Completed
25213
Surat perpindahan Nez akhirnya di luluskan,Nez menerima dengan hati terbuka.Sebelum Nez berpindah,Nez di raikan dengan majlis perpisahan yang sederhana saja,cikgu Ahmad nampaknya sangat sedih begitu juga dengan Maira namun Maira berharap perpnidahan Nez ini merupakan permulaan yang baik untuk kehidupan Nez yang seterusnya.
"Barang dah siap semua dah siap packing?"tanya Maira.
"Dah siap,semua dalam kereta,lagipun baju dengan laptop ja,Nez mau jalan sudah ni esok mau terbang lusa lapor diri sudah " jelas Nez pada Maira.
"Okey hati hati drive tu,nanti bagitau penempatan baru tu di mana" ujar Maira lagi ini kerana di surat perpindahan itu hanya memberitahu Nez perlu melapor di jabatan perkhidmatan awam sahaja dan tidak memberitahu di pejabat mana dia akan di pindahkan ini di sebabkan kerjayanya sebagai pembantu tadbir yang boleh di tempatkan di mana mama kementerian yang memerlukan perkhidnatan pembantu tadbir.
"Ya nanti Nez inform ya,Nez gerak dulu,kau pun jaga diri di sini jangan jalan seorang orang"pesan Nez sambil memeluk Maira.
Maira pun membalas pelukan Nez sambil menahan airmatanya dari keluar.
"Selamat jalan kawan " kata Maira yang hamoir mengeluarkan airmata.
Nez pun bergerak meninggalkan Maira dan Nez melihat Maira kali terakhir dari cermin sisi kereta kelihatan Maira menangis mengelap airmatanya mengunakan tudung yang di pakai.Nez membunyikan hon sebelum bergerak keluar melintasi pagar rumah sewa mereka.
Tiba di rumah ,ibu dan abah Nez menyambut ketibaan anak kedua mereka dengan gembira.
"Lamanya sudah tidak jumpa anak mama ni "kata ibu sambil memeluk anaknya.
"Ala ibu baru ja pun beberapa bulan,maaf la Nez sibuk sikit itu la jarang pulang,ibu sihat"
"Alhamdullilah Ibu sihat,mari masuk rumah,ada kakak juga di dalam tu"ajak ibunya.
"Assalmualaikum" Nez memberi salam pada abah dan kakaknya yang sedang duduk di ruang tamu.Kelihatan kakaknya yang duduk di ruang tamu dengan perut yang sarat sudah.
"Ai kak macam apa sudah badan mu ni,tergerak lagi ka kakak ni" tanya Nez pada kakaknya.
"Eeh mulut mu ni,tergerak ba juga,yang kau lama nda balik ni kenapa,dari perut ku kecik sampai mau meletup sudah baru kau mau balik rumah,na lepas pindah pi seberang lagi ni karang entah bertahun tahun baru terjumpa balik" bebel kakaknya.
"Aku tu sibuk sedikit,jangan tah mengaus sana nda baik untuk anak mu,karang muka anakmu mengikut muka ku"pujuk Nez pada Neena yang membuat Neena tergelak.
"Mana kan mengikut mukamu,jauh jauh" kata Neena sambil mengetuk meja."Ni kau terkurus banar ni kenapa,ada masalah ka sama laki mu?" persoalan Neena yang membuat Nez terdiam,lama tidak msndengar nama tu.
"Okey ba nda ada apa apa masalah,kakak sudah makan,aku mau makan lapar ni,jauh ku drive" ajak Nez mengubah topik perbualan mereka.Neena seperti memahami keadaan Nez ketika ini,ini kerana semasa percintaannya dengan Ikh dia pernah di tinggalkan berbulan tanpa sebarang telefon ataupun mesej dari Ikh.
"Mentuamu tau kau pindah pi sana NeZ?"tanya abah tiba tiba semasa mereka semua sedang sibuk menikmati hidangan yang telah ibu sediakan.
"Tau abah" jawab Nez pura pura.
"Flight NeZ bezok awal pagi,abah hantar boleh" tanya Nez sengaja mengubah topik.Abahnya mengangguk kepala tanda setuju untuk menghantar Nez esok pagi.
Malam itu Nez memohon untuk beredar masuk.ke biliknya awal dengan alasan penat memandu padahal Nez.malas menjawab sekiranya di tanya mengenai Ikhwan,ini kerana Nez sedang berusaha untuk move on.
Nez telah membuat persediaan walaupun pindah berdekatan dengan tempat Ikh.Nez tidak mahu kewujudannya di tempat baru itu tidak di ketahui oleh sesiapa pun termasuk ibu dan bapa Ikh maka Nez telah berhasrat untuk tidak memberitahu sesiapapun di mana dia akan di tempatkan untuk.bekerja nanti.
Keep going Nez
Share this novel