Completed
25213
Genap 3 minggu Ikh dan Nez berjauhan,nasib baik di zaman moden ada banyak cara untuk berhubung.Sama ada Ikh yang akan menghubungi Nez ataupun sebaliknya,mereka masih akan cuba sedaya upaya meluangkan masa bergayut di telefon setiap hari.Namun 2 ke 3 hari ni Ikh sangat susah untuk di hubungi,Mesej pun hanya bluetick saja.
Nez cuma mampu berdoa dari jauh berdoa agar pernikahan mereka sentiasa di lindungi.
Hari ni Nez dan Maira akan terbang ke korea,musim luruh musim yang di nanti nanti oleh mereka setelah 2 tahun menangguh di sebabkan oleh pandemik,Maira terlebih excited dengan percutian ini tapi Nez masih ternanti nanti jawapan mesej ataupun panggilan telefon dari Ikh.
"Yeah seronoknya,lama dah kita tunggu hari ni,tapi dari tadi kau berdiam ja ni kenapa?"
"Tiada apa apa la,jom jalan kita kena panggil masuk sudah ni"
"Yes,jom jalan kita cari oppa" kata Maira menyedapkan hati Nez.
Mereka berdua pun menaiki pesawat ke korea,tiba di korea mereka hanya menginap di hotel budget,percutian seminggu ini mesti di penuhi dengan aktiviti,oleh itu itinery dari hari pertama sehingga hari kepulangan telah mereka rancang dengan sebaiknya.
Hari berikutnya mereka cuma berjalan kaki di sekitar itewon,sambil menunggu lampu pejalan kaki bertukar hijau Nez melihat kereta kereta yang beratur menunggu lampu hijau dan terpandang sosok manusia di dalam teksi di bahagian penumpang seperti Ikh.Dari jauh Nez melihat sosok itu sangat kelihatan seperti Ikh dan Sara,bagi memastikan penglihatan itu batul atau tidak Nez berlari kearah teksi tersebut.
Namun teksi itu bergerak dan ketika itu, Maira berlari ke arah Nez menariknya dari laluan kereta.
"Nez napa ni,kau ok ka,sikit lagi kena langgar tau"tanya Maira dengan cemas sambil menepuk nepuk belakang Nez.
Nez menarik nafas dalam lalu memeluk Maira.
"Aku ok,sorry,jom jalan" ajak Nez yang masih kebingungan.
Nez dan Maira kemudiannya berjalan menuju ke destinasi mereka seterusnya,Nez mengingatkan diri untuk positif tidak mood percutian ini terganggu oleh perasaan dan emosi ketika ini.
Malamnya, Maira sudah tertidur dengan nyenyak lalu Nez mengambil telefon,kelihatan ada 1 pesanan di whassup"don't overthinking,miss you" mesej dari Ikh
'Ikh apa yang awak buat?' bisik hati Nez,mesej dari Ikh Nez abaikan, malas dengan persoalan ini baik tidur.
Paginya mereka berjalan mencari sarapan pagi halal,akhirnya mereka berjumpa juga dengan salah sebuah kafe yang menghidangkan halal.Mereka pun masuk ke dalam kafe dan memilih tempat yang agak terpencil memilih pemandangan yang cantik,tidak lama kemudian kedengaran bunyi loceng pintu menandakan ada pelanggan baru masuk.
Ikh dan Sara masuk memilih tempat terbuka dan dari jauh Nez boleh melihat mereka dari jauh,tidak dapat di gambarkan perasaan Nez ketika itu.Mahu saja dia datang kesana ingin menyepak kaki Ikh dan kaki Sara,dan kekuatan itu tiba apabila mendengar gelak ketawa Sara yang seakan terhibur dengan perbualan dia dan Ikh.
Lalu Nez bangun membuat Maira terkejut dan serta merta berjalan kearah Ikh dan Sara.
"Hi,good morning!" ucap Nez lalu duduk di sebelah jjIkh,lalu menghulurkan tangan ingin mencium tangan Ikh,dan dengan muka terkejut Ikh tetap menghulurkan tangan lalu tangan Ikh di cium.
"Honey"panggil Ikh,mereka bertatapan sebentar sebelum Sara memecahkan hening antara mereka.
"Abang,Klien kita dah sampai"Kata Sara menunjukkan 2 orang lelaki korea yang baru masuk ke dalam kedai dan Nez faham akan situasi itu lalu berdiri tanpa sepatah kata ingin beredar mengundur diri,Ikh sempat mengenggam tangan Nez ingin berkata sesuatu namun Nez mahu segera beredar dari situ ingin menyedut udara segar..
Nez si pemberani..
Share this novel