Completed
25213
" Assalamualikum ibu abah, sorry lambat turun" Ikhwan memberi salam kemudian menarik kerusi untuk aku dan seterusnya menarik kerusi untuknya.
Aku masih blank dan panas nda keruan disebabkan ciuman dahi tadi.
"Ha Nez kenapa diam ni senyum senyum tersengih sengih" ayah menegurku.
"Eh mana adalah abah, ook jom makan,awak jemput makan,Bismillah" ajak ku yang masih kepanasan.
Ikhwan tersenyum memandangkanku dengan lesung pipitnya yang kelihatan di sebelah kiri.
Selesai breakfast aku meninggalkan mereka yang sedang bersembang di ruang tamu untuk mengambil telefon.
"JANGAN APA APAKAN SI KITUL" mesej dari Neena.
"CALL AKU SEKARANG KALAU TIDAK MATI LAH SI KITUL"
Serta merta pangiilan telefon masuk..
Aku mendahului perdebatan kami..
"Salam, ha kenapa melarikan diri semalam? kenapa sanggup buat macam ni? kamu di mana ni sekarang? kenapa kenapa? tanyaku bertubi tubi.
"Kenapa melarikan diri,Semua masalah ada penyelasaiannya, ibu sama abah sikit mati kena sakit jantung gara gara perangai kamu ni! marahku lagi.
"Begini Nez aku sekarang dekat hotel sini sini ja" jawab neena
"Jadi kenapa melarikan diri?" tanya ku lagi dengan kuat.
"Aku jumpa lelaki lain yang aku suka" terangnya
"Apa lelaki lain, kamu bercinta bertahun tau bukan sehari bukan sebulan tapi bertahun tahun dan dengan sekelip mata kau ada lelaki lain" marahku serta merta.
"iya Nez dia lelaki yang sempurna sama aku rasa dia jodoh sebenar aku" terangnya lagi.
"Apa jodoh sebenar,kamu juga yang mau buat majlis pernikahan ni tiba tiba ada lelaki lain pula, siapa lelaki lain ni?" herdikku.
"Dia kawan sekerja aku,emm ikhwan sama familynya ok ka?tanya Neena.
"aah jangan la kau tanya lagi, untuk pengetahuan kau abah dan ibu menjadikan aku pengantin terjun semalam semua ni di sebabkan kau Neena" aku menjawab dengan perasaan sakit.
"haaaa apa Nez betul ka ni? Neena bertanya dengan suara terkejut.
"iyalah ibu abah Ikhwan serta keluarga Ikhwan tidak mau menanggung malu, ini semua atas keputusan bijak kau melarikan diri semalam" kataku
"Aku nak bagitau memandangkan kau pun dah ada lelaki lain lepas ni jangan cari Ikwan lag,dia sudah jadi suami aku dan lagi sila call ibu abah terangkan kenapa kau melarikan diri kesian ibu dari semalam menangis mencari kau" jelasku padanya.Aku berkata begitu di sebabkan aku nda ingin hati Ikhwan terluka lagi.
"Nez aku betul betul minta maaf atas semua kejadiaan ni tapi aku tak boleh bohong dengan perasaan aku lagi, bagitau Ikhwan aku minta maaf dan aku doakan kamu , lepasni aku call ibu dan tolong jangan apa apakan si kitul" sambung Neena lagi.
"Ha tau takut, ikutkan hati dari semalam aku nak melemaskan si kitul tu tapi nasib baik hati aku masih berperikemanusiaan" marahku padanya.
Neena terdiam sebentar
"baiklah nanti aku call lagi bye" Neena ingin mengakhiri perdebatan kami
kakak yang cantik namun hatimu cepat gumamku sambil menamatkan panggilan telepon itu.
baiklah kakak memandangkan hatimu telah berubah akan ku pikat hati ex mu ini...dan jangan kau berpaling semula setelah hati dia ku miliki..
aku bertekad biarpun perasaan cinta belum hadir di hati kmi berdua..
masa akan mengubati luka di hatimu ikhwan dan akan ku isi dengan cintaku dengan perlahan
namun...
harus aku berkenalan dengan mu dulu sebab tak kenal maka tak cinta..
thank you semua..
Share this novel