Completed
25213
"Assalamualaikum aunty, thank you sebab meluangkan masa bersama kami hari ni" kataku pada Pn Tika.
"it's okey darling,come in let me show you our bridal gallery" Pn Tika kemudiannya membawa kami ke dalam dan menunjukan pakaian pakaian mengikut susunan tema yang popular pada zaman ini.Tidak lama selepas itu kelihatan seorang perempuan berlari lari kegembiraan menuju kearah Ikh.
Dengan serta merta perempuan itu memeluk Ikh.
Anak mataku secara spontan menjadi besar dalam hati ingin memerli saja perempuan itu.
'wah berani beraninya dia peluk laki org,hoi perempuan tangan tu jaga,Ikh ni laki aku' ingin ja aku berteriak dan mengatakan ayat itu pada perempuan tersebut.
Namun ini Nez, I"m wiser.
"Ikh lamanya tak jumpa dah 4 tahun rasanya"kata perempuan itu yang masih memeluk tangan Ikh dengan gedik.
"Maisara baru balik ke?" tanya Ikh pada perempuan itu.
"Aha Sara baru sampai semalam sekarang pun masih Jetlag" perempuan itu berkata sambil tersenyum gedik.
"Sara perkenalkan isteri Ikh,Nezrah" sambil melepaskan tangan Maisara dari tangannya Ikh memperkenalkan Nez padanya.
"Sara ada dengar tentang Ikh,tentang apa yang berlaku semasa Majlis Ikh,so ini la dia isteri terjun awak" katanya sambil menjeling Nez.
"Hi,selamat berkenalan" kataku sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan.
"Sara" jawabnya ringkas tanpa menyambut tangan Nez.
"Sara, telefon awak bernanyi nanyi tu dari tadi lagi,dah pergi sana jangan kacau Ikh dan Nez nanti tak sempat nak pilih baju' kedatangan pn.Tika menghentikan perbualan kami.Kalau lagi lama kemungkinan ada adegan tarik tarik rambut di gallery ini.
"Okey pergi dulu,Ikh nanti sara call boleh,Sara nak tanya mengenai sesuatu" tanya sara sambil memegang butang baju Ikh.'Ehh gediknya kau" desir hatiku.
" Nak call minggu ni tak dapatlah Ikh sibuk sikit, esok jemput datang ke majlis kami,bawa ibu sekali" Jemput Ikh pada Sara dan tanpa ada sebarang protes terhadap perlakuan Sara.
Sara pun menghilangkan diri, Nez pun menyambung mencari baju pengantin dan memilih untuk mencari baju pengantin warna putih sahaja,sambil memilih sempat Nez berbual dengan pn Tika mengenai Sara anaknya.
Menurutnya Sara dan Ikh telah lama berkenalan,Sara muda 8 tahun dari Ikh dan Ikh menganggap Sara itu seperti adiknya.Sara baru saja pulang dari luar negera setelah menghabiskan pengajian di universiti dalam bidang perniagaan di luar negara.Pn Tika juga sempat berpesan jangan kecil hati dengan tindak tanduk Sara terhadap Ikh.
Nez hanya tersenyum dan mengambil positif mengenai perhubungan Ikh dan Sara memandangkan Nez juga belum mengenali Ikh secara mendalam cuma perasaan cinta dan sayang telah terbit sedikit di hati Nez.
Akhirnya baju pengantin di temui,Nez segera mencuba kerana tidak mahu membuang masa lagi di Boutique itu.Setelah memakai baju Nez pun keluar untuk menunjukkan kepada Ikh yang sedang duduk setia menanti Nez mencuba dan mencuba baju pengantin.
Ikh bagaikan di panah melihat Nez yang begitu cantik memakai baju pengantin.Ikh segera bangun dan memusingkan Nez sambil memegang tangan nya.
"Masyallah Cantiknya awak" kata Ikh yang tanpa malu terus mencium pipi dan belakang leher Nez.Tindakan itu membuatkan ada mata yang memandang sakit hati
Sara dari dulu mencintai Ikh namun Ikh sentiasa menganggap Sara seperti adik dan apabila Ikh bertemu dengan Neena,Ikh telah berubah dan jarang meluangkan masa bersamanya,ketika itu Sara juga sedang sibuk untuk mengambil Exam bagi meneruskan pengajian di luar negara
Berita mengenai Neena yang melarikan diri semasa pernikahan mereka membuat Sara kembali bersemangat untuk meraih cinta Ikh, dan kali ini Sara pasti mendapatkan Ikh sebab dia yakin dia mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding Nezrah.
Sara mengenggam tangannya sekuat hati.
'Ikh,Sara akan pastikan Ikh jadi milil Sara'kata Sara perlahan namun bersemangat.
2 bab untuk hari ini,enjoy
Share this novel