“Aarrrhhhhhhhhhh!!’’
AMAT!
Laju mata Amat terbuka. Dia memandang sekeliling. Empat pasang mata sedang memandang ke arahnya. Tercungap-cungap nafas Amat ketika itu. Seolah sedang berlari 100 meter. Peluh membasahi dahi dan bajunya.
“Hoi Mat!!”
Telinga terdengar ada suara yang memanggil. Dia tersedar lagi. Mata terpandang Auni di sebelah. Dengan pantas tangan memegang muka Auni. Membelek tangan dan tubuh badan tunangnya. Berkerut dahi gadis itu.
“You ni kenapa??’’
“You… you.. tak apa-apa?’’ Amat memegang bahu Auni. Mereka semua memandangnya pelik.
“Kau kenapa Mat?’’ Zetty di kerusi penumpang paling belakang bersuara.
“Kau mengigau ke apa? Duk ahhhh arhhhh je aku dengar. Kau mimpi hantu erk?’’ Khairi di kerusi sebelah pemandu juga berpaling ke belakang memandang Amat.
“Hahahha” kedengaran suara mereka ketawa.
Amat menghela nafas. Tangan mengesat peluh di dahi. Fuh! Nafas di dada masih turun naik. Adrenaline juga masih belum turun. Kedengaran pintu kereta terbuka. Haziq masuk ke dalam kereta.
“Ok gais, jom! Aku dah dapat bilik’’
“Bilik?” laju Amat bertanya. Berkerut kening Haziq memandang Amat yang berpeluh itu sambil tangannya memeriksa aircorn kereta. Sejuk aje.
“Aha la. Kau la suggest check in sini tadi kan. Aku dah pergi survey. Ada bilik macam kau cakap tu. Dalam bilik ada bilik’’
Kening Amat berkerut. Otak jadi blur. Dia memandang mereka semua.
“Kejap! Jap! Err.. kita kat mana sekarang ni??’’
“Kau ni kenapa Mat. Kau masih mimpi lagi ke?” Syima di belakang pula bersuara.
“Kita kat Amber Court la. Kan kau nak check in sini. Kejut kau tadi suruh pergi tanya kat receptionis tu. Nak tunggu kau bangun sampai ke sudah tak bangun-bangun. Haziq yang pergi tanya’’
“Amber Court??’’ Amat memandang ke luar. Mereka betul-betul berada di depan bangunan 23 tingkat itu. Di sekeliling dinding bangunan itu tercat elok. Bukan buruk seperti dalam mimpinya. Amat menampar perlahan pipi sendiri berkali-kali.
“Ni, aku dah dapat bilik. Bilik kita C4 tingkat 16 ’’ Haziq menunjuk kunci di tangannya.
‘C4 2416??!’
Terkejut Amat memandang nombor bilik pada kunci itu. Sama lagi macam dalam mimpinya. Air liur ditelan.
“Err jap korang! Aku rasa.. tak payah lah check in sini”
“Kenapa pulak kau ni?’’ kening Haziq berkerut. Tadi dia yang beria-ria. Ni tak payah pulak.
“Kenapa? Kau mimpi hantu erk. Hantu apa kau mimpi? Mesti kau jumpa hantu dalam Amber court ni kan?’’ tergelak besar Khairi dengan usikannya. Amat membuat muka.
“You ni kenapa sayang? Tidur 10 minit takkan mimpi hantu?’’ Auni menggosok pipi tunangnya. Nampak takut sekali muka lelaki itu.
“Takkan 10 minit je I tidur..?’’ Amat memandang Auni. Mahukan kepastian. Auni mengangguk.
“Yelah. Siap mengigau lagi. Kitorang biarkan je’’ Khairi mengejek Amat.
“Jomlah turun. Aku dah penat ni’’ Zetty dan Syima menunggu Amat dan Auni turun dari kereta. Kalau mereka tak turun macam mana orang dibelakang nak keluar.
“Kita check in tempat lain la erh. Kita cari hotel dekat-dekat sana la. Tak payah la check in sini’’ Amat tersengih. Dah sedar mungkin.
“Kau ni asal Mat?’’ soal Haziq.
“Aku rasa tak sedap hati la kat sini’’
“Ai! First time aku dengar Amat ni jadi penakut’’ Khairi menyampuk.
“Tak kisah la kau nak cakap aku apa pun. Haziq..! Kau bagi balik kunci tu kat sana’’ jari Amat menunjuk ke arah lobi.
“Kenapa pulak? Aku dah bayar deposit dah tadi..’’
“Alarhh... Kau kasi je balik. Kalau dia tak nak bayar deposit kau, nanti kau claim kat aku. Kita cari dekat-dekat sana je’’
Tanpa banyak soal Haziq kluar dari kereta. Mereka geleng kepala dengan sikap Amat. Bangun-bangun je dari tidur, berubah 360 darjah.
Amat rasa lega. Hanya 10 minit je dia tidur sewaktu mereka bergerak dari Skyworld ke Amber Court ni. Kenapa dia rasa lama sangat mimpi itu. Real betul! Ya Allah! Tangan meraup muka.
Haziq masuk ke dalam kereta. Sebelum memasuk kan gear D dia pusing ke belakang memandang Amat.
“Ok done! Mat! Kau betul ke ni tak nak check in sini? Aku ok je…mana tahu kau nak jumpa hantu kat bangunan ni’’ Khairi tergelak dengan kata Haziq.
“Tak payah lah. Kita cari je la kat atas-atas sana tu’’ Amat memandang ke luar tingkap. Haziq memandu dengan berhati-hati. Mereka hanya memandang skrin telefon masing-masing.
Tiba-tiba Amat teringatkan sesuatu. Tangan segera meraba ke dalam beg sandangnya.
“Ziq.!. Stop jap Ziq’’
Amat turun dari kereta setelah Haziq memberhentikan kereta di tepi jalan.
Dia berdiri di sisi pintu. Plastik hitam kecil di keluarkan dari beg sandangnya. Mata memandang lama isi dalam plastik itu. Beberapa batang colok, kemenyan dan sebekas kecil darah ayam.
Memang niat nya untuk melakukan semua itu di sini. Tapi bila fikirkan mmpinya tadi dia jadi takut. Macam mana kalau mimpi itu jadi kenyataan? Ah! Dia tak nak! Dia tak mahu kehilangan Auni. Begitu juga kawan-kawannya. Biarlah mereka datang ke sini dengan selamat dan pulang pun dalam keadaan selamat.
Cepat dia beristighfar. Kerana terpengaruh dengan kata Ali, dia membuat research di internet tentang cara memanggil hantu semalam. Kerana niat nak berjudi sanggup dia nak melakukan perbuatan syirik itu. Astagfirullahalazim..!
Dengan pantas Amat mencampak plastik itu ke dalam gaung di bawah bukit.
“Mat! Kau apahal ni? Nak muntah ke?’’ Haziq muncul di sebelah Amat.
“Err. Tak.. aku buang sampah’’
“Sampah apa?’’ Haziq memandang ke bawah bukit.
“Dalam beg aku ni..'’ Amat menunjuk beg sandang di dadanya. Haziq pelik. Laju tangan menyentuh dada kawannya.
“Kau kenapa ni bro? laju betul jantung kau. Kau mimpi hantu ke apa?’’
“Sikit ar’’ Amat tersengih.
“Serius la? Cerita la. Hantu apa?’’ tangan Haziq merangkul leher Amat.
“Adalah!’’ Amat rasa malu nak bercerita. Dialah terpaling cakap besar, dialah juga terpaling rasa takut sekali dengan mimpi sendiri.
“Hahah dah lah. Jom masuk. Dah petang sangat ni. Nak cari hotel lagi. Sampai sana nanti kau share dengan kitorang apa kau mimpi tadi’’ Haziq mengenyit mata pada Amat sambil ketawa. Kemudian dia masuk ke dalam kereta.
Amat memandang bangunan Amber Court yang tidak jauh dari situ. Sungguh dia takut dengan mimpinya. Tak pernah seumur hidup dia rasa takut begitu. Kemudian dia masuk ke dalam kereta.
Biarlah semua itu menjadi igauan ngeri dalam mimpinya saja. Janji, tunang dan kawan-kawannya semua selamat. Dia sayangkan mereka.
~T.A.M.A.T~
Share this novel