Bab 26(Ikhwan POV)

Fantasy Completed 25213

Akhirnya setelah berbulan berusaha bersekang mata,perbincangan demi perbincangan berkali kali turun naik flight,projek yang di usahakan lulus dengan jayanya.

Di bilik tidur kelihatan Ikh sedang melihat gambar gambar persandingan mereka,pertanyaan mamanya tadi bertanya mengenai Nez menyedarkan Ikh yang dia sudah lama tidak berhubung dengan NeZ.Ibu sempat membebel padanya walaupun dia sibuk namun Nez jangan di lupakan.Kejadian di Korea mengingatkan Ikh kembali dan Ikh menyesal tidak mengejar Nez ketika itu.

Lalu Ikh membuka whatsup dan mencari nama Nez, banyak mesej dari Nez tapi tidak di balas olehnya kemudian Ikh pun membaca satu persatu

Assalamualaikum dear,sihat ka? Nez call banyak kali tapi Ikh tak angkat,mungkin Ikh sibuk,Ikh jaga makan minum ya.

salam dear, sibuk sangat ke, Nez rindu Ikh.

kemudian -Salam dear Nez nak ke korea da,Ikh minta Nez bagitau Ikh sebelum.Nez jalan ingatkan Ikh,dah beberapa hari Ne tru call tapi Ikh tak jawab.

Nez dah sampai korea,Nez harap kita dapat honeymoon dekat sini nanti.

Salam Ikh ada di korea ke? dan soalan ini ada di balas olehnya 'Don't overthinking' Ikh terfikir bila masa dia membuka mesej dari Nez.

Kemudian mesej terakhir dari Nez hanyalah 'Tq,bye' mesej 4 minggu yang lalu.

Rupanya segala penggilan dan mesej dari Nez telah di 'Mute'kan,Ikh berfikir bila masa dia mengubah setting di telefonnya,namun tidak mahu membuang masa dia segera membuat panggilan namun yang menjawab hanyalah operator.Berkali kali dia mencuba tapi tidak berjaya.

Ikh hendak menelefon mentuanya takut mereka salah faham ingin bertanya kepada Neena mustahil sekali, jadi hanya perlu menunggu hingga jam 8 pagi esok.

Ikh tidak sabar menunggu,tepat jam 8 pagi Ikh terus mendail.nombor telefon sekolah NeZ.

"Hello,boleh bercakap dengan pn.Nezrah" pinta Ikh pada penjawab panggilan itu.

"Maaf encik, Pn Nezrah telah berpindah,boleh saya tahu siapa di sana? tanya penjawab itu.

"Saya Suami dia,boleh saya tahu bila lagi dia berpindah? tanya Ikh.

"suami?" penjawab itu seakan tidak percaya namun masih meneruskan"dah seminggu dia berpindah".

"Boleh bagitau dia berpindah kemana" tanya Ikh lagi.

Penjawab itu sekadar menjawab tempat NeZ berpindah namun di jabatan mana tidak dapat di pastikan.

Ikh pun meletakkan panggilan telefon itu,mati akal bagaimana untuk menghubungi Nez.Kemudian dia segera mendail nombor telefon ibu mentuanya.

"Salam ibu,sorry lama Ikh tak Call Ibu?"

"Waalaikumsalam Ikh,tak apa ibu faham Ikh sibuk,Ikh apa kabar?"

"Ikh sihat ibu,Ibu nak tanya Nombor fon NeZ,sebab fon Ikh hilang semua Nombor fon hilang entah kenapa nombor ibu Ikh ingat" jelaz Ikh berbohong sunat.

"Astaga hilang ok kejap ibu bagi"

" Terima kasih ibu"

Selepas memberi salam Ikh segera mematikan panggilan menunggu mesej dari ibu yang menghantar nombor telefon Nez.Tidak lama kemudian bunyi notifikasi menunjukkan mesej dari ibu telah sampai,Ikh segera membuka dan mendail nombor telefon Nez.

Tut tut tut

'Salam, siapa ni"

"Honey,Ikh ni"

"Ooo Ikh"
Kemudian panggilan telefon di matikan oleh Nez.

"Hello hello Nez" Ikh masih bersuara namun panggilan itu di matikan.Ikh mencuba sekali lagi namun tidak berjaya,hanya operator yang menjawab.

Sudah 2 minggu Ikh mendail nombor Nez namun masih tidak berjaya hendak menelefon ibu mentuanya kembali mesti akan di fikir yang bukan bukan.Mati kutu Ikh,teringat kembali kejadian di Korea mungkin Nez merajuk melihat dia bersama Sara,Sara di ambil menjadi pembantunya ketika ini memandangkan ibu Sara,pn.Tika yang mahukan Sara menimbah pengalaman dengan Ikh sebelum.Sara di lantik untuk bekerja dengan bapanya.

Jika di undur masa Ikh akan memujuk Nez pada ketika itu,Ikh juga menyesal kerana tidak menghubungi Nez dalam beberapa bulan ini,Ikh kalau sudah bekerja memang tidak akan berhenti bekerja dan mengabaikan sesiapa pun termasuk orang yang terdekat dengannya.

Salah mu la tu Ikh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience