Haziq tersedar dari tidur. Jam tangan di pandang. Baru pukul 3.40 pagi. Awal lagi. Dia menarik selimut hingga ke kepala kerana tak tahan dengan sejuk. Tangan mencapai remote control dan menutup air-cond.
Tiba-tiba telinga mendengar bunyi bising di luar bilik. Dia memandang Khairi yang tidur di sebelah. Nyenyak betul. Sampai berdengkur. Kemudian beralih memandang ke bawah. Tilam tempat tidur Amat masih kosong. Mungkin Amat ada kat luar tengok tv.
Haziq bangun dan turun dari katil. Pintu bilik di buka. Kelihatan Amat sedang duduk bersila di atas lantai sambil mengadap tv. Tidak berkelip langsung mata memandang cerita yang terpasang itu.
‘’Amat. Bila kau balik? Asal tak tidur lagi? Dah pukul berapa dah ni’’ Haziq berbaring di atas sofa. Mata di gosok berkali-kali.
Tiada respond dari Amat. Dia berpaling. Kusyuk betul dia tengok tv sampai aku datang pun dia buat derk je.
“Hoi Mat! Kau tengok cerita apa?. Kuat betul kau pasang tv tu sampai dengar dalam bilik’’
“Entah. Layan je’’ itu saja kata Amat. Kedengaran sedikit garau suaranya.
Haziq turut memandang tv. Siaran kejap elok kejap tak elok. Entah apa-apa lah Amat ni layan. Tiba-tiba dia rasa meremang. Sweater di kemaskan. Sejuk sangat kot. Tempat tinggi mestilah sejuk walaupun air cond tidak di pasang. Tekak terasa nak minum air panas. Segera dia bangun dan melangkah ke dapur.
“Kau nak hot milo tak Mat? Kalau nak aku buat sekali?’’ sambil bancuh air mata memandang ke arah Amat.
“Hmmm.!.’’ ringkas jawapan Amat. Mata tidak lepas memandang tv.
Dalam beberapa minit Haziq bawa dua cawan milo panas dan menyerahkan satu cawan kepada Amat. Kemudian dia duduk di atas sofa sambil menghirup minuman. Amat juga turut menghirup minuman itu.
Mata Haziq memandang Amat yang dari tadi tidak bergerak dari kedudukannya. Bersila dan badan menegak seperti orang sedang bertapa.
“Mat. Kau tak lenguh ke duduk macam tu?’’
“Tak. Dah biasa’’ kata Amat. Haziq sedikit pelik. Selalunya Amat kalau tengok tv mesti berbaring.
Angin mula masuk ke dalam rumah. Langsir sliding door berkibar-kibar. Tiba-tiba Haziq terasa seram sejuk dan bulu roma kembali meremang. Mata memandang sliding door sedikit terbuka. Mungkin Zetty terlupa nak tutup semula sebelum masuk tidur malam tadi.
Haziq terpandang Amat yang memakai t-shirt berlengan pendek. Seingatnya sebelum keluar tadi Amat memakai sweater. Uishh! Tebal betul kulit mamat ni.
“Mat. Sliding door kau biar terbukak tu.. Kau tak sejuk ke Mat? Aku pakai sweater tebal pun still sejuk siut’’
“Tak. Dah biasa’’ tanpa memandang Haziq di belakang dia menjawab.
Haziq menggosok lengannya beberapa kali. Cawan di letak di atas meja tepi sofa. Kemudian dia bangun dan menutup pintu sliding itu. Tiba-tiba telinga terdengar bunyi pintu utama seperti terbuka dan tertutup. Dan ada suara menegurnya. Macam suara Amat.
“Kau tak tidur lagi Ziq??’’
Pantas Haziq berpaling. Kelihatan Amat sedang meletakkan barang yang dibeli di atas meja. Dia memandang karpet. Eh! bukan Amat duduk bersila kat depan ni ke?? Jantung Haziq mula berdebar.
Dup dap! Dup Dap!
Share this novel