Completed
25213
Ikh pun menjemput Nez lalu membawa Nez lunch di hotel
" Abang,membazir la lunch di sini,lunch tempat biasa lagi ok la" marah Nez pada suaminya yang suka membazir.
Ikh cuma tersenyum mendengar bebelan Isterinya,sampai di hotel Ikh terus menarik tangan Nez membawanya masuk ke bilik.
Faham lah Nez akan kenakalan suaminya itu dan setelah berhempas pulas akitivi suami isteri mereka pun berakhir.Nez mandi dan bersiap segera memandangkan waktu untuk kembali bekerja hampir tiba.
"Thank you sayang atas lunch hari ini" ucap Ikh sambil memeluk Nez.
" Kasih di terima,tapi perut Nez dah lapar ni,tak sempat makan dah,abang tu bos lambat pun orang tak marah" perli Nez.
" Abang tak boleh move on la sayang,isteri abang ni sentiasa menarik,tengok ni sayang marah pun buat abang turn on" pujuk Ikh.
Kata kata itu membuat Nez tergelak, menyampah tapi bahagia.
ikh sempat membelikan Nez makanan tengahari,sesampainya Nez di pejabat dia segera solat Zohor dan kemudian baru makan makanan tengahari yang di beli oleh Ikh.
Petang itu,mereka singgah di groceries shop untuk di rumah yang akan mereka berdua diami nanti.Hujung minggu itu mereka berdua datang ke rumah sewa untuk mengemas barang barang Nez dan Ikh,mujur tidak banyak barang yang perlu di bawa.
"Abang beli barang barang ni dah membazir tau" marah Nez melihat barang barang rumah yang telah di beli oleh Ikh.
"Kan abang dah cakap rumah ni abang dah beli,jadi rumah ni akan di sewa kan lagi" jelas Ikh.
"Banyak duit abang" perli Nez lagi.
" Sangat banyak sampai 7 keturunan pun tak habis sayang" jawab Ikh selamba,Nez tidak bertanya lanjut mengenai jumlah harta yang Ikh ada kerana baginya harta tidak penting dan dia sendiri juga bekerja dan mampu menyara diri sendiri.
Setelah turun naik beberapa kali akhirnya semua barang Nez dan Ikh berjaya di masukkan ke dalam kereta Ikh dan Nez,dan mereka akan memandu berasingan,Nez akan memandu babynya.
Berhampiran dengan kereta Nez ada Fuad sedang menunggu.
"Nez " panggilnya.
" Eh Fuad" sahut Nez terkejut dengan Kedatangan Fuad di tepi keretanya.
"Fuad rindu dengan Nez,jadi Fuad datang melihat baby Nez" katanya.
"Ehem ehem " Ikh berpura pura batuk memecahkan perbualan di antara Nez dan Fuad.
"Siapa ni sayang" tanya Ikh.
"Fuad,perkenalkan ini suami Nez,Ikhwan.Abang perkenalkan Ini Fuad kawan Nez" terang Nez memperkenalkan mereka.
" Suami,bila Nez kahwin" tanya Fuad kegelisahan.
" Dah jadi suami 6 bulan lalu"jawab Ikh menghampiri Nez dan dengan sengaja menyapu lehernya untuk Fuad melihat love bite yang makin pudar di leher Ikh.
Fuad terdiam terduduk dengan berita yang baru di terimanya.
"Nez betul kah" tanya Fuad memastikan lagi.
" Maaf Fuad,Nez memang dah nikah cuma baru sekarang kami bersama,maaf sangat" jelas Nez.
Fuad patah hati,hampir menangis tapi melihat Ikh membuat dia menyampah.
"Sayonara Nez" kata Fuad lalu beredar dari sana.
"Pandainya abang mempergunakan leher abang tu " perli Nez.
Ikh tersenyum bahagia,ternyata cop mohor ini berguna.
"Kesian Fuad" bisik hati Nez,semoga bertemu dengan jodoh yang lebih baik Fuad.
Ikh membiarkan Nez jalan di depan kemudian baru dia mengikut Nez dari belakang.Setelah seharian mengemas Ikh membawa Nez shopping untuk majlis makan malam company Ikh esok.
Ini kali pertama Nez mengikut suaminya ke majlis,terasa debaran di jantung Nez,pakaian mereka malam ini pun sedondon,warna hitam,dress yang di pilih Nez simple tapi masih menunjukkan kejelitaannya.
Malam ini Nez di perkenalkan secara rasmi sebagai isteri Ikh,ramai yang memuji mereka bagai pinang di belah dua.Namun masih ada mata yang tidak berpuas hati dengan pemandangan romantis di depannya,apakan tidak Ikh sentiasa memeluk bahu Nez ataupun mengenggam tangan Nez,tidak melepaskan Nez walau seketika,sungguh Sara panas.
"Ikh"tegur Sara,"hai Nez" tegur Sara pada Nez juga.
" Sara,awak apa khabar" Nez memulakan perbualan.
"Baik sihat"jawab Sara acuh tak acuh.
"Sara,aunty ada berjumpa dengan Ikh bertanya mengenai perangai Sara sekarang ni,Sara kalau nak memberontak atau nak merosak diri Sara,ingat tubuh Sara ni lahir dari rahim ibu sara jadi semua ini kepunyaan ibu awak,kasihani la ibu awak,berhentilah Sara,move on" herdik Ikh.
Sara tidak dapat mengawal perasaan malunya ketika ini dan dia hampir menangis, di herdik di depan Nez,lalu Nez menarik Sara membawanya ketempat yang terlindung sedikit.
"Sara,apa yang abang maksudkan itu betul,lagipun tak guna Sara merosakkan diri gara gara lelaki,move on Sara,awak tu cantik tau,berpelajaran tinggi lagi,kalau Sara menggunakan akal dan kecantikkan Sara mesti ramai yang akan terpikat dengan Sara" Pujuk Nez meredahkan emosi Sara yang down ketika ini.
"Ikh dah anggap Sara ni macam adik Ikh sendiri,jadi Sara jangan kecil hati dengan Ikh" jelas Nez lagi.
Kata kata Nez sedikit sebanyak membuka mata dan hati Ikh dan Sara mengalah dengan Nez,kerana Nez seorang yang tenang dan mempunyai karakter anggun tersendiri.
Sara mengangguk dan kemudian memeluk Nez.
"Sorry tau,Sara yang mengubah setting telefon Ikh dan sorry sebab di korea hari tu Sara yang halang Ikh dari mengejar Nez" jelas Sara.
"It'S okay,benda dah lepas,dan syukur lepas kejadian itu abang dan Nez makin jatuh cinta dan abang makin sweet pada Nez" Nez tersenyum bahagia.
.
"Wah tahniah" ucap Sara lalu memeluk Nez lagi.
"Kakak ada di rumah,dah sarat berjalan pun macam penguin" kata Sara memperli kakak Iparnya Neena yang membuat Nez tergelak.
"Abang Syafiq pun dah membesar mengikut isterinya juga,dua dua pun macam penguin" gelak Sara.
Kedua dua mereka berketawaan meningat cara Neena berjalan.
"Ish tak baik tau mengata ipar" kata Nez yang masih senyum.
"Apa tak gelak,lucu la cara kakak tu jalan" jelas Sara lagi,meningat kepada Neena sebelum mengandung,Neena amat menjaga penampilan,bandan langsing,tinggi,putih dan jalan pun seperti modal,selalu di gelar Neena the goddess oleh kawan kawannya ketika dahulu.
I
"Amboi lama kamu berdua berbual,siap berketawaan lagi ye,membawang pasal apa ni" perli Ikh.
"Eh tak de siapa siapa la,okey la Nez,Sara pergi dulu,jemput datang rumah jenguk kakak "undang Sara pada Nez.
" Inshallah,kirim salam pada kakak" pesan Nez pada Sara.
Ikh bersyukur melihat mereka berdua berbual seperti telah lama kenal, Nez tidak mudah cemburu tidak mudah melenting dan sangat open tapi menjaga batas pergaulan,ikh sangat senang dengan perangai NeZ.
"Alhamdullilah" bisik hati Ikh.
Hello semua,Penulisan untuk cerita ini akan tamat. Sila follow Ebby untuk next novel. thank you semua..
Share this novel