Bab 16

Romance Completed 45931

Aku berhenti seketika di R&R untuk menunaikan solat maghrib dan menyambung semula perjalananku apabila sudah selesai.

Sekarang, aku memikirkan bagaimana perasaanku apabila sampai di rumah Amirul. Aku hanya tunangnya dan aku rasa aku tidak perlu menangis sampai teresak-esak kerana aku tau ada orang yang lebih sedih iaitu ibunya sendiri. Orang yang mengandungkannya selama 9 bulan. Orang yang menjaganya sehingga menjadi dirinya sekarang. Aku sebenarnya takut untuk menghadapi semua ini. Aku takut aku lemah di hadapan ibunya. Tetapi benda sudah terjadi. Aku harus menerima dengan redha.

Setibanya aku tiba dirumah keluarga Amirul, aku terus keluar dari kereta dan aku dapat melihat orang kampung sudah mulai berkumpul di rumahnya.

"Assalamualaikum"ucapku kepada ahli keluarga Amirul yang berada di luar rumah.

"Waalaikummussalam. Oh kamu tunang Amirul kan?"soal salah seorang ahli keluarga Amirul.

"Ya. Saya"

"Ibu arwah berada di dalam. Kamu boleh la masuk"ujar salah seorang pakcik yang ada di situ.

"Terima kasih, pakcik"aku dengan pantas masuk ke dalam rumah dan mencari mama Amirul.

"Fira, mama kat sini"aku beralih ke suara yang memanggilku. Aku pergi ke arahnya. Dia memelukku, lalu menangis.

"Fira, Amirul dah takda. Mama dah takda anak. Mama dah takda anak"dia hampir rebah. Aku memanggil papa untuk memapahnya ke atas katil. Setelah selesai,

"Mama sabar yer. Fira akan ada untuk mama okey"ujarku sambil menangis. Aku dah tak tahan bila tengok mama macam nih.

"Fira boleh tak jadi anak mama ya walaupun Amirul dah takda?"pintanya.

"Boleh. Fira akan terus jadi anak mama walau apa pun jadi"ujarku.

"Mama rehat dulu ya. Fira akan urus yang mana patut dulu"pujukku.

"Baiklah. Terima kasih Fira"dia cuba melelapkan mata. Akhirnya, dia tertidur akibat terlalu penat meratapi pemergian anaknya.

"Sama-sama"ujarku sambil tersenyum lemah. Kemudian, aku terus beredar dari biliknya.

************************************

"Pak cik boleh saya tanya, pukul berapa jenazah akan sampai?"soalku kepada salah seorang pakcik yang berada di hadapan pintu rumah.

"Ya nak. Jenazah sampai 12 malam macam tu"

"Terima kasih pak cik"

"Sama-sama nak"aku terus beredar dari situ dan pergi ke arah dapur. Aku membancuh air untuk orang yang berada di rumah ini sementara menunggu jenazah sampai.

"Papa, nah. Ni ada air kopi. Lagi satu,mama dah tidur sebab penat tadi"ujarku sambil menyuakan jag air kepadanya.

"Terima kasih, Fira. Susahkan kamu ja"

"Tak adalah pa. Tak susah mana pun. Apa-apa mintak ja kat Fira yer"

"Baik"

"Fira nak tanya ni barang-barang mandi ka, kain ka, dah ada orang sediakan?"

"Dah semua dah sediakan"

"Ouh ha ok"aku kemudian masuk ke dalam rumah dan duduk dengan bersandarkan badan di dinding.

Tidak lama kemudian, jenazah sampai di rumah itu. Pihak lelaki mula mengiringinya dari van hingga sampai ke dalam rumah dan meletakkannya di atas katil yang berada di ruang tamu.

"Nak bangun"aku terjaga dari tidur.

"Boleh solat subuh dah sekarang"

"Makcik saya nak tanya bila mereka nak mandikan jenazah?"soalku.

"Rasanya tadi depa bagitau dalam pukul 8 nanti"

"Tak pa la kalau macam tu. Terima kasih mak cik"aku terus bangun dan merapikan pakaian. Aku ke bilik air untuk mandi dan menunaikan solat subuh.

"Fira dah selesai?"soal mama. Dia sekarang berada di hadapan bilik Amirul. Aku tumpang bilik Amirul untuk menunaikan solat.

"Dah siap ma. Mama dah okey? Oh, Fira lupa beritahu semalam. Sebelum Fira sampai, ibu kirim salam. Dia tak dapat nak ikut sebab dah nak malam. Satgi rasanya dia sampai"ujarku sambil melipat sejadah.

"Waalaikumussalam. Takpa janji dia nak datang satg. Lagi satu mama dah okey sikit"ujarnya.

"Alhamdulillah"

Setelah selesai pengebumian,

"Maz, jom kita balik ya"ajak papa yang berada di sebelahku.

"Baiklah jom. Amirul nanti mama datang lagi yer"

"Mari Fira kita balik"ajaknya.

"Mama balik dulu ok. Fira nak duduk sini kejap boleh?"pintaku.

"Boleh..Baiklah mama balik dulu"

Aku terdiam seketika di hadapan kubur Amirul.

"Amirul, biarkanlah rasa untukmu sementara seperti ini lebih tepatnya akan kubiarkan begini. Sebab hati ini perlu waktu untuk menghapusnya. Sesungguhnya keberadaanmu telah terbiasa dan sesungguhnya terdapat rindu yang kian bertakhta dalam hati. Dirimu membuatkan diriku benar-benar tidak mampu lagi untuk menipu kerana hanya dirimu yang berada dalam hatiku"aku mulai menangis lagi.

"Saya harap awak tenang dekat sana, cari bidadari syurga awak ya. Saya tahu memang tiada jodoh antara kita..Terima kasih atas kasih sayang awak selama ini. Saya sayang awak"aku terus berlalu meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience