BAB 28

Horror & Thriller Completed 3008

10.15 PM

 

Mereka semua termenung. Segala bunyi ketukan atau apa sekali pun mereka cuba abaikan. Ketika itulah Zetty menceritakan apa yang jadi pada Auni semalam. Dan Haziq juga buka cerita tentang jelmaan Amat. Meremang bulu roma tubuh mereka.

 Tiba-tiba terdengar pintu utama terbuka dan tertutup. Semua berpaling ke arah itu. Amat memandang mereka pelik.

“Eh. Asal korang tak tidur lagi?’’

“Kau pergi mana?!’’ Haziq yang duduk di kerusi meja makan memandang tajam pada Amat.

“Aku pusing-pusing la cari barang. Asal korang packing barang ni? Esok kan baru kita check out?’’ Amat melihat luggage serta barang mereka di tengah ruang tamu. Haziq berdiri didepan Amat.

“Kau cakap dengan aku Mat mana kau pergi?!’’ Haziq tak puas hati. Dia tak peduli dengan soalan Amat.

“Aku dah cakap kan tadi aku cari barang. Kabus kat luar tu tebal sangat. Tu aku stop-stop kejap, chill la bro!” kening Amat berkerut melihat Haziq marah begitu.

“Chill hotak kau! Kau beli barang jadah apa dari petang kau keluar sekarang 10 lebih baru kau balik. Kau ingat sikit tu kereta aku. Bukan kereta bapak kau!!’’ Haziq menolak kasar bahu Amat. Amat rasa bengang.

“Kau apahal main bapak-bapak pulak! Aku pinjam bukannya aku tak tong minyak!’’ dia menengking semula depan muka Haziq. Haziq menggenggam baju Amat. Dia sudah hilang sabar. Ingin saja dia melayangkan penumbuk kat muka Amat sekarang ni!

“Hei! dah la korang. Tak payah gaduh lah! Amat dah balik kan. Jom lah kita keluar!’’ Zetty yang dari tadi memerhati bersuara. Amat menepis tangan Haziq dari bajunya kemudian memandang Zetty.

“Korang nak keluar? Pergi mana? Ha??’’

“Pergi mana apa? Kitorang tunggu kau balik lah. Nak blah dari sini. Kau tengok lah apa jadi kat tunang kau tu!’’ Khairi yang duduk di kerusi mengangkat tangan ke arah sofa. Amat baru perasan Auni di situ. Segera dia berlari mendapat kan tunangnya.

“Apesal Auni ni? Sayang….. kenapa dengan dia?’’ pelik Amat melihat kepala tunangnya berbalut begitu.

“Dia kena rasuk tadi. Aku.. aku terpaksa pukul dia dengan pasu’’ Syima sebersalah.

“Apesal kau pukul dia? Kau nak bunuh dia ke apa?! Sayang.. bangun sayang..!.’’ Amat mengejut Auni.

“Hei Mat! Kalau Syima tak ketuk dia tadi, Haziq dah mati kau tahu tak. Dia cekik Haziq tadi!’’ Zetty membidas kata Amat. Syima pulak nak di marahnya.

“Betul ke Ziq?’’ Amat memandang Haziq.

“Dah, sekarang ni kau pergi pack barang kau! Kita blah. Bawak Auni pergi hospital!’’ Amat segera bangun setelah mendengar arahan Haziq. Mereka menunggu Amat mengemas barang dalam bilik.

Auni tersedar dengan tiba-tiba. Mata memandang ke atas.. laju dia bangun duduk atas sofa. Syima dan Zetty yang duduk di tepi sofa terkejut melihat Auni bangun begitu.

“Korang! Auni!’’ semua memandang ke arah Auni. Mata Auni masih kemerahan.

Amat yang mendengar suara Zetty terus berlari keluar. Dia menunduk di depan Auni.

“Sayang…! Bangun sayang!’’ bahu Auni di usap perlahan. Mata merah Auni yang melilau ke atas memandang dan tersenyum pada Amat. Amat menelan air liur. Risau. Wajah Auni yang senyum bertukar marah.

“AKU MAHU DARAH!!’’

Kening Amat berkerut mendengar suara Auni kasar begitu. Bahu Auni di goncang perlahan.

 “Sayang…! Tolong lah jangan macam ni!’’

Tiba-tiba Auni menolak kasar dada Amat membuatkan Amat terlentang di atas lantai. Dengan pantas Auni bangun dan berlari lalu membuka pintu sliding itu. Begitu mudah sekali Auni memanjat balkoni. Seolah-olah ada yang membantunya naik ke atas. Auni ingin terjun ke bawah.

Semua menjerit memanggil Auni. Amat segera bangun dan berlari ke balkoni. Tangannya sempat menarik Auni dari jatuh ke bawah.

Arhhhh! Amat berusaha menarik Auni. Haziq turut membantu Amat menarik tangan dan baju Auni.

 Auni memandang Amat sambil tersenyum. Senyuman yang menyeramkan. Amat tak peduli dengan senyuman itu. Yang penting nyawa tunangnya harus di selamatkan!

Mereka berjaya membawa Auni ke atas balkoni. Tiba-tiba Auni mencakar muka Amat membuatkan Auni terlepas dan melayang jatuh ke bawah.

“SAYANGGGGGGGGG!!” Amat menjerit!

Semua berlari keluar dari rumah dan terus masuk ke lif. Sampai saja di bawah mereka berlari mendapatkan Auni yang tertiarap di atas lantai.

Kepala dan muka Auni hancur di sebelah kiri. Begitu banyak darah mengalir keluar di atas lantai itu. Tangan dan kaki kiri Auni terpusing ke belakang. Patah mungkin. Zetty dan Syima termuntah memandang Auni begitu.

Menggigil tangan Amat merangkul Auni di ribanya. Tak peduli darah yang terkena pada baju. Dia menangis sekuat mungkin. Sakit di pipi akibat di cakar pun dia dah tak peduli.

Haziq menggenggam rambutnya sendiri. Dia kusut! Kenapa perlu ada yang mati! Ahhh siah lah!

Tiba-tiba tangan kanan Auni bergerak-gerak. Amat terkejut.

“Sayang..! sayang…! Ziq! Auni hidup lagi Ziq!’’ Amat memeluk kuat Auni. Mereka terkejut. Kalau dah jatuh dari tingkat 16 mana ada yang hidup. Mustahil!

“Mat! Mana kau park kereta Mat??!’’ Haziq menyentuh kasar bahu Amat. Amat masih memeluk Auni. Haziq menengking.

“Hei Mat! Mana kau park kereta?? Kita bawak Auni pergi hospital!’’ Amat tersedar. Menggigil tangan mengeluarkan kunci dari poket seluar.

“Level dua!’’

Dengan pantas Haziq berlari ke basement tingkat 2.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience