Bab 28

Fantasy Completed 25213

Hari ini Fuad mengajaknya untuk dinner katanya kereta Myvi yang cedera telah pulih dan perlu di raikan jadi Fuad menjemput Nez untuk makan malam di restaurant mewah,Nez pun turut bersetuju memandangkan Malam sabtu dan tiada acara atau kerja yang perlu di lakukan oleh Nez.

Malam itu Nez memakai dress krim peach sesuai dengan kulitnya yang putih, manakala rambutnya di sanggul tinggi menujukkan lehernya yang jinjang.Makeup simple dengan aksesori yang sederhana sudah menampakkan keanggunan Nez.

Tepat jam 7.30 petang Fuad berada di depan appartment Nez,berdebar menunggu kedatangan Nez ini kerana malam ni Fuad ingin melamar Nez menjadi kekasihnya.

"Bismillah ya Allah permudahkan urusan ku ya Allah" doa Fuad dalam hati,tidak lama kemudian Nez pun menghampiri kereta Fuad mengetuk cermin kereta Fuad memandangkan dia tidak menyedari ketibaan Nez.

Fuad segera keluar dan sangat terpegun dengan keanggunan Nez,jantung Fuad seakan terkeluar dari posisi melihat Nez.Fuad segera membukakan pintu untuk Nez.

" Di persilakan Masuk wahai permaisuri ku" kata Fuad.

Ayat itu buat Nez tersenyum lalu masuk ke dalam kereta,Fuad pun memandu ke arah destinasi mereka.

Sesampainya mereka ke restaurant mewah berkonsepkan Western Food,ramai yang memandang ke arah Nez manakala Fuad tersengih sengih gembira dengan teman makannya yang sangat anggun pada malam ni.

Dari jauh dalam suasana restauran itu ada mata yang sangat galak melihat Nez,Nez tidak menyedari adanya Ikh di dalam memerhati segala tindak tanduk nya bersama Fuad.

Fuad menarik kerusi untuk Nez lalu membukakan sapu tangan kecil dan memberikan pada Nez untuk Nez letakkan di pahanya

"Nez nak makan apa?"tanya Fuad pada Nez.

" Fuad order ja Nez ikut apa Fuad Order"kata Nez.

Entah mengapa aura Nez malam itu sangat mengasyikkan hingga Fuad tidak melepaskan pandangan mata ke arah Nez.Manakala Ikh yang melihat dari jauh ingin saja ke arah Nez dan membawanya pergi.

Sedang menunggu ketibaan makanan,Nez meminta diri untuk ke bilik air dan sebaik sahaja keluar dari bilik air tangannya di genggam dan di tarik.

"Ikh lepas"gertak Nez yang terkejut dan marah dengan perlakuan Ikh yang kasar.Ikh terus menerus menarik Nez hingga ke kereta.

"Masuk " arah Ikh pada Nez.

" Tidak mau,Sorru Nez masuk Fuad sedang tunggu Nez" tolak Nez dengan suara yang berketar.

"Masuk"arah Ikh lagi setelah membuka pinta kereta, Nez masih ingin beralah tidak mahu mengikut Ikh,ingin berlari masuk kembali ke restauran namun di angkat masuk ke dalam kereta oleh Ikh.

Nez berteriak Mengarahkan Ikh supaya berhenti namun Ikh masih terus memandu membawa Nez pergi dari restauran itu.Setelah permintaan Nez di hiraukan,Nez pun berhenti berteriak dan memeluk diri.

"Dah penat berteriak la tu"Ikh memulakan kata memandang Nez yang masih merengus.

" Marah marah pun masih cantik,napa pakai dress yang terdedah macam ni,Ikh tak suka la "pertanyaan Ikh yang membuat Nez rasa 'annoying'.

"Untuk pegetahuan En Ikhwan,Nez pakai apa yang Nez suka and i don't like you to masuk campur" marah Nez pada Ikh.

" Ikh masih suami Nez tau,Ikh berhak tegur" jelas Ikh.

" Hello awak tu suami atas kertas sahaja tahu,tak payah nak masuk campaur sangat la,ini nak bawa Nez pi mana ni,berhenti kat sini Nez nak pulang" marah Nez lagi.

Ikh melajukan lagi pemanduan keretanya menjadikan Nez takut untuk bersuara,tidak lama kemudian mereka pun sampai ke kawasan perumahan mewah.Nez memandang sekeliling,sangat sunyi dan itu membuat Nez bertambah takut.

"Kita di mana ni,aku mau pulang la"kata Nez sambil membuka telefon ingin memesan grab,belum sempat Nez memesan grab telefon Nez di tarik oleh Ikh,tangan Nez di tarik masuk kedalam rumah.

"Masuk la,ini rumah Nez" jelas Ikh.

"Aku belum beli rumah la" jawab Nez yang masih ingin berkasar dengan Ikh,namun ikut melangkah masuk.ke dalam rumah memandangkan keadaan di luar yang sunyi.

Ikh melangkah masuk kedalam rumah meninggalkan Nez yang masih terpingga pingga, Nez kemudiannya duduk di sofa lalu mengambil telefon yang dirampas dan di buang ke atas sofa oleh Ikh lalu mendail nombor Fuad.

"Salam Fuad" ucap Nez.

"Nez awak pergi mana risau tau,Fuad call tapi Nez tak angkat" kedengaran Suara Fuad yang risau dengan kehilangan Nez.

"Sorry Nez sakit perut tadi,sekarang Nez di rumah,Nez nak berehat dulu,sorru Fuad"Kata Nez yang berbohong tidak mahu Fuad berfikir yang bukan bukan,tanpa melanjutkan lagi persoalan dari Fuad,Nez segera mematikan panggilan dan seterusnya mematikan telefonnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience