AHAD 1.30 PM
Haziq termenung di meja kafe berhampiran skyworld itu. Sambil mulut menghembus asap vape. Dalam fikirannya masih terfikir hal semalam. Syima, Auni dan Zetty duduk di meja itu setelah mengambil minuman dan makanan mereka di kaunter.
“Ziq. Khai mana?’’ soal Zetty sambil menyedut minumannya. Menyedari tiada sebarang respon dia memandang Haziq.
“Hoi! Berangan apa?’’ sentuhan kasar Zetty di bahu mengejutkan Haziq.
“Ha?? Apa?’’ tercengang dia memandang mereka.
“Khai mana?’’
“Oh. Khai pergi toilet jap’’ Haziq mengunyah kacang yang dibelinya tadi. Khairi muncul dan pergi ke arah kaunter untuk order makanan. Dalam beberapa minit dia duduk disebelah Haziq.
“Amat mana?’’ Khairi memandang Auni. Spageti terus di suap ke dalam mulut. Dah pukul 1 lebih. Memang lapar lah.
“Entah. Dia cakap nak beli barang. Dia suruh aku join korang dulu’’ jawab Auni.
“Barang apa?”
“Entah dia’’ Auni menjongket bahu dengan soalan Khairi.
Tiba-tiba Amat muncul dan duduk di sebelah Auni.
“Korang dah puas main game belum?’’ Amat memandang mereka.
“Dari pagi datang sini mestilah puas. Yang kau ni pergi mana?’’ soal Khairi.
“Aku pusing-pusing jap area sini. Beli flavor vape’’ Amat membelek telefon Auni. Kedua mereka ketawa memandang setiap gambar dan video di dalam telefon Auni.
Zetty memandang Auni lama. Dari pagi tadi dia nak tanya sebenarnya tapi tak terkeluar pula persoalan itu. Mungkin seronok sangat layan permainan kat sini. Lupa habis.
“Auni. Aku nak tanya. Kau ni sleep walking ke?’’
“Ha? Maksud kau?’’ soal Auni. Bibir tak lepas dari ketawa bersama Amat. Mata masih fokus pada handphone.
“Kau mengigau ke apa malam tadi?’’
“Mengigau?” Auni memandangnya.
“Aha. tak ingat?” Semua memandang Auni yang terdiam. Amat bersuara.
“Tak silap I, mama you pernah bagitahu kan yang you ni kalau mengigau, berjalan malam-malam. kan?’’
“Memang. Tapi time I demam panas je sleep walking. Kalau sihat tak ade pulak macam tu’’
“Habis tu semalam tu? Takkan kau tak ingat?’’ Zetty masih tak puas hati. Mujur saja kepalanya yang terhantuk di pintu sliding tu tak bengkak.
“Semalam? Entah. Aku tak ingat la. Yang aku ingat kau tarik aku masuk bilik je’’ tersengih Auni. Dia pun tak ingat sangat. Otak ligat berfikir. Mimpi apa erk semalam.
“Yeke?’’ berkerut kening Zetty. Pelik!
“Kenapa? Kau nampak dia pergi mana semalam?’’ Syima memandang Zetty.
“Aku nampak Auni nak….’’ Kata Zetty terhenti di situ. Perlu ke dia cerita pada mereka semua?
“Nak apa?’’ mereka menanti kata Zetty.
“Err. Aku nampak Auni nak pergi dapur. Tu aku tarik dia masuk bilik” laju pula kata itu keluar dari mulut. Nanti sajalah dia cerita. Tak nak buatkan Amat risau keselamatan tunangnya itu.
“You buat apa kat dapur sayang?’’ Amat tergelak . terangkat keningnya memandang Auni.
“Entah. I rasa I mimpi I naik satu tangga ni. I nampak you kat atas. Tapi I tak boleh naik tangga tu. Tu I panjat. Tak tahu pulak sampai ke dapur perginye’’
“Tak ada apa lah. Mainan tidur je tu. Chill ok’’ Amat menggosok bahu Auni. Tak mahu tunangnya risau dengan cerita si Zetty itu.
Mereka memandang Haziq yang sejak tadi berdiam. Macam dah pergi ke dunia lain.
“Hoi Ziq! Kau pergi mana?’’ petikan jari Amat mengejutkan Haziq.
“Hah? Apa?’’ ternganga dia memandang mereka.
“Kau ni kenapa Ziq? Tak sihat ke apa?’’ soal Zetty sambil mengunyah makanan dalam mulut.
“Eh tak lah. Aku ok la. Mengantuk sikit. Semalam tak boleh tidur’’ Haziq menyedut milo blendnya.
“Asal? Ke…kau nampak aku lagi semalam?’’ bisik Amat pada Haziq. Kemudian dia ketawa. Mereka semua memandang Haziq.
“Kau nampak Amat? Nampak kat mana?’’ soal Khairi. Tak sempat Haziq nak menjawab Amat sudah potong.
“Aha.. dia nampak jelmaan aku dow. Haziq siap bancuh air milo kat jelmaan aku tu. Padahal aku baru balik” Amat gelak sambil geleng kepala. Apa la khayalan si Haziq ni..
“Mungkin khayalan aku je kot’’ itu saja kata Haziq. Malas dia nak cerita. Tak mahu takut-takutkan mereka semua.
Zetty memandang Haziq. Dia teringat tentang selimutnya di tarik beberapa kali malam tadi. Dan terdengar bunyi orang main kerusi di luar. Haziq pun kena ke? Hati tertanya sendiri.
“Habis lah kau Ziq. Dia suka kau. Haaahha’’ Haziq tergelak kecil dengan usikan Amat.
“Banyak lah kau… Yang kau tu. Semalam kau pergi mana? Seingat aku, kau pakai kereta pukul 11 lebih kan. Pukul 3 pagi baru kau balik. Kau pergi mana?’’
“Kan aku cakap aku beli barang. Aku pusing kedai semua dah tutup. Tu yang lama tu’’
“Takkan sampai berejam jam kau keluar baru jumpa kedai?’’ berkerut dahi Haziq. Lama jugak tu.
“Kabus tebal Ziq. Aku tak nampak. Tu kejap-kejap aku berhenti hisap rokok jap. Mana tahu ada kawan boleh sembang. Hahha’’
“Kau ni cakap besar Mat. Datang depan mata baru kau tau!” Khairi geleng kepala. Tak habis-habis dengan mulut celupar dia tu.
“Datang la. Hahaha’’ bangga Amat menjawab. Mereke malas nak layan si Amat yang terlebih berani tu. Semua mengisi perut dengan hidangan masing-masing. Amat memandang Jam tangannya. Dah nak pukul 2 petang. Rasa mengantuk pulak.
“Korang. Jom balik rest. Aku rasa nak balik tidur kejap lah. Semalam tak cukup tidur’’ Amat menguap.
Mereka setuju dan gerak balik ke amber court.
Share this novel