Completed
25213
" Tahniah kakak" ucap Nez sempena kelahiran baby girl Neena dan kemudian terus memeluk kakaknya.
" Kamu bila lagi ni" soal Neena membuatkan Nez tersipu siou malu
" Siang malam Ikh berusaha tapi belum ada rezeki" sampuk Ikh, tergelak syafiq mendengar ayat Ikh,Nez pula mencubit lengan Ikh.
" Ish abang ni,malu la " lantas Ikh mengenggam tangan Nez memohon maaf.
Riuh rendah jadinya di dalam bilik Neena di hospital,Nez dan Ikh melawat Neena selepas melahirkan baby girl.
"Sayang kakak" peluk Nez pada kakaknya begitu juga dengan Neena.
" Nanti jaga anak kakak,kakak nak honeymoon lepas ni"mata Nez jadi besar melihat kakaknya.
" Kak agak agak la,masih kecil lagi anak kakak ni,kalau mau sangat import ibu pi sini"
" Ibu mesti mau tapi kena balik sana la dulu" mengingat pada ibunya buat Neena sedih,kerana ibu tiada di sampingnya ketika melahirkan anak.
" Ibu tu ok ja,nanti kakak VC la ibu,mesti ibu tidak sabar sudah mau tengok cucunya ni" Kata Nez sambil mengigit bibir bawahnya menahan geram melihat anak buahnya yang comel
" Eeh comel nya baby fruit anty, rasa macam mau picit picit ja badan dia ni " kata Nez dengan geram.
" Tengok tu,pandai kasih nangis tidak pandai pujuk" perli Neena pada Nez.
" Ok ok sayang sssh jangan nangis ye, anty sayang comel comel ni" pujuk Nez pada anak buahnya sambik mendodoi kan, tidak lama kemudian baby girl Neena pun tidur lalu Nez meletakkan dalam baby.
Melihat Nez sudah meletakkan baby Neena dalam baby cot Ikh pun mengajak Nez pulang.
"All the best bro,see you again" syafig dan Ikh pun bersalaman.
"Kak Nez balik dulu nanti Nez datang lawat kakak lagi" Nez pun memeluk lagi kakaknya dan kemudian mencium pipi anak buahnya.
Hujan turun dengan lebat petang itu,Ikh dan Nez berlari lari anak menuju ke parking kereta.
" Habis basah" Nez mengambil tuala kecil lalu mengelap muka dan rambutnya yang basah terkena air hujan.
" Sayang,why so seksi?abang macam nak sayang ni" kata Ikh lalu mengusap lembut pipi Nez.
" You pun seksi lah abang,jom balik rumah" Nez juga turut mengoda Ikh dengan melentikkan lagi badannya dan meniup lembut telinga Ikh,dengan serta merta Ikh memandu pulang ke rumah mereka
.
Berkat kerja keras Ikh, akhirnya Nez mengandung.
"Buuek uuek" Ikh muntah di bilik air,hampir setiap hari Ikh muntah pada waktu pagi.
" Sayang, abang tak larat la nak kerja,pening la" kata Ikh lemah, Nez yang mengandung Ikh pula yang morning sickness.
Minyak kayu putih di gosok di tepi kepala Ikh, di leher dan belakang.
" Yelah,kalau tak larat tak payah kerja,lagipun awak tu kan bos,biar si Mazlan tu je yang kerja,nanti company abang lingkup baru tahu" cubaan Nez mengugut suaminya Untuk bekerja,kerana sejak kebelakangan ini suaminya liat untuk bekerja.
" Sayang ni nak provoke abang je,yelah abang kerja la ni" kata Ikh merajuk, Nez segera memeluk suaminya memberikan semangat.
Setelah 38/ 52 membawa perut akhirnya Liza akan di bedah secara cearean section di sebabkan kedudukan bayi yang songsang.
Ikh setia menunggu di luar pintu dewan bedah sambil berzikir dan berdoa agar pembedahan isterinya di pernudahkan,turut datang memberikan semangat adalah kedua dua orang tua Ikh dan Nez,mereka berlima setia menunggu sehingga pembedahan selesai.
Pintu dewan bedah di buka dan Neena keluar dari bilik bedah.
" Neena macam mana dengan adik" Soal Ibu mereka Pn Zulaikha.
" Ibu, adik ok, pembedahan berjalan lancar,tak lama lagi Nez akan di pindah kembali ke bilik,baby pun sihat" terang Neena.
" Alhamdullilah " kata mereka semua dengan serentak.
"Eh lupa nak tanya,dapat baby apa Ye" tanya pn Zulaikha.
" Nanti ibu tengok sendiri ye" jawab Neena.
Sekembalinya Nez ke bilik, Ikh segera memeluk dan mencium dahi isterinya.
" Thank you sayang sebab sudi lahirkan zuriat Ikh,Ikh sangat sayangkan Sayang" Kata Ikh seraya mencium dahi Nez.
" Sama sama abang, thanks juga sebab bekerja keras dengan Nez untuk hasilkan zuriat kita" kata Nez yang membuat Ikh tergelak.
"Ish sayang ni, ingat sayang tu tengah berpantang karang terturn on abang ni susah nanti"
" Eh sorry ye,tak di layan,Nez nak pantang ni"
" Hehe abang gurau je lah,abang pun nak Nez sihat,badan sihat emosi sihat baru keluarga kita pun sihat" kata Ikh lagi sambil memeluk Nez yang masih belum dapat bergerak akibat di bius separuh badan.
Pintu di ketuk dan kelihatan jururawat menghantar bayi mereka di dalam baby cot,jururawat itu menunjukkan gelang name tag di kaki kanan bayi serta menunjukkan jantina bayi dan setelah di pastikan betul baru lah bayi di berikan kepada mereka.
Dengan penuh hati hati Ikh mengangkat dan mengendong bayi mereka,lalu azan di laungkan di telinga,suasana itu buat Nez terasa syahdu dan syukur atas segala nikmat dan kebahagiaan yang di berikan kepadanya.
2 tahun berlalu anak pertama Ikh dan Nez yang di namakan Danish Farhan semakin membesar,Nez pula berhenti kerja dan menjadi surihati Ikh,dengan perut yang makin membesar dengan kandungan anak kedua dia berlari lari mengejar Danish yang enggan memakai pampers setelah selesai mandi.
" Anish,sayang" jerit Nez memanggil anaknya supaya berhenti tapi Danish enggan berhenti lalu segera di tangkap oleh Ikh yang muncul tiba tiba.
" Sayang napa lari lari ni,tu kesian dengan ibu penat kejar sayang,tak sayang dengan ibu ke" Ikh kemudian mengangkat anaknya dan membawa ke arah isterinya yang masih semput, setelah memakaikan pampers Dansih kemudian memeluk ibunya.
" Sorry ibu,Anish tak buat lagi" kata Danish seraya memeluk ibunya.
" Okey sayang,Anish jangan lari lari macam tu lagi,badan basah nanti tergelincir jatuh,nanti sakit" jelas Nez.
" Auh Ibu,Anish tak buat lagi" Nez memeluk anaknya sekali lagi di ikuti oleh Ikh,mereka bertiga pun saling berpelukkan.
sampai di sini saja...sorry lambat sangat update...
Share this novel