“Korang tidurlah katil queen tu. Aku tidur katil single ni’’ Zetty terus landing di atas katil. Lega betul dia rasa bila dapat berbaring ni.
Auni menyusun barang dalam almari. Terbatuk-batuk dia bila pintu almari dibuka. Syima yang duduk di atas katil memandang setelah mendengar Auni batuk tanpa henti.
“Kenapa Auni?’’
“Berhabuk betul Almari ni. Tah berapa lama dia tak cuci..!’’ Auni terus mencuci Almari itu.
Zetty cuba pejam mata untuk tidur. Tapi tak boleh. Hilang pulak rasa mengantuknya. Mungkin sebab dah tidur 10 minit dalam kereta tadi. Dia memandang Syima di katil sebelah. Khusyuk betul tengok handphone sambil tersenyum sendiri. Perlahan lahan dia bangun dari katil.
“Hah! Kau senyum-senyum apa hah?’’ Zetty mengintai skrin telefon Syima.
“Ooo. Kau selfie dengan Haziq banyak eh tadi. Bila korang selfie? Aku tak perasan pun’’
“Tadi la. Dia ajak aku selfie. Aku on je la’’ merah muka Syima menahan malu.
“Kau dah syok kat Haziq erk.. kan? Kan?’’ Zetty mengusik Syima.
“Sikit la. Tapi tak ada lah sangat. Aku pun baru kenal dia’’
“Haziq tu ok la. Kau couple je dengan dia. Dia pun single sekarang. Dia pun macam kau jugak dapat partner yang tak tahu nak setia. Eloklah korang berdua’’ laju Syima berpaling memandang Zetty.
“Yeke. Dia single la? Aku ingat dia dah ada girlfriend’’
“Aha. Setahu aku la. Tak tahu lah kalau dalam diam-diam dia ada awek’’
“Asal kau tak couple je dengan dia? Korang kan rapat?’’ pelik juga dia. Sejak Zetty putus tunang dulu, tak pernah nampak lagi zetty bercinta. Terluka lagi kah hati kawan baiknya tu. Mana tahu Zetty menaruh hati pada Haziq. Boleh lah dia singkirkan cepat perasaannya yang baru nak bersemi di hati ni. Tergelak besar Zetty dengan soalan Syima.
“Eee.. Haziq tu kawan aku je la. Lagi pun dia bukan taste aku. Aku, Khai Haziq, kitorang satu tempat kerja. Tu kitorang rapat’’
“Then, macam mana kau boleh rapat dengan Amat pulak?’’ Soal Syima. Dia pernah beberapa kali join aktiviti mereka. Tapi itu sekadar menemani Zetty saja. Hari ni dia rasa tertarik untuk tahu persahabatan mereka.
“Amat aku kenal sebab dia kawan Haziq. Dulu kalau aku lepak dengan Khai and Haziq, Amat akan join. Amat friendly orang dia. Itu yang boleh jadi rapat tu. Dulu kalau pergi short vocay diorang bertiga tu bawak awek. So, ada la team perempuan kalau aku join. Tak ada lah segan sangat’’
“Oo Amat dulu ada awek eh? Dia tak pernah cakap pun’’ Auni yang selesai mengemas duduk di atas katil di sebelah Syima.
“Eh Auni. Tu cerita dulu. Biasa la kan zaman-zaman tak matang. Awek diorang pun tah-tah dah beranak pinak. Sekarang dia dah bertunang dengan kau mestilah dia setia kat kau. Kau jangan salah faham eh. Kang tak pasal-pasal kau berperang pulak dengan si Amat tu’’ Zetty cepat membetulkan ayatnya. Risau kerana cerita dulu mereka yang nak mendirikan masjid ni bergaduh pulak.
“Hihi tak ada lah. Aku tanya je. Nak cerita pasal dulu aku pun ada boyfriend’’ Auni ketawa.
Mereka bertiga saling berkongsi cerita. Sehinggalah mereka berdua terlena di atas katil. Cuma Zetty saja yang masih belum tidur. Jam tangan dipandang. Sudah pukul 6.30 petang. Kejap lagi nak keluar pulak.
Eee malasnya…..!
Share this novel