Amat menonton tv sambil berbaring di atas lantai. Haziq muncul dari dapur membawa dua mangkuk maggi.
‘’Maggi siap Mat’’ satu mangkuk dihulurkan pada Amat, kemudian Haziq duduk di atas sofa.
“Thanks bro’’ Amat menepuk tangan seperti anak kecil. Rasa teruja bila Haziq rajin masak lebih untuknya. Tahu-tahu je dia tengah lapar sekarang ni.
“Movie apa Mat?’’ mata memandang televisyen sambil menghirup maggi. Begitu juga Amat.
“Movie baru keluar wayang haritu. Insidious the red door.’’
“Oh insidious yang cerita bersambung sambung tak pernah habis tu?’’
“Aha. Tak sempat tengok kat wayang hari tu’’
“Asal? Tiket habis?’’
“Taklah. Busy bro. Tak sempat pergi wayang’’ Amat tersengih-sengih. Bukan busy sangat pun. Cuma nak pergi tengok wayang je tak ada masa.
‘’Kau tak keluar pulak malam ni?’’ Haziq memandang Amat. Selalu malam-malam je Amat akan keluar dengan officemate dia si Ali tu. Lagi-lagi malam ni malam jumaat.
“Malas lah aku. Layan movie baru jap’’
Haziq geleng kepala. Dia sudah masak dengan movie kegemaran housematenya itu. Setiap malam je pasang movie hantu. Tak takut betul si Amat ni. Dia tak berapa minat sangat movie seram. Kalau movie fighting-fighting dia suka la. Favourite tu. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
“Ni Mat. Aku cuti tiga hari nanti. Sabtu, Ahad, Isnin. Diorang ajak gi Genting. Kau nak join tak?’’
“Genting? Wah macam best. Siapa lagi?’’ Amat terhenti menghirup maggi. Dia menandang Haziq.
“Aku, Khai, Zetty. Mungkin Zetty ajak Syima sekali’’
“Bila nak pergi?’’
“Sabtu pagi gerak. Check in sana, isnin balik’’
“Lahh kejap je?’’
“Iyela. Selasa dah kerja balik. Jom lah’’
“Boleh jugak. Aku pun lama tak pergi holiday. Aku ajak Auni sekali eh..’’ tangan terus mencapai telefon dan menghantar whatsapp pada tunangnya.
‘’Ok cun! Ramai-ramai baru best’’
Keesokan pagi di tempat kerja Amat membuat permohonan cuti. Setelah keluar dari bilik pengurus Amat duduk di kerusi tempat kerjanya.
‘’Mat. Kau masuk bilik bos kenapa?’’ Ali menghulur nescafe panas yang dipesan Amat tadi.
“Thanks. Aku apply cuti’’
“Uish.. jarang-jarang kau nak cuti. Kenapa? Dah nak kenduri ke?’’ Ali duduk di meja kerjanya sambil menghirup kopi panas. Urmmmppp! Pagi-pagi pekena kopi mesin sedap jugak.
“Eh tak. Member aku nak pergi Genting esok. 3 hari 2 malam. Aku nak join lah. Lagi pun lama aku tak pergi holiday. Angkut tunang aku sekali’’
“Genting best Mat. Gi Casino lah. Hihihi’’ Ali tersengih.
“Banyaklah kau. Aku pergi nak bercuti je’’
“Mat.. hari tu nombor kau naik tak?’’ Ali merendah kan suaranya. Walaupun meja kerja mereka hanya jauh berapa inci tapi perbualan mereka mungkin di dengar oleh officemate lain.
“Tak pun. Tak ada ong lah Ali. Kau?’’
“Samalah aku pun. Mat..! alang-alang kau gi genting tu pergi casino la. Aku dengar situ banyak ong Mat’’
‘’Alarhh. Situ semua orang tahu lah Ali tu tempat judi’’ mata Amat masih fokus pada kerjanya. Ali memandang Amat. dia tolak kerusinya dan menghampiri meja Amat.
“Mat!’’
Amat berpaling. Terkejut di buatnya Ali duduk rapat di sebelah.
“Yo!. Kau ni terkejut aku’’
“Kau nak dengar cerita tak Mat’’ Ali berbisik.
“Cerita apa kau ni?’’
“Cerita seramlah. Kau kan suka cerita seram-seram ni. Pasal satu tempat ni’’
“Tempat apa?’’
“Amber Court..!’’
“Amber court?? Semua orang tahu tempat tu memang seram kan’’ tergelak kecil Amat memandang Ali. Memang tempat tu femous pun. Tapi dulu la. Sekarang tak pasti.
“Memang la,, banyak cerita seram aku nak cerita. Nanti kau try check in sana. Lepastu kau share lah cerita seram-seram dengan member-member kau’’ Ali memandang Amat sambil mengangat kening beberapa kali. Tersengih-sengih muka nya memandang Amat. Sengaja dia cadang begitu. Bukan dia tak tahu perangai Amat adakalanya suka mengusik. Biar Amat takut-takutkan kawan-kawan dia dengan cerita seramnya itu.
‘’Ha apa cerita seram kau tu….ceritalah..’’ mata tetap fokus memandang kertas kerja di atas meja. Dia biarkn saja telinganya menadah cerita Ali yang konon seram tu. Bukan boleh percaya sangat si Ali ni. Kang plot twist nya jadi lucu.
Ali memula kan cerita seramnya. Semakin lama semakin teruja Amat mendengarnya. Jarang juga dia dengar cerita pasal Amber Court. Yang dia tahu tempat tu memang berhantu. Itu saja. Boleh lah buat modal dia untuk bercerita pada kawan-kawannya nanti.
Share this novel