik. Kalau dia tak balik macam mana?’’ Zetty bersuara.
“Risaulah jadi apa-apa kat kat Amat’’
“Itulah. Aku pun risau’’ Khairi setuju dengan kata Syima.
“Macam nilah. Kita tunggu Amat dulu. Kalau dia still tak balik kita stay dulu sampai esok pagi’’
“Kenapa kita tak keluar malam ni je?’’
“Kau gila ke nak keluar?? Aku turun tadi kat bawah tu gelap gila kat luar. Kabus tebal nak mampus kau tau. Kau nak kita keluar naik apa? Jalan kaki? Kau nak angkut si Auni tu ke bawak pergi hospital? Hospital pun aku tak tahu kat mana..!” mereka terdiam dengan kata Haziq. Masing-masing sudah buntu.
“Ok lah! Aku setuju dengan Haziq. Kita stay dulu. Esok pagi terus kita gerak cari bantuan’’ Khairi memandang Zetty dan Syima.
“Auni ni macam mana kalau dia sedar nanti?’’
“Kau doa je la dia tak kena rasuk lagi’’ Haziq membalas kata Zetty.
Share this novel