BAB 26

Horror & Thriller Completed 3008

Haziq berjalan laju ke arah lif. Lehernya masih sakit kerana dicekik Auni tadi. Sesekali dia terbatuk-batuk.

Butang lif di tekan ke lobi. Berdebar menanti untuk sampai ke bawah. Ketika sampai di bawah, dia berlari ke meja penyambut tetamu. Kedai-kedai runcit disitu semuanya sudah tutup. Jam tangan di pandang. Baru pukul 9 malam.

“Hello! Somebody?!’’ Haziq memanggil-manggil di meja penyambut tetamu itu. Loceng atas meja di tekan berkali-kali. Dalam beberapa saat menunggu tiada sesiapa pun yang muncul.

Haziq terus berlari keluar, kereta yang terparking di luar tak berapa banyak yang ada. Angin bertiup kencang malam itu. Kabus yang semakin tebal membasahi bajunya. Sejuk!

“Tolong!! Tolong!!’’ Dia mejerit lagi. Tiada sesiapa. Tangan mencari telefon dalam poket. Shit! Tertinggal kat atas pulak!!

Haziq berpatah balik ke meja penyambut tetamu. Mata melilau mencari telefon atau apa barang sekali pun yang boleh diguna pakai untuk mendapatkan pertolongan. Tiada satu barang pun yang berguna di situ. Hanya ada pen dan beberapa helai kertas saja. Siallah!

Haziq mundar mandir di situ. Otak ligat berfikir. Apa perlu dia buat sekarang? Di bawah ni tiada sesiapa yang dia nampak untuk meminta tolong. Nak ketuk pintu di setiap bilik,  dia sendiri tak tahu bilik mana yang berpenghuni. Yang si Amat pulak entah hilang ke mana sampai tak balik-balik. Ahh! serabutlah!

Haziq berlari ke arah lif semula. Dia risaukan kawan-kawannya di atas. Butang atas di tekan. Dalam beberapa saat pintu lif terbuka. Haziq terus masuk dan menekan butang nombor tingkat sepatutnya. Mengah dia rasa. Tiba-tiba lampu dalam lif berkelip kelip. Aduh! Apa pulak kali ni?

Ting!

Pintu lif terbuka. Haziq bersandar di dinding lif itu. Berdebar menanti siapa gerangan yang mahu masuk ke dalam. Boleh dia minta tolong. Dalam beberapa saat menunggu tiada sesiapa yang masuk. Jantung dari tadi tak henti berdebar. Dia cuba untuk tenang. Pintu lif tertutup sendiri.

Lif bergerak naik ke atas. Haziq menghembus nafas lega, tiba-tiba lif terhenti lagi. Mata melihat nombor tingkat tidak menyala.

Ting!

Pintu lif terbuka lagi. Haziq menelan air liur. Jantung bertambah laju menanti siapa yang akan masuk ke dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience