Completed
25213
Setelah menyelesaikan semua hal hal yang tertunda,Ikh meninggalkan office dan mengarahkan Mazlan untuk mencarinya hanya apabila perlu sahaja.
Kemudian Ikh singgah di kedai perabot membeli beberapa perabot yang di rasakan perlu,siap membeli Ikh meminta supaya Perabot yang di pesan di hantar segera.
Ikh pun pulang ke rumah menunggu ketibaan penghantaran,Telefon di buka dan membuat pesanan makanan tengahari untuk Nez dan membuat pesanan makanan untuk dia juga.
Telefon office Nez berbunyi.
"Hello ,cari siapa ya" tanya Nez.
" Hi cik Nez ini dari kaunter security,pesanan grab food cik ada di bawah ni" jelas security.
"Ooo ok Nez turun sekarang" Nez segera turun tidak mahu membuat penghantar makanan menunggu lama.
"Cik Nez ini ordernya,sudah di bayar" adik penghantar itu terus menghulur makanan,Nez sempat berterima kasih.
Ting!
Bunyi notifikasi whatsup.
'Pesanan lunch dah sampai ka?"'tanya Ikh.
'Dah sampai,thanks abang,abang dah makan ke?balas Nez
'Tengah tunggu pesanan sampai,tak lama lagi sampai la rider tu,abang yang tak sabar jumpa dengan sayang ni'text dari Ikh lagi.
'Nanti hari hari jumpa takut,abang muak pula tengok muka Nez"Perli Nez.
" Mana nak muak,abang dah terjatuh hati kat Nez di hari pernikahan kita'jawab ikh lagi.
"Pandai la nak ayat Nez,tapi Nez makan dulu ye,tak kenyang Nez dengar ayat ayat abang tu"perli Nez.
Ikh membalas dengan menghantar emoticon menangis,Nez pula tergelak melihat emoticon itu.
Petang itu mereka berdua singgah groceries,membeli keperluan serta pinggan mangkuk.Ikh membebel kerana pisau untuk memotong pun tiada di rumah,Nez pula senyum mendengar Ikh membebel,ya ternyata suaminya kuat membebel.Sebaik sampai di rumah.
"Wah thanks abang,rumah ni dah penuh oleh abang" puji Nez.
"Hmmm kalau suka tu sayang bagi la abang hadiah" kembang Ikh mendengar pujian Nez.
"Nak hadiah ape,Nez tak da duit la nak bayar balik"Nez menjawab.
" Tak bukan itu abang mahu,abang mahu ni"tunjuk Ikh pada bibir Nez.
"Aaah Nez nak mandi lepas nak masak"Nez mengubah topik perbincangan saja mahu melarikan diri dari permintaan Ikh.
"Op op masak masak biar Ikh buat,on this week biar Ikh buat semua,sayang relax ja" mendengar Ikh berkata begini buat Nez senang hati.
"Betul ni,thanks abang,Nez masuk mandi " Nez masuk mandi dengan senang hati.
Seminggu ini ,Ikh buatkan sarapan pagi then hantar Nez pergi kerja,kemudian tengahari Ikh akan hantar makanan tengahari untuk Nez lagi dan makan bersama di dalam kereta,dia sengaja menghantar no makanan untuk bertemu dengan Nez,petang pula Ikh akan mengambil Nez lagi,begitu la rutin Ikh sejak seminggu.
Seminggu ini setiap makanan yang di masak oleh Ikh akan di habiskan oleh Nez tanpa sebarang komplen,manakala semua bahagian pakaian akan di buat oleh Nez,Nez sangat suka dengan pakaian yang wangi bersih dan di lipat kemas mengikut aturan,dalam soal mengemas rumah memandangkan Ikh bekerja dari rumah oleh itu bahagian mengemas di lakukan oleh Ikh.
Hujung minggu itu Ikh tiba tiba membawa Nez camping di hutan simpan,Nez turut seronok kerana dia memang suka bercamping.
"Wah cantiknya,thanks abang bawa Nez"
"My pleasure sayang"
"Lepas ni kita hiking ,sempat rasanya kita balik sebelum maghrib kan sayang" Nez sememangnya sangat suka hiking,lalu mereka pun hiking sebelum bercamping.
Malam itu di bawah bulan purnama Nez memasak dan Ikh hanya melihat Nez,gembira melihat keterujaan Nez,setelah siap memasak dan makan,mereka duduk santai di temani unggun api melihat bulan lalu Ikh mengambil guitar yang ada di dalam camping.
"Id tangah toung,kokito ku tulan rombituon" Ikh menyanyikan lagu orang kadazan dusun yang popular suatu masa dahulu.
Nez jatuh cinta melihat Ikh bermain guitar dan menyanyi.
"Pandainya abang,lagu tu glamour di tempat Nez kerja dulu dan lagu tu bagi Nez sangat romantik"puji Nez.
"Anything for you sayang" jawab Ikh yang memandang Nez dengan penuh perasaan cinta.
Malam makin larut,setelah menyanyi kan 2 3 buah lagu cuaca berubah tiba tiba,angin menderu dengan kuat kemudian hujan dan guntur tiba,keadaan itu memaksa mereka berlari lari anak menyelamatkan diri masuk ke dalam kereta.
"Ish hujan ni spoil la"marah Ikh pada cuaca yang berubah tiba tiba.
Lalu Nez memeluk Ikh seolah memberi kata semangat,dalam kesamaran lampu LED di dalam kereta Ikh mula bergerak perlahan dan bibir Ikh melekap di bibir Nez,mulanya tiada respon namun Perlahan Nez juga bergerak memberi respon.
Lalu malam itu berlalu..
Ikh tersedar dari lena,Suasana yang amat mendamaikan hanya kedengaran bunyi alam,Ikh melihat isterinya yang masih tidur,dia tersenyum mengingat peristiwa bahagia semalam,mulanya malu malu tapi bila sudah di bawah alam sedar isterinya ini sangat aktif.Nez masih tidur berbantalkan lengan Ikh dengan hanya selimut menjadi penutup badan mereka berdua.
Hmmmm Nez pun tejaga dari lena..
"Good morning sayang"ucap Ikh..
"Morning abang" jawab Nez yang masih separuh sedar.
"I love you so much and thanks sebab sayang benarkan abang jadi suami yang sesungguhnya" ucap Ikh.
"Thanks juga atas usaha abang semalam" kata Nez yang membuat mereka berdua tergelak.
"Sayang pakai baju,abang kemas barang abang nak bawa sayang pi satu tempat lagi" ujar Ikh.
hooray!!!
Share this novel