Completed
25213
Setelah selasai menikmati makan malam,kesemua mereka duduk di ruang tamu bersembang sembang mengenal Nez dengan lebih dekat dan Nez bersyukur dengan mama dan baba yang boleh menerima diri Nez seadaanya.
Ikh meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan telefon dari ofis katanya dan tidak lama kemudian Ikh datang.
"Mama baba, Ikh nak keluar kejap,ada hal kat ofis, mama dan baba boleh temankan Nez sebentar"Ikh memohon diri untuk keluar.
"Nez,Ikh keluar kejap, Nez sembang sembang dengan mama baba nanti Ikh call bila dah sampai ofis" Ikh mencium dahi Nez dan keluar dengan terburu buru.
"Cepat balik tau, tak baik tinggalkan isteri seorang orang" pesan mama kepada Ikh.
"Inshallah ma,Ikh pergi dulu" pohon Ikh seraya mencium tangan mama.
Setelah kepergian Ikh,Nez juga memohon diri untuk berehat di bilik.Smartfonnya di ambil dan aplikasi whatsup di buka, nama bosnya di cari kemudian kata kata simpati untuk meminta cuti lebih di tulis.Cuti untuk perkahwinan Ikh dan Neena sepatutnya hanya 5 hari namun terpaksa di tambah menjadi 2 minggu disebabkan dirinya yang menjadi pengantin terjun.
Selesai menulis untuk bosnya kemudian untuk rakan sekerja,Nezbmemohon agar rakan sekerjanya membantu menyiapkan kerja kerja yang pending dan penting,Nez juga memohon maaf kerana mengambil cuti secara kecemasan.
Setelah siap memaklumkan bos dan rakan kerjanya, Nez kemudian membuka Instagram dan mencari insta kakaknya.Di insta kelihatan banyak gambar yang di padam kemungkinan gambarnya dengan Ikh namun ada gambar terbaru yang di upload sambil memegang tangan seseorang dengan caption' i deserve to be happy'
'Hmm caption mu itu menyakitkan hati seseorang la Neena' gumamku seorang diri.,kemudian telefon Nez berdering menerima panggilan dari ibunya.
"Assalamualaikum ibu" Nez memulakan perbualan panggilan telefon.
"Waalaiukumsalam Nez" jawab ibu lemah dan kedengaran seperti bunyi menangis.
"ibu napa ibu" tanya Nez dengan perasaan cemas.
"Ibu dan abah dekat hotel ni, Neena kena tangkap basah"jawab ibu sambil menangis.
"Astaga ibu, ya allah " Nez pun ikut blank.
"Jabatan agama jumpa dorang berduaan dalam bilik dalam keadaan separuh bogel, ibu malu Nez" bunyi esakan dari ibu menyedihkan Nez.Ingin rasanya mau hempuk kepala c Neena ni, buat malu keluarga saja.
"Ibu bertenang dulu, tarik nafas dalam dalam hembus perlahan" Nez menenangkan perasaan marah ibu.
"Abah pun tidak tau mau cakap apalagi, abah mau kahwin kakak kamu esok pagi ibu" kata ibu lagi.
"Ibu ikut ja apa plan abah, ibu tidak mau fikir panjang" terang ibu.
"Nez teruskan ja perancangan sanding di sana,ibu abah dan adik tidak dapat datang"jelas ibu
" Baik la ibu,Nez ok jg sini,ibu sama abah teruskan ja perancangan perkahwinan Neena," Nez memujuk ibunya' Ya Allah permudahkan lah urusan keluarga kami ' doaku padanya.
"Esok pagi Nez call ya ibu,ibu jangan sedih tau, kakak tu dah besar panjang dah pandai berfikir, ibu jangan risau ya"pujuk Nez kepada ibu.
"Ya ,NeZ,oklah ibu mau tengok abah dulu,esok ibu call Nez lagi ujar ibu.
Nez menamatkan panggilan telefon dengan perasaan berkecamuk.Smartfonnya di lihat lagi menunggu panggilan telefon dari Ikh, namun tiada log panggilan masuk selain ibunya yang kelihatan.
Nez tidak mau menunggu dan membiarkan smartfonnya di letakkan di atas meja,Nez kemudiannya lantas ke bilik air mengambil wuduk dan menunaikan solat maghrib dan isyak memohon semuanya di permudahkan.
Setelah selesai solat Nez,Nez mengambil laptop menyelasaikan kerja yang pending dan perlu di email dengan segera.
Share this novel