"Fira dah siap? Mari kita ke masjid"ujar mama menarik tanganku untuk mengikutinya.
"Baik ma"aku mengikutnya keluar dari bilik dan menuju ke kereta.
"Apasal aku yang ketaq weyh? Hang yang nak kahwin"ujar Syidah kepadaku. Mama yang berada di sebelahku hanya diam.
"Manalah aku tau dekat hang. Entah-entah terjumpa jodoh ka?"ujarku.
"Haaa la. Hang kan single mingle lagi"sampuk Hajar.
"Ya Allahu Rabbi. Buat apa lagi tuuuuhhh?!!! Boleh pulak sambung sembang dekat depan ni"bebel ibu.
"Cepat Fira satg ibu kamu berleter"ujar mama.
"Sabar la mak long. Chill, chill"ujar Syidah.
"Chill, chill kamu. Cepat tadi mak Hariz dah call kata rombongan lelaki dekat masjid dah sampai"ujar ibuku.
"Ya ka? Cepat weyh! Cepat Sya satg tak kahwin la hang"dan lagi si Syidah ni loyar buruk.
"Kepala hang"
"Hahahahahah"ketawa seluruh rakan-rakanku dan mama yang berada di situ melihat gelagatku dan Syidah.
Setibanya kami di masjid,
"Cepat Sya. Hariz dah ada dekat dalam"ujar Aisya.Dia sampai terlebih dahulu kerana mahu menguruskan tempat akad nikahku.
"Sabar. Ingat senang ka nak berjalan pakai baju ni"marahku.
"Ok...okay. Jangan marah-marah. Nanti buruk muka tu. Hariz lari padan muka"ujar Aisya.
"Ha elok la hang dengan Syidah. Sikit-sikit tak jadi kahwin. Tak jadi sungguh aku bunuh hampa"ugutku sambil jariku ditunjukan ke arahnya.
"Kita duk ketaq nak kahwin boleh duk kata tak jadi. Tak jadi"ujarku perlahan. Tapi hanya melalui pendengaranku. Tiada siapa yang mendengar kecuali aku.
"Lek-lek. Sorry"dia mengangkat kedua belah tangan tanda menyerah.
"Weyh tadi kan aku ada dengar orang panggil nama aku"bisik Syidah kepadaku.Sekarang dia berada di sebelahku yang sedang duduk di atas kusyen yang disediakan untuk pengantin.
"Bila? Sapa yang panggil hang?"soalku juga berbisik.
"Hang"
"Tak aihhh. Bila?"
"Shuut. Shuut. Diam. Tok kadi nak mula dah"ujar ibuku. Pelik dengan anaknya.
"Orang nak kahwin punya takut. Nak sembang-sembang ni tak dak. Ni dia boleh selamber macam tak kahwin. Padahal sekejap lagi nak jadi bini orang dah. Hailah anak"ujar ibu dalam hati. Tergeleng kepala melihat anaknya itu.
"Ok...ok. Sorry"ujar Syidah.
************************************
"Hariz dah sedia?"soal abah.
Hariz mengangguk, sempat dia memandang ke arahku sebelum menyambut huluran tangan abah selaku waliku.
"Hariz Hakim bin Hilman"sebut abah.
"Ya saya"sahut Hariz.
"Aku nikahkan dikau dengan anakku Hani Syafira binti Ali dengan mas kahwinnya seberangkat alat solat dibayar tunai"
"Aku terima nikahnya Hani Syafira binti Ali dengan mas kahwinnya seberangkat alat solat dibayar tunai"
"Sah?"soal tok kadi.
"Sah!"sahut yang lain.
"Alhamdulillah"mereka semua mengangkatnya tangan mengaminkan bacaan doa daripada abah.
"Sya cepatlah salam tangan Hariz tu"Syidah menyenggol bahuku.
"Sabar la dia bukan mai lagi"ujarku. Aku sekarang menutup mata. Takut.
"Dia ada sebelah hang"ujar Syidah berbisik.
"Ha Sya. Cepat salam tangan suami hang tu. Kami nak balik makan ni. Lapaq oi"ujar Ariff sedikit kuat.
"Ya lah"akibat jeritan itu aku membuka sedikit mata. Rupanya memang dia berada di sebelahku. Cuma siapalahkan yang tutup mata tadi.Hehh. Aku sedikit teragak menyalam tangan Hariz. Tapi apakan daya tetap ku haruskan jua.
"Sejuknya tangan"ujarku dalam hati.
"Assalamualaikum bidadari syurga. Cantik awak harini"bisik Hariz di telingaku.
"Waalaikumsalam hubby"ujarku perlahan. Dia membuntangkan mata. Memandangku dengan riak wajah yang agak terkejut akan gelaran yang aku berikan kepadanya sebentar tadi. Gatai kan aku.
"Dah jangan tengok lama-lama. Malu"aku menutup sedikit mukaku. Hariz tergelak kecil.
"Tadi tak malu"ujar Hariz di dalam hati.
"Amboi pengantin. Tak sabar sangat aiihh. Malam satg nak sawit-sawit pun. Ramai ni orang duk tunggu hampa berdua"ujar salah seorang makcik yang ku rasa kenalan umi Hariz separa menjerit membuatkan semua yang berada di situ ketawa.
Hariz mula mencium dahiku.Waktu itu aku merasa berdebar. Debar yang sudah lama tidak ku rasa. Debar yang bukan aku rasa selama bersama dengan Amirul.
"Ya Allah andai dia jodohku, panjangkanlah usia perkahwinan kami hingga maut yang memisahkan"doaku di dalam hati.
Share this novel