Completed
25213
Siapa aku untuk menolak takdir, manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya aish ayat gampang ayat biasa yang selalu ku dengar namun terjadi pada diriku..
Neena melarikan diri dan itu adalah hari yang betul betul buat aku down nasib baik mama dan baba ada ketika itu dan mereka sangat supporting.Mereka mencadangkan Nezrah untuk menjadi isteri aku sedangkan masa itu ibu dan abah Neena sudah berniat untuk membatalkan majlis pernikahan ini.
Panic dan blank itulah aku ketika itu dan hanya berserah dan hanya mengikut kata kata orang tua dan kemudian mama memberikan cadangan meminta Nez menggantikan tempat Neena.Keluarga NeZ pun ikut setuju dengan permintaan kedua ibu dan bapa aku. Malu akan kejadiaan yang terjadi dan akhirnys Nez pun bersetuju untuk menjadi pengantin terjun.
Pertama kali melihat dia di depan mata hatiku bedebar seaakan akann dialah bidadari yang di turunkan untuk menyelamatku, sedehana namun sangat cantik
Nez juga seperti aku juga redha dengan ketentuan, saat aku bertentang mata dengannya ketika upacara membatalkan air sembahyang tangannya rasa sejuk namun masih mengenggam tanganku dengan erat macam memberikan aku semangat.
Perasaan ini masih seperti di awang awangan tidak percaya namun terjadi,sukar untuk melelapkan mata, Nez tidur dengan nenyak di atas sofa mungkin sebab kepenatan dengan majlis semalam,tanpa persediaaan namun dia tetap santai.Bilik Nezrah tidak berhias tapi seperti bilik ini jarang di huni, kemudian aku bangun dan menyelimuti dia lalu bergerak ke bilik Neena.
Neena..
Bilik pengantin terhias dengan warna putih hijau, cantik, aku duduk di birai katil sambil membuka telefon dan melihat gallery gambar di telefon, semua gambar gambar kenangan masih tersimpan di ruang memori telefon ku.Satu persatu kenangan muncul di benakku, yang indah yang sedih bercampur aduk hingga menyesakkan pemikiranku. Persoalan demi persoalan muncul,Apa salahku?
Mungkin dalam setahun ini aku kurang memberinya perhatian dan Mungkin kah itu membuatnya meninggalkan aku di hari pernikahan? sungguh aku tidak tahu. Aku telah berusaha dari petang semalam mencuba untuk mencarinya dan akan cuba memujuknya tapi telefonnya masih sukar untuk di hubungi.
lalu aku bangun dan kembali ke bilik Nez,dia sudahpun bangun,aku segera mengambil wuduk dan solat berdoa agar aku boleh melalui hari hari seterusnya dengan baik serta aku juga berdoa agar aku boleh menjadi suami yang baik dan bertanggunjawab kepada isteriku Nezrah.
Selesai solat aku keluar dari bilik dan melihat Nez cuba membuka pintu bilik Neena dengan perlahan lalu mengejutkan dia, dia macam faham dengan perasaan aku sekarang ni dan cuba untuk menghiburkan aku dengan pick up linenya yang tidak seberapa tetapi comel.
Dan dia memintaku untuk mencium dahinya, aku terkejut namun masih melakukannya apa pun dia tetap isteriku, dan semasa melakukan adegan itu sebenarnya aku pun berdebar dan naluri kelelakian aku seakan tercabar.
Aku gentlemen kan.
Bila Nez bagitau aku Neena sebenarnya lari di sebabkan lelaki lain aku macam nak mengamuk dekat airport tu, apa kurangnya aku ni bisik hatiku,kecewa sangat.
Tapi perangai Nez dengan ayat spontannya buat kemarahan aku pudar.Agaknya apa la perangai Nez yang sebenar?.
Tak kenal maka tak cinta...
Selamat berkenalan Nezrah..
Share this novel