Amat yang sedang menyusun barang di table top dapur menyedari tiada respond dari Haziq. Mata memandang Haziq yang berdiri tegak di sliding door.
“Woi Ziq! Kau dengar tak? Asal tak tidur lagi?’’ Amat berjalan ke arah Haziq. Sweater dikemas kan.
Haziq tersedar. Dia memandang Amat yang berdiri tidak jauh darinya. Amat lengkap bersweater. Tadi hanya berlengan pendek. Pelik!
“Err tak. Belum tidur. Aku tak boleh tidur tadi. Dengar kau bukak tv kuat sangat’’
‘’Ha? Bukak tv? Masa bila aku bukak tv. Aku baru je balik’’ Amat pelik dengan kawan di depannya.
“Err jap. Kau baru balik? Kau dari mana?’’ berkerut kening Haziq.
“Aku kan pinjam kete kau malam tadi. Sorry la balik lambat sikit. Cari kedai banyak dah tutup’’
“Eh jap! Bukan kau kat sini tadi? Kau tengok tv. Tu..! aku siap bancuh air kat kau tadi” Haziq menunjuk ke arah cawan yang berisi air milo di atas lantai. Amat turut memandangnya.
“Kau biar betul? Aku baru je balik Ziq’’ Haziq terdiam mendengar kata Amat. Hati bermonolog sendiri.
Amat baru balik?? Habis yang tadi yang tengah tengok tv tu siapa? Ah sudah! Jantung Haziq berdebar semakin laju. Peluh kecil mula keluar walaupun sangat sejuk dalam rumah itu. Melihat Haziq hanya berdiam Amat bersuara.
“Woi Ziq. Kau asal ha?’’ Amat menggosok matanya yang berair. Mulut sudah menguap beberapa kali.
“Err tak! Tak ada apa. Dah lah. Kau gi lah tidur. Aku nak habiskan air milo aku jap’’ Haziq duduk semula di sofa. Amat segera masuk ke dalam bilik.
Cawan yang berisi Air milo panas di atas lantai di pandang lama. Haziq sangat yakin Amat duduk di situ tadi. Siap minum air milo yang di bancuhnya sekali. Takkan Amat bergurau dengannya waktu pagi-pagi macam ni? Ah! malas dia nak fikir.
Dengan cepat dia menghabiskan air milo di tangan. Segera dia bangun dan mengambil cawan di atas lantai itu. Air milo itu langsung tidak berkurang. Dia berjalan ke singki dan menyuci kedua cawan. Ketika ingin melangkah ke bilik. Tiba-tiba…
TUK! TUK! TUK!..
Langkah Haziq terhenti. Mata memandang ke pintu utama. Siapa pulak yang ketuk pintu pagi-pagi buta ni?
TUK!! TUKK!!! TUKKK!!! TUKK!!!!...
Kali ni lebih kuat. Jantung Haziq yang sudah tenang tadi kembali berdebar. Ketukan pintu tak henti-henti berbunyi.
Dengan perlahan kaki melangkah ke pintu utama. Semakin hampir langkahnya dengan pintu semakin laju jantungnya.
Sampai saja di pintu ketukan itu berhenti berbunyi. Hati sedang berkira-kira mahu buka pintu atau tidak. Cerita seram Amat malam tadi bermain dalam fikiran. Air liur di telan beberapa kali.
Entah semangat apa yang datang ketika itu. dengan perlahan Haziq mengangkat tangan. Menggigil tangan ketika dia ingin memegang tombol pintu itu. Tiba-tiba…
“HAZIQ!!’’
ada tangan lain memegang kuat lengannya Terperanjat Haziq. Amat betul-betul berada di sebelah.
“Jangan bukak! Mana ada orang waktu macam ni….!’’ tajam mata Amat memandang Haziq.
Haziq bernafas laju. Seolah-olah lepas berlari 50 meter. Amat melepaskan pengangannya dan terus masuk ke bilik. Dengan cepat Haziq mengikut langkah Amat.
Share this novel