Bab 11

Romance Completed 45931

Cuti sekolah sudah bermula. Tinggal hanya dua minggu lagi untuk menunggu keputusan UPSR keluar. Sekarang, aku tidak berbuat apa-apa cuma bisa menggoyangkan sahaja kakinya. Ketika tengah seronok melayan perasaan sendiri....

"Ngah, hang tengah buat apa tuh?"soal kak long ku yang bernama Wahida. Sekarang dia berumur 17 tahun.

"Tak buat apa. Awat?"

"Aku nak mintak tolong hang boleh?"

"Apa dia?"

"Macam ni, aku nak buat kek coklat"

"Okey. Bila nak buat and kenapa?"

"Lusa. Haritu birthday Aina. So aku nak bagi la kat dia"

"Faham-faham. Deal. Bereh boh"

************************************

"Tak tau la nak buat apa. Jap, apa kata aku buat dalam video bubuh dalam YouTube guna gambar aku dengan yang lain waktu bercuti dekat Langkawi, gambar dekat sekolah and Taiping"ujar Hariz.

KELAS 6 DINAMIS

HARIZ:
Assalamualaikum. Hampa aku nak mintak gambar yang kita tangkap haritu dekat Langkawi, sekolah dan Taiping. Aku nak buat video.

HANI SYAFIRA:
Waalaikumussalam.

AISYA:
Wassalam.Sat nah.
(send 40 gambar)

HARIZ:
Tq. Ada lagi tak yang lain??

SYAZLIN:
Wassalam.Ada ii.
(send 20 gambar)

HARIZ:
K

alau ada yang lain boleh bagitau.

************************************

Akhirnya, aku dan rakan-rakan akan mengambil keputusan UPSR.

"Harap-harap lah okey aku punya keputusan"rasa gementar. Tiba-tiba....

"Hani Syafira binti Ali"ujar Teacher Nisa.

"Tahniah teacher ucapkan"

"Terima kasih teacher"aku terus pergi ke arah ibuku dan menyerahkan keputusanku.

"Alhamdulillah syukur. Tahniah ngah"ibu memelukku.

"Terima kasih ibu"

"Sama-sama"

"Ngah nak pergi ke Aisya sekejap"

"Pergilah"aku terus pergi ke arah Aisya dan Syidah.

"Aisya"panggil ku.

"Yapp. Kenapa Sya?"

"Macam mana dengan keputusan hang?"soalku.

"Aku 5A1B. Yang B tu Sains"ujarnya.

"Sama weyhhh! Aku pulak Bi pemahaman yang B. Syidah hang pulak berapa?"

"Aku 4A2B. Ala sikit ja"

"Ok lah tu. Naik banyak apa. Haritu percubaan hang dapat 2A ja kan. Meningkat la kalau macam tu"

"Ok...okay. Alhamdulillah"

"Yang lain hampa tau tak lagi?"soalku kepada mereka berdua.

"Yang aku tahu la tadi kan yang dapat 6A dua orang"ujar Aisya.

"Ni mesti Hariz dengan Adam kan?"teka ku.

"Betul. Kan dah agak dah. Lagi, ada 9 orang dapat 5A1B termasuk kita dua orang"sambung Aisya.

"Aku rasa Juni dengan Ain dapat 5A la"ujar ku.

"Rasanya"

"Ngah, ibu ajak balik dah. Ibu nak masak makan tengahari lagi"ujar adikku uda.

"Ok lah. Aisya, Syidah aku pi dulu"

"Ok. Bye"mereka berdua melambaikan tangan ke arahku.

"Bye"

************************************

KELAS 6 DINAMIS

ARIFF:
Hallo semuanya. Saya nak ucap tahniah kepada Hariz dan Adam berjaya mendapat 6A.

HARIZ:
Terima kasih ya.

HANI SYAFIRA:
Tahniah woiiii.

ADAM:
Terima kasih jugak woiiii.

AISYA:
Tahniah ya.

JUNI:
Tahniah. Aku hampa tak mau ucap tahniah ka?

SITI:
Aloloololo. TAHNIAH JUNI.

JUNI:
Terima kasih Siti.

HANI SYAFIRA:
Senang cerita macam ni. Saya mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana lulus dalam peperiksaan. YEAYYYY!!!

ARIFF:
Aku pun sama.

HANI SYAFIRA:
Dia pun nak ikut oranggg. buuuu.

ARIFF:
Suka hati lah.

HANI SYAFIRA:
Yelah.

Tak lama selepas ini, ramai yang pergi menemu duga di sekolah-sekolah yang mereka pilih. Antara kesemua yang menemu duga, rakan-rakan aku yang terpilih ke sekolah tersebut ialah Hariz, Adam, Ariff, Juni, Azimah dan Siti dan ramai lagi.

Jenuh weyh nak senarai. So yang rapat dengan aku betul-betul ja la yang aku sebut. Yang lain tu rapat cuma jarang bersembang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience