Bab 7

Romance Completed 45931

"Yeayy! Habis...Alhamdulillah"ucapku.

"Merdeka! Merdeka!"sorak Ariff.Tak malu ka sampai cikgu-cikgu dengar.

"Okey semua, saya faham kamu semua seronok sebab dah habis peperiksaan. Tapi saya nak beritahu, ini semua permulaan bagi kamu semua. Kamu akan melangkah ke sekolah menengah dan akan ada dua lagi peperiksaan besar iaitu PT3 dan SPM. Maka saya harap kamu apabila ke sekolah menengah teruskan maintain kamu punya prestasi seperti sekarang"nasihat Cikgu Ramlah.

"Spoil betul la cikgu ni, nanti la, waktu ni kita enjoy dulu. Nanti stress tak pasal ke dalam"bisik Syidah di telingaku.

"Dalam mana hang ni?"pelik macam tak habis ja ayat dia ni otak aku dah pikir lain.

"Dalam kubur..eh tak-tak Tanjung Rambutan yang betul"jawabnya.

"Bongok tui la hang ni"

"Hahhahaha"kuat sangat pulak dia ni..tutup muka sebab aku rasa orang ramai duk tengok kami.

"Krik..krik..krik"ha sebab Syidah la ni aku dah agak dah. Aku tengok dia kat sebelah. Hampa rasa dia tengah buat apa...

Muka selamba dia la and sekarang macam aku yang salah.

"Harey betul"kataku perlahan.

"Okey semua cikgu nak mintak kamu tolong senyap dan dengar apa yang cikgu nak cakap yer"perli ka cikgu. Kenapa aku yang terasa? Ini semua salah Syidah.

"Boleh cikgu"ucap semua murid darjah 6 serentak dan juga aku.

"Semua murid darjah 6 hari ini dibenarkan balik awal pada pukul 12.30, selalunya kamu balik pukul 1.30 kan. So sesiapa yang perlu call ibu ayah sekarang boleh pergi sekarang dan terima kasih semua hadir untuk menghadiri peperiksaan pada hari ini"

"Sama-sama cikgu. Yeahhh! Boleh balik awal"sorak semua murid.

"Amboi seronok yer"kata cikgu

"Hahhahah"

************************************

"Ha macam mana anak umi? Harini periksa sains kan?"soal umi Hariz.

"Ya, periksa sains umi. Macam tu la boleh jawab macam biasa"ujar Hariz selamba.

"Ya Allah, anakku. Umimu bertanya ni elok-elok la"umi menampar lengan Hariz. Pening betul dengan perangai anaknya yang ini.

"Betul la tu. Alhamdulillah orang boleh jawab. Lepasni umi doakan orang supaya lulus pulak"

"Ya lah. Pandai ja dia nak jawab"

"Oh sebelum umi lupa, umi bawak Hariz ke sekolah umi dulu ya"sambung uminya.

"Ok"

Adik-adik Hariz sekolah harini and balik pukul 1.30. Tu yang umi dia bawak ke sekolah dahulu. Tak dak nya dia satg duduk rumah sorang-sorang.

"Nasib harini aku naik basikal, boleh la aku pecut balik terus ke rumah. Harini pun adik beradik aku pun naik basikal pi sekolah so tak payah la aku tunggu depa"ujarku di depan rumah. Dah sampai. Apabila aku masuk ke dalam rumah...

"How's your periksa today ngah?"pelik dowhhh ibu aku ni sejak akhir-akhir ni dia duk belajaq speaking. Nak pi luar negara ka?

"Ok ja la ibu, susah tu ada la jugak tapi kan nasib yang ngah baca tu masuk"ujarku sambil duduk di sofa.

"Tu namanya rezeki hang la"

"Kan, kan ibu"

"Dah la. Ibu nak sambung masak,layan kamu apa pun tak jadi"biasalah kalau dah dapat anak yang suka loyar buruk. Kalau dilayan habis.

"Satu lagi, kalau dah masuk bilik jangan terus tidur, pi tukaq baju dulu. Kalau boleh sembahyang tunggu sampai masuk waktu. No tidur-tidur. Kalau tak boleh sembahyang, pikiaq sendiri la nak buat apa"bebel ibu. Panjang bebenor.

"Ai, ai kapten. Saya menurut perintah"selepas berkata aku terus berlari ke bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience