BAB 12

Horror & Thriller Completed 3008

Zetty terus masuk ke bilik. Syima dan Auni duduk berehat sekejap di meja makan. Haziq dan Khairi duduk di atas sofa. Masing-masing mengadap phone sendiri.

Amat yang sedang berbaring di atas karpet memandang mereka. Jam menunjukkan pukul 10.50 malam. Awal lagi. Tiba-tiba dia teringat tentang cerita seram yang di kongsi Ali semalam. Dia tersenyum sendiri kemudian duduk bersila.

‘’Korang..! Korang dah nak tidur ke? Awal lagi kan.. Jangan tidur lagi. Lepak-lepak lah dulu’’

“Ni tengah lepak lah ni’’ Khairi menunjuk mereka semua yang ada di situ. Cuma Zetty je tak ada.

‘’Korang nak dengar cerita seram tak?’’ semua memandang Amat. Amat tersengih sambil mengangkat kening.

“Dia mula lah tu’’ Khairi menjeling. Sengaja si Amat ni nak takut-takutkan orang.

“Alar. Relaks lah. Sekadar cerita je’’

‘’Kau nak cerita apa?’’ Haziq mencelah.

“Aku nak cerita pasal Amber Court ni.. Nak dengar tak? Seram tau… hihi’’ Amat membuat memek muka menakutkan.

“Yela Mat. Kau nak cerita kau cerita je la. Tak yah nak buat gimik gimik sangat’’ Khairi malas nak layan. Syima dan Auni hanya mendengar.

“Korang dengar lah cerita si Amat tu. Kang malam-malam  tak boleh tidur’’ Zetty tiba-tiba muncul dari pintu bilik dan duduk di kerusi meja makan bersama Syima dan Auni. Tak boleh pulak dia nak tidur kerana terdengar suara mereka bersembang di luar. Itu sebab dia bangun dari katil and join mereka di depan.

“Haha. Ok. Korang mesti dah tahu or dah dengar pasal Amber Court ni kan.. yang konon-kononnya ’Seram’ ni..’’ Amat mengangkat satu jari dengan kedua tangan. Dia sambung lagi.

“Meh aku kongsi cerita pasal Amber Court ni.. Amber court ni ada dua bangunan tau. Kedua bangunan ni ada 23 tingkat. Yang kita stay ni tak sure lah bangunan mana 1. Macam korang perasan dinding kat luar bangunan tu. Semua buruk-buruk kan. Sebab.. ada darah yang mengalir kat situ..’’

“Hah? Darah? Biar betol kau ni??’’ Khairi terkejut.

“Yelah. Sebab tu bangunan tu ada merah-merah kalau korang perasan la tadi’’ Amat memandang mereka semua.

“Datang mana pulak darah tu?’’ Haziq pula bertanya.
Tiba-tiba suara Amat bertukar garau!.

“DARI MUNTAH PONTIANAK!! HaAhha!!’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience