Completed
25213
Panggilan dari Ikh membuat Nez terperanjat dan dengan serta merta dia mematikan telefon dan petang itu dia menukar sim kad yang lain lalu membuang sim yang lama ke dalam tong sampah seperti dia membuang Ikh sekarang ini.
Sudah 3 minggu Nez di tempat baru ini dan Nez selesa dengan suasana baru ini,Nez menyewa sebuah apartment tidak jauh dari tempat dia bekerja,segala kemudahan ada berdekatan dengan tempat tinggal Nez.
Nez kelihatan gembira kerana kereta barunya keluar pada hari ini,kereta Myvi kuning jadi idaman Nez bersesuaian dengan tangga gajinya yang sederhana.Di hari pertama Nez keluar memandu dengan keretanya berjalan jalan di sekitar kawasan,di traffic light sedang menunggu lampu hijau tidak semena mena tiba tiba belakang keretanya di langgar dari.belakang.
Bummmp
"Aaah " teriak Nez terkejut menutup mata.
tok tok tok
pintu cermin keretanya di ketuk dan membuat Nez membuka mata lalu memandang pada si pengetuk pintu cerminnya.orang itu menyuruh Nez membuka pintu kereta,Lalu pintu di buka Nez pun keluar melihat kereta baru yang langgar dengan tiba tiba kemarahnnya membuak buak.
"Hey,tiada mata ka,lampu merah pun kenapa nak langgar kereta aku" marah Nez kepada pelanggar keretanya yang mengetuk cermin keretanya.
"Sorry Cik saya tak sengaja,begini cik biar saya uruskan segalanya" kata si pelanggar dengan serius."cik tak apa pa ka?" tanya dia lagi.
"Tak apa la awak uruskan towing ja kereta ni baru,biar insuran cover" kata NeZ.
"Tak apa cik biar saya selesaikan,Nama saya Fuad"Katanya memperkenalkan diri.
Nez membiarkan Fuad menyelasaikan keretanya dan nasib baik kecederaan kereta kesayangannya itu tidak besar manakala kereta Fuad hanya terguris sedikit sahaja.Setelah siap urusan Fuad menawarkan untuk menghantar Nez pulang kerana kereta Myvi Nez perlukan masa 2 hari untuk di baik pulih,Nez pun setuju di hantar oleh Fuad.
Dalam perjalanan menuju ke rumah Nez Fuad sempat berkenalan dengan Nez.Mereka juga bertukar nombor telefon.
Hari berikutnya Nez menunggu pesanan grab di lobbi apartment dan tiba tiba terdengar bunyi hon.
"Nez" teriak Fuad memanggil Nez dari depan Lobbu,Nez pun pergi kearah Fuad,
"Napa ya En Fuad,kereta aku sudah siap ka" tanya Nez dengan penuh harapan.
"Sorru Cik NeZ,bengkel tu tutup seminggu,bos dia pergi melancong" terang Fuad.
" Biar betul En Fuad,seminggu?"marah Nez pada Fuad,di tambah lagi dengan bajet kehidupan di bandar yang memerlukan belanja yang besar.Bayaran kereta dengan sewa appartment sudah mwnyaktkan kepala Nez.
"Ya Cik Nez,begini la Cik Nez,Fuad hantar dan ambil Nez dalam seminggu ni free of charge,Lagipun Fuad tinggal berdekatan sini juga" tawar Fuad pada Nez bersungguh sungguh.
"Eeh tak menyusahkan En.Fuad ka?" tanya Nez pada Fuad.
"Tak pa Nez,naiklah katanua sambil membukakan pintu untuk Nez,dengan segan Nez menaiki kereta Berjenama import Fuad.
Sesampai Nez di pejabat Fuad dengan segera memberikan Nez bakul.
"Apa ni En Fuad"Tanya Nez,was was mengambil pemberian Fuad.
"Ala tak payah la berencik encik lagi dengan aku,panggil Fuad je,ini breakfast untuk Nez"pinta Fuad pada Nez.
"Oo terima kasih ya Fuad,terima kasih sudi hantar dan juga makanan ni" ucap Nez sambil menundukkan kepala enggan bersalaman dengan Fuad.
"Kasih di terima,baik baik kerja Nez"pesan Fuad kepada Nez sebelum Nez melangkah keluar dari kereta Fuad.
Selama seminggu Nez di hantar dan di ambil dari tempat kerja Nez ke rumah sewa Nez dan mereka semakin serasi bersama.Namun Nez belum bersedia untuk perhubungan yang lebih dari kawan kerana Nez masih sedar dirinnya masih terikat dengan Ikh.
Fuad la pula
Share this novel