"Sya kami balik dulu. Dah nak dekat malam ni"ujar Hajar.
"Baik. Terima kasih tau untuk harini. Hampa banyak sangat tolong aku. Esok jangan lupa pi dewan tau"
"Yer-yer. Assalamualaikum"ujar Aisya.
"Waalaikumsalam"Aisya, Hajar, Siti
Ain dan yang lain berlalu pergi.
"Weyh, Sya aku balik dulu. Nanti aku mai lain. Intan kata dia nak tidoq dengan kita jugak. Dia mai sekejap lagi lepas solat Isyak"ujar Syidah. Rumah dia dekat ja dengan aku. Selang dua buah rumah ja. Intan pulak nanti aku rasa mai naik motor kut. Biasalah rumah jauh sikit.
"Ok. Bye"dia melambaikan tangan kepadaku.
"Bye"ujarku dan dia berlalu pergi.
"Hani"seru seseorang. Suara sepertiku kenal. Aku memusingkan badan ke arah belakang. Rupanya Hariz yang memanggilku.
"Jap. Kenapa panggil Hani? Kenapa tak Sya ja macam dulu?"soalku hairan.
"Macam ni...nama Hani kan macam HONEY.Macam panggilan manjer gitu"terangnya.
"Ouh. Ikut la nak panggil macam mana. Ni nak balik dah ka?"soalku. Padahal dalam hati hanya Allah yang tahu bila terdengar panggilan tu.
"Hmmm. Nak balik dah. Kalau boleh nak tidur sini tapi umi dengan ibu tak bagi"ujarnya sambil membuat muka sedih.
"Ehh. Nasib ibu dengan umi tak bagi kalau tidak mahu bengkak mata aku besok. Takut nak tidoq dengan laki. First time siot. Selamat"ujarku di dalam hati.
"Esok kan jumpa lagi?"pujukku.
"Terpaksa ku ucap begitu untuk menjaga hatimu wahai suami.Kerana syurgaku di bawah tapak kakimu"ujarku sekali lagi di dalam hati. Bukan apa kalau cakap jujur kecik hati dia.
"Hmm. Yalah. Hubby balik dulu"jap.Dia gelar diri dia hubby. OMG!! OMG!!
"Ok. Hmmm...nak salam"ujarku untuk menutup perasaan malu sambil menghulurkan tangan. Dia menyambut huluranku dan aku terus menyalam tangannya.
"Assalamualaikum, isteriku"ujar Hariz.
"Waalaikumsalam suamiku"ujarku dan terus berlari kecil masuk ke dalam rumah. Ibu orang maluuuu. Gedik betul kan aku ni.
"Hailah isteri. Comel betul. Kalau aku tidur sini, dah lama aku gomol-gomol pipi dia yang tembam tu. Ish. Sabor"Hariz menggeleng kecil sambil mengusap dadanya. Dia terus memandu kereta keluar dari kawasan rumahku.
************************************
Keesokkan harinya,
"Hei bangun! Subuh! Subuh!"jerit ibu di hadapan pintu bilik ku.
"Yer, sekejap. Orang bangun dah ni"ujarku separa menjerit.
"Syidah, Intan bangun Subuh. Jom"
"Hmmm"Syidah dan Intan menggeliatkan badan mereka.
"Weyh. Nanti jom sambung tidur balik"ujarku sambil menggosok mata.
"Cantek"ujar Syidah dan Intan serentak.
Kami mula turun dari katil dan bergerak menuju ke bilik air di luar. Dalam perjalanan,
"Ngah, ingat jangan tidoq balik"pesan ibu. Macam dia tak tau anak dia.Kalau tak dipesan habis. Dah la malas ya ampun.
"Lah, kenapa? Orang baru nak tidoq balik"ujarku.
"Tu lah mak long"ujar Syidah. Intan tak dak dengan kami sebab dia dah pergi bilik air dulu.
"Ya Allah. Lupa ka? Ngah oii. Hang tu dah kahwin"ibu menggelengkan kepalanya.
"Bila pulak ibu ni? Orang kahwin lusa la"
"Aku lempang jugak budak ni. Abang oii tengok la anak hampa ni. Dah jadi bini orang dah pun bodoh. Duk lupa diri"nah setepek. Syidah hanya berdiam diri.
"Apa ibu ni cakap orang bodoh?"
"Ha la. Hang kan dah akad nikah kelmarin. Harini pulak hang bersanding"ujar ibu. Aku cuba menghadam kata ii ibu. Aku menepuk dahi.
"Ya lah. Orang lupa. Ok. janji tak tidoq balik"
"Syidah satg kita bagitau Intan jangan tidoq balik"ujarku.
"Hmm yalah"
"Dah-dah pi sembahyang. Lewat dah ni"
"Baik puan"ujarku dan Syidah serentak.
************************************
"Tahniah weyh. Tak sangka berjodoh jugak hampa dua orang"ujar Ariff. Aku dan Hariz sedang berada di meja yang diduduki Ariff dan Adam. Kawan aku yang perempuan dekat meja lain. Sembang. Ada yang tengah main dengan anak menakan aku.
"Kan. Tak dengar bercinta. Tup-tup kahwin. Bagitau sikit bila couple?"ujar Adam.
"Tak couple pun. Kahwin terus. Dah jodoh tak ke mana. Betul tak Hani?" Hariz memandang ke arahku.
"Betul la tu. Ni Adam. Bila lagi hang nak kahwin dengan Aisya? Kesian dia tunggu hang lama. Dia siap kata hang slow"ujarku.
"Aku tengah kumpul duit. Bagi cukup. Senang sikit aku nak tampung hidup bila kahwin nanti. Lagi satu yang slow ni jugak yang dia nak"ujar Adam
"Tak cukup duit lagi. Pelik. Kerja arkitek kut"ujarku.
"Ada ja. Cuma nak stabilkan kewangan aku dulu. Kan aku baru kerja setahun"
"Ikut hang la. Ni nampak tak Danish dengan Siti?"
"Apa? Dua laki bini tu?"soal Ariff.
"Ha"
"Tengah melantak. Yang si laki katanya mengidam nak makan nasi kenduri. Yang bini pulak bila berbadan dua katanya selalu lapaq. Tu yang tengah makan. Nampak tak dekat hujung sana"terang Ariff.
"Berpinggan-pinggan siak. Hahaha"ujar Adam.
"Biaq pi lah dekat depa. Sekali sekala"aku ketawa kecil. Comel tengok dua laki bini tu.
"Hani"bisik Hariz tiba-tiba di telingaku.
"Ya.Kenapa?"aku memandangnya hairan.
"Tunggu sini sekejap. Ariff,Adam jom. Dah janji kelmarin"
"Janji apa?"soal Ariff.
"Ya tuhan. Ikut ja lah"ujar Adam menarik tangan Ariff mengikut langkah Hariz.
"Ok-ok"
"Depa nak buat apa?"ujarku perlahan. Aku ternampak mereka ke arah DJ. Tiba-tiba lampu dewan tertutup.
Aku terdengar alunan muzik.
"Janji putih"ujarku perlahan.Lagu yang aku baru minat sejak ini.
Selesai menyampaikan lagu,dia berjalan ke arahku. Setibanya di hadapanku,
"Hani, terima kasih kerana sudi terima hubby dalam hidup Hani. Hubby jadi orang yang paling gembira bila Hani terima lamaran yang umi buat. Untuk pengetahuan Hani, hubby dah lama sukakan awak. Dari zaman kita sekolah rendah. Tapi hubby simpan perasaan itu sampai harini. Dan harini dimana semua orang menjadi saksi yang hubby takkan sia-siakan hidup Hani sampai bila-bila"aku menitiskan airmata mendengar ucapannya.
"Sama-sama hubby"
Share this novel