Completed
25213
'aku terima nikahnya Nezrah Binti Abdul Razak dengan mas kahwin rm 111.10'
'sah' tok kadi bertanya
'sah' saksi pernikahan menjawab..
oh my...
dan dengan itu dengan bersaksikan keluarga saudara mara sahabat handai aku men jadi isteri yang sah kepada Mohd Ikhwan Bin Mohd Ikhlaz.
tiba saat yang di nanti acara membatalkan air sembahyang hatiku berdebar rancak namun ku gagahi dengan perlakuan selamba ku.
'assalamualaikum Nezrah' suamiku yang baru sahaja ku nikahi memberi salam sambil menatap muka ku.
'waalaikusalam' aku menyambut tangannya..aku sedikit terkejut dengan gengaman tangan yang kuat berpeluh dan sejuk saat jarinya bersentuh dengan jari ku.
'sejuknya tangan' bisik Ikhwan di telingaku.Padahal jarinya pun sejuk berpeluh.Kemudian Sang suami menyentuh dahi virginku buat pertama kali.Jantung ku berdegup laju selaju tiupan angin 100Km/j.
mataku tertutup menitiskan airmata sambil berkata dalam hatiku...
selamat tinggal ..
400 tahun awak bersendirian..
sekarang masih bersendirian..
aku dah di miliki..
selamat tinggal crushku...GOBLIN.
'awak' bunyi panggilan menyedarkan aku dari emosi serabut ku,dengan serta merta aku tersedar dan membuka mata
dup dap dup dap pertama kali bertentang mata seaakan ada connection di sini..betulkah ini cinta pandang pertama..
'iya awak' aku balas senyumannya..
'terima kasih atas segalanya terima kasih kerana membantu menjaga maruah keluarga kita inshallah akan aku balas dengan kebaikkan' janji Ikhwan kepadaku..
aku cuma tersenyum tidak mengatakan apa apa kerana.....
janji adalah perkataan yang paling bodoh..
janji boleh di mungkiri
apa lagi kalau lelaki....
Share this novel