Flashback
"Cikgu,boleh saya nak cakap sikit? Tapi bukan dekat sini, dekat kantin hospital"
"Ouh ok jom"
"Mama dengan papa tengoklah anak kak long dulu yer. Fira keluar dulu"
"Baiklah"aku dan Cikgu Azura memulai perjalanan ke kantin hospital dan mencari meja untuk berbincang.
"Sebenarnya, Sya ada apa yang nak dibincangkan dengan cikgu sampai perlu ke sini?"
"Saya ada benda nak beritahu. Cikgu masih ingat tentang permintaan cikgu sebelum ni. Tentang saya dan Hariz?"
"Ingat. Pasal perkahwinan tu ka?"
"Ya. Saya dah buat keputusan"
"Apa keputusan Sya?"
"Saya terima"ujarku.
"Alhamdulillah. Kamu tak merasa terbeban atau terpaksa kan?"
"Tak"ujarku jujur.
"Lepas ni dah tak yah lah panggil cikgu. Panggil umi ja"
"Baiklah"
"Tapi umi nak tanya sikit, macam mana kamu boleh terima Hariz?"
"Hmmmm pasal tu. Ibu nasihat haritu suruh saya buat solat istikharah, cari petunjuk. Mana keputusan yang saya perlu buat. Tolak atau terima. Alhamdulillah saya dapat jawapannya dan sekarang, ini la keputusan yang saya buat"terangku.
"Lagi satu.Saya mohon sangat-sangat jangan beritahu tentang sebab saya terima Hariz kepada siapa-siapa pun"sambungku.
"Mmm, baiklah. Tapi umi nak berterima kasih banyak-bangak sebab terima anak umi yang serba kekurangan tu"
"Sama-sama .Saya tak kisah pun. Sebab saya pun ada kekurangan. Dengan fizikal saya yang agak besar berbanding orang lain"
"Tak kisah lah. Sebab sebelum umi nak tanya kamu dekat bakeri haritu, Hariz ada mintak pendapat umi cara nak mengorat kamu. Hahaha"umi tergelak memikirkan permintaan anaknya haritu.
"Ya ka?"tak percaya. Tak sangka Hariz berbicara seperti itu.
"Ya. Betul. Hariz betul-betul sukakan kamu"
"Jom kita masuk ke wad kakak kamu semula sebab umi nak kena mintak diri dulu dekat ibu dan mama kamu"
"Baik"ujarku.
************************************
Di rumah Hariz,
"Hariz mari sini kejap dekat umi"sekarang mereka berada di ruang tamu setelah selesai makan malam. Sekarang mereka hanya berdua kerana masing-masing sudah masuk ke bilik.
"Ada apa umi?"dia mengalihkan pandangan menghadap uminya sebelum mengalihkan pandangan semula ke arah televisyen.
"Umi nak beritahu along tentang keputusan Sya"
"Keputusan apa?"
"Kan haritu umi ada tanya pasal kahwin dekat bakeri dia haritu"
"Ouh yang umi tanya nak kahwin tak dengan along?"
"Yapp"umi menganggukkan kepalanya. Dengan cepat Hariz melabuhkan punggung di sebelah uminya.
"Amboi haihh cepat ja. Tadi bila umi bercakap, pandang umi pun tak. Ni bila bercakap pasai tu terjun duk sebelah umi"
"Hehehe"Hariz menggarukan kepala sambil tersenyum seperti kerang busuk.
"Dia terima tak umi?"tanya Hariz tidak sabar.
"Hmmm malangnya..."umi menangguhkan seketika percakapannya. Saja mahu melihat reaksi anaknya.
"Dia tak terima ka. Takpa la Hariz redha. Bukan jodoh Hariz dengan dia"ujar Hariz lemah.
"Hishhh dia ni. Buat-buat pasrah konon. Sekejap lagi frust menonggeng"
"Ish umi ni. Duk di frust menonggeng kan kita"ujar Hariz.
"Betul ka umi dia tak terima?"sambungnya menanyakan kepastian.
"Tak lah. Dia terima"ujar umi selamba.
"Betul-betul la umi. Dia terima ka tak?"soal Hariz.
"Orang kata dia terima"
"Habis tu yang malangnya tadi tu pasaipa?"
"Malangnya Sya terima anak umi yang tak hensem mana"ujar umi dengan selamba.
"Eh. Baik sikit. Orang hensem ehh"ujar Hariz
"Yalah. Anak umi semua hensem"
"Ouh lupak pulak. Lusa umi nak pergi meminang dia. Umi cadang nak bagi cepat ja hampa dua kahwin. Tahun depan cuti Raya Cina"sambung umi.
"Amboi cepatnya"
"Mesti"
"Ikut umi lah. Yang mana terbaik untuk along"
"Ok"
"Ni ayah dah tau rancangan umi?"
"Dah"
Share this novel