Berhati-hati Haziq memandu. Mata memandang jam di tangan, pukul 1.20 pagi.. Kabus yang semakin menebal adakala mengganggu pemanduannya. Seluruh tubuh terasa dingin sekali walaupun dia memakai sweater.
Khairi disebelah memerhati sekeliling di luar. Dia perasan bangunan putih di sebelah kiri. Mereka lalu semula di depan Amber Court itu. Begitu juga Zetty melilau memandang luar.
Amat dari tadi mengesat air mata. Kesal dalam hati kerana apa yang terjadi berpunca darinya. Teringat maksud mantera yang di baca oleh Zul tadi. Bertambah laju air mata keluar di pipi. Mata memandang Auni yang tersandar di sebelah sambil muka ditutupi kain batik.
“Maafkan I sayang… sebab kan I you jadi macam ni…..’’
Tangan Auni bergerak dengan tiba-tiba. Amat terperanjat.
Walaupun dalam kereta agak samar dan gelap, dia nampak jelas tangan Auni bergerak tadi.. Hidup lagikah tunangnya?
Zetty perasan badan Amat terganjak sedikit. Seolah-olah terkejut sesuatu. Walaupun takut kerana duduk di sebelah mayat Auni yang separuh hancur itu kepala tetap berpusing memandang Amat.
Tak ada mod untuk dia menegur. Dia dah dengar semuanya tadi. Amat lah punca segalanya! Dia berdoa dalam hati semoga Syima dijumpai dan tiada apa yang buruk jadi pada kawan baiknya itu.
Laju tangan Amat mengesat air mata di pipi. Mata tetap memandang tangan Auni yang berdarah itu. Tiba-tiba tangan Auni bergerak lagi. Amat terperanjat lagi. Air liur di telan beberapa kali. Dengan perlahan dia memegang tangan Auni.
Auni turut membalas genggamannya. Jantung Amat berdebar laju. Dia berharap tunangnya masih hidup. Dia memanggil Auni perlahan.
“Auni…. Sayang…! Sayang…!’’
Haziq dan Khairi yang mendengar segera berpaling ke belakang.
“Kau apahal Mat panggil-panggil dia! Dia dah mati giler!!’’ Khairi menengking. Dia mula rasa seram.
“Aku nampak tangan Auni gerak-gerak.. dia pegang tangan aku…’’
“Kau jangan merepek boleh tak!’’ Zetty pula memarahi Amat.
Dengan perlahan Amat menyelak kain batik yang menutupi muka Auni. Ketika itu dia melihat wajah Auni yang separuh hancur itu tersenyum menampakkan gigi dan ketawa padanya.
Amat menjerit dan menepis kain batik itu. Mereka di dalam kereta terperanjat dan berpaling pada Amat.
“Kau apahal ni Mat!!’’ Haziq pula bersuara.
Amat menutup kepala dan menunduk. Menggigil badannya. Hormon adrenalin mencanak naik. Takut dia memandang muka Auni begitu. Tidak pernah seumur hidupnya dia rasa takut begini.
Ketika Haziq dan Khairi berpaling ke depan mereka ternampak sesuatu di atas jalan raya. Dengan hanya di suluh cahaya lampu kereta dan kabus yang semakin menebal sukar untuk mereka memastikan kelibat itu.
“Apa tu Ziq?’’ Khairi mengelap cermin yang berwap di depannya.
“Aku tak tahu. Tak nampak’’ Haziq mengecilkan mata. Macam ada sesuatu berdiri di atas jalan tak bergerak-gerak. Apa tu?
Wiper dipasang laju. Kaki Haziq kuat menekan minyak. Semakin hampir semakin jelas kelibat itu.
“Ziq!! Tu Syima Ziq!!!’’
Haziq yang terperanjat mendengar jeritan Khairi segera memusingkan stereng ke tepi lalu menyebabkan kereta mereka terus menjunam ke bawah bukit.
Mereka menjerit dan melambong di dalam kereta. Pintu di sebelah Amat dengan tiba tiba terbuka dan Amat terpelanting keluar dari kereta itu.
Amat tergolek seperti kayu balak dan terus menjunam ke bawah. Tangan Amat cuba mencapai sesuatu. Tiba-tiba…
BUKKKK!
Amat terhenti dari terus bergolek dan tertiarap di atas tanah yang curam. Dia terbatuk-batuk kecil dan darah mula keluar dari hidung dan mulut. Kepalanya rasa pening. Seluruh badan terasa sengal dan sakit.
Amat cuba untuk bergerak dan bangun tapi gagal. Peha kanannya sangat pedih sekali. Seperti di tusuk sesuatu yang tajam.
Tangan dengan perlahan-lahan meraba di kawasan peha yang sakit itu. Terasa cecair hangat mengalir dan ada sesuatu yang keras sedang menusuk di situ.
Suasana sekeliling sangat gelap dan berkabus. Amat tetap cuba berpaling ke belakang untuk memandang.
Terkejut Amat melihat sebatang kayu tajam sudah menusuk dan menembusi pehanya sendiri.
‘’Arhhhhhh!’’ Amat menjerit kesakitan.
Mata yang berpinar masih jelas nampak tusukan cabang kayu di pehanya. Tercungap-cungap nafas Amat menahan sakit.
Tangisannya terhenti saat terpandang cahaya kecil berwarna merah yang terus menjunam ke bawah. Semakin lama cahaya kecil itu semakin jauh ke bawah bukit.
BOOMMMM!!
Bunyi letupan membuatkan cahaya merah kecil itu bertukar menjadi oren kehitaman.
“NOOOOOOO!!!’’
Amat menjerit sekuat hati. Laju air matanya keluar. Menggigil tangannya mengangkat ke arah itu.
Teresak-esak Amat menangis. Dia menumbuk tanah beberapa kali. Rasa dirinya tak berguna kerana gagal menyelamatkan kawan-kawannya.
“Maafkan aku!! Maafkan aku….!’’ Amat menangis dan meraung. Dia tahu, jika dia menjerit atau meminta tolong ,tiada sesiapa pun akan mendengarnya saat ini.
Ya! Semua yang jadi berpunca dari dia. Kerana terpengaruh dengan cerita Ali sanggup dia melakukan perbuatan syirik itu.
Arhhh! Sungguh dia menyesal! Menyesal sangat!. Teresak-esak Amat menangis. Segalanya bermain dalam fikiran saat itu.
Share this novel