Completed
25213
pagi itu Nez bangun agak lewat,penat menangis penat bergaduh dengan Ikh,dengan kaki yang masih terenjut enjut Nez bergerak ke tandas ingin mencuci muka,kemudian Nez bergerak keluar menuju ke dapur,di dapur kelihatan Ikh sedang memasak.
" Good morning sayang,kaki tu okey sudah?
"Alhamdullilah dah kurang sakit"
" Jom breakfast,Ikh dah siap masak ni" ajak Ikh.
Setelah kejadian semalam,Nez masih segan segan mahu bersemuka dengan Ikh dan bila nak bercerai ni lagi la segan,tapi perut agak lapar setelah semalam tidak makan.
" Lepas sarapan ni Nez nak pulang rumah and Nez akan failkan surat cerai kita di mahkamah" Suara Nez memecah kesunyian ketika masing masing melayan perasaan menikmati makanan yang telah di sediakan oleh Ikh.
"Makan dulu lepas ni kita bincang" jawab Ikh bersahaja.
Selesai menikmati sarapan mereka berdua pun duduk bertentangan di ruang tamu,Ikh menunjukkan sekeping kertas.
"Ikh hanya akan ceraikan Nez apabila syarat dalam kertas ini di penuhi,selagi tak di penuhi Ikh tak akan menceraikan Nez,sila baca syarat yang Ikh bagi"
"Tak nak,Nez tidak mau Ikut syarat merepek ni,apa susah ceraikan Nez je,lagi pula Ikh ada Sara kan"bentak Nez.
"Kalau tak nak ikut syarat ni sampai mati pun Ikh tak akan ceraikan Nez,jadi pilihan di tangan Nez"
" Tapi syarat ni berat sebelah,and Nez bukan mata duitan ok,Nez tak nak 10 sen pun harta Ikh"
"Kalau begitu sampai mati la Nez akan jadi isteri Ikh"
"Maigad Syarat ni merepek la"kata Nez dan terus membaca syarat itu kuat kuat dengan suara annoying
"Pertama-Mesti tidur sebumbung sekatil selama 3 bulan setiap malam"
"Kedua- tidak di benarkan keluar dengan mana mana lelaki selama 3 bulan"
"Ketiga-mesti memanggil suami dengan panggilan sopan setiap masa,dan panggilan itu adalah Abang"
"ke empat- syarat ini akan berubah mengikut keperluan"
" Sekiranya Ikh yang melanggar peraturan,Sebahagian harta Ikh akan menjadi Milik Nez sepenuhnya.
Ikh tersenyum mendengar Nez membaca syarat syarat itu dan berharap agar Nez akan berubah fikiran selepas ini.
"Ok Nez setuju tapi Nez nak tambah syarat ni,pertama- Nez nak kita tinggal di rumah Nez supaya Nez senang nak pi kerja,kedua- Nez nak Sara di singkirkan dari hidup Nez selama 3 bulan,kalau Nez terjumpa atau ternampak walau sekali pun Sara dengan Ikh,syarat ini automatik tamat dan Ikh mesti menceraikan Nez dan harta Ikh jadi MILIK Nez"sesi tawar menawar antara mereka bermula.
" Ok akan abang penuhi dan abang nak tambah lagi syarat kelima iaitu mesti membiarkan Ikh memeluk mencium Nez bila bila masa pun abang nak selagi Nez jadi isteri abang"
Syarat kelima buat Nez meremang sedikit,kalau dulu dia yang akan menggoda Ikh tapi sekarang dah bertukar peranan.
"Ok Nez terima,Esok syarat itu bermula jadi hari ni izinkan Nez beredar mengambil udara sebelum udara Nez abang sedut juga"Nez memperli Ikh.
" Baik sayang hari ini di izinkan,abang pun nak packing barang dan masukkan nombor fon Nez serta alamat Nez dekat fon abang ni "kata Ikh yang tidak sabar lagi mau serumah dengan Nez.
Nez pun bergerak pulang hanya memesan grab,tidak mau di hantar oleh Ikh.Sampainya dia di rumah Nez segera mandi dan nombor Fuad di dail.
"Salam,Fuad senang tak petang ni,Nez nak jumpa"
" Waalaikumsalam,Fuad free petang ni,nanti Fuad jemput Nez"
"Okey,jumpa nanti"
Fuad kegirangan gembira setelah semalam Nez meninggalkan dia keseorangan,tiba masa yang di janji Nez segera turun tidak mahu membuat Fuad ternanti nanti,tidak lama kemudian Fuad pun sampai dan dengan serta merta dia keluar dari kereta dan membukakan pintu kereta untuk Nez.
"Thank you,Fuad"ucap Nez pada Fuad.
Mereka pun bergerak menuju ke restauran terdekat,sampai di restauran Nez menawarkan diri untuk membayar bagi menebus kesalahannya kelmarin,Fuad pun bersetuju memandangkan Nez begitu beria ria mahu membayar,selesai menikmati juadah yang di sediakan,Nez membuka kata.
"Fuad dalam masa 3 bulan ni Nez kena kursus di tempat lain,esok pagi Flight Nez"bohong Nez pada Fuad.
"Serius ke ni,why suddenly,Fuad tak sedia lagi" Fuad seperti tidak percaya dengan kata kata Nez.
"Nez tak boleh tolak ke,ni tiba tiba begini Nez tak tolak ke"lanjut Fuad lagi.
"Tak boleh tolak Fuad,Nez kan penjawat awam kena ikut arahan" pujuk Nez lagi.
"Fuad,thanks sebab selalu dengan Nez" kata Nez lagi.
"Esok Fuad hantar Nez ke airport boleh,Fuad nak tengok Nez kali terakhir,lama ni tak jumpa nanti Fuad rindu" pinta Fuad.
"Emmm actually kan Nez dah ada kawan pejabat,kami gerak sekali esok"bohong Nez lagi.
Fuad terdiam sekejap dan akhirnya dia seperti redah dengan alasan NeZ.
"3 bulan ja kan,tak lama juga tu,kalau Fuad call boleh kan"
" Call?,boleh ja,okey jom gerak Nez nak kemas barang lagi" ajak Nez.
Sebelum melangkah keluar dari kereta Fuad,Fuad masih mengingatkan Nez agar sentiasa berhubung dengannya.
Nez keluar dari kereta dengan perasaan lega walaupun terpaksa berbohong dengan Fuad.
Nez terus naik ke rumahnya di tingkat 1 appartment itu,dia perlu membersihkan rumah sebelum ketibaan Ikh esok,Nez sengaja menambah syarat mesti tinggal di rumahnya agar bila berpisah nanti bukan dia yang harus keluar dari rumah.
Rumah Nez tidak mempunyai banyak barang bahkan pinggan mangkuk gelas sudu garpu hanya cukup cukup untuk dia,di ruang tamu hanya ada meja lipat kecil untuk dia meletakkan makanan bila makan,manakala di bilik tidur hanya ada almari serta katil queen,semua perabot milik tuan rumah.
setelah berkecimpang kecimpung akhirnya peti sejuk dapur,ruang tamu dan bilik tidur siap di bersihkan dan malam ini Nez berusaha untuk mendapatkan tidur yang aman dan damai sebelum adanya Ikh esok.
Buzzzz buzzz buzzzz bunyi lonceng pintu berbunyi mengejutan Nez dari tidur,bunyi telefon juga tidak berhenti,dengan pandangan kabur dia membuka telefon melihat siapa yang berani berani mengacau tidurnya.
"Hello,sayang buka pintu,abang di luar ni"
" Tengah malam ni,esok kan"
" Dah masuk hari kan,bukakan pintu ni"
Dengan malas dan terhuyung hayang Nez membukakan pintu untuk Ikh.
"Napa juga tidak sabar ni,mesti ka tengah malam,apa besok tiada hari lagi" marah Nez.
"Saayang memang tiada hari esok,abang dah tak sabar"
kesian Fuad
Share this novel