"Alah-alah. Sweet betul laki bini tu tadi"ujar Syidah sambil menganggkat kening memandangku.
"Ha. Betui. Kalau lama lagi sikit, terkencing aku"ujar Ariff.
"Sudahlah tu.Pipi bini aku dah merah. Nasib aku tak tanya nak cendol"ujar Hariz.
"Ish apa pulak?"aku menampar lengannya.
"Nak sweet-sweet tempat lain. Please. Dekat sini ramai yang single"ujar Syidah.
"Kan. Sila hormati yang single"ujar Hajar.
"Tak boleh aku. Sekarang,aku berazam. Aku sebagai ketua group single akan cuba berusaha meletakkan jawatan tahun depan"ujar Syidah bersemangat.
"Ya lah tu? Tah-tah anak aku dah dua baru nak kahwin"ujar Siti.
"Aku kata cuba kan. Kalau tak da sangat aku ambik si Arip(Ariff) ni"ujar Syidah selamba.
"Apa pulak? Tiba-tiba ja sebut.Sorry yer. Saya tak mahu ada kaitan"ujar Ariff.
"Aku kata ja. Bukan hingin pun"Syidah menjeling Ariff.
"Ek eleh ingat dia sorang. Aku pun sama"
"Dah-dah la tuh. Ha Syidah tak payah susah-susah pilih Ariff ni. Ambik ja si Nasrizal tu"ujarku.
"Apa pulak? Takmo...takmo"ujarnya sambil menggelengkan kepala.
"Tak nak aku dekat mat taugeh tu?"sambung Syidah.
Ok sebab apa si Nasrizal dipanggil mat taugeh. Ini disebabkan waktu darjah 3 kami kena buat tanaman hidroponik. Kami satu kelas tanam pokok bunga. And dia sorang ja yang tanam kacang hijau. Hahaha. Dan nama tu lekat sampai sekarang.
"Ya Rabbi. Hang ni kalau dia dengar satg, kecik hati dia"ujarku.
"Dia ada dekat sini ka? Hang jemput dia ka?"ujar Syidah gelabah.
"Ya lah. Dia kan sepupu aku"
"Bukan dia dengar pun. Mungkin jauh dia duduk"ujar Syidah mungkin menyedapkan hati sendiri.
"Ish hang ni.Dia kan dah alim sekarang. Tengok story ig, siap mengaji, berselawat. Sejuk ja mata memandang"ujarku.
"Sejuk yerr. Yang dekat sebelah tengah panas"ujar Ariff.
"Panas yerr. Nak cendol"usikku.Tadi nak sangat mengusik. Sekarang padan muka.
"Hmmm, boleh jugak. Sekali dengan Hani"ujar Hariz selamba sambil tersenyum. Aku tersentak.
"Cia! Cia! Cia!"sorak Ariff, Adam dan Danish sedikit kuat.
"Slow sikit suara tu abang"Siti menarik telinga Danish.
"Sorry yang"Danish menyeringai kesakitan.
"Fuh. Selamat beb aku takde bini"ujar Ariff.
************************************
"Ha Fira. Mama nak ucapkan selamat pengantin baru. Cepat-cepat bagi mama cucu tau. Hariz jaga anak mama ni elok-elok. Bagi pakai,minum keperluan dia cukup. Yang penting jangan sakitkan hati dia"pesan mama.
"Baik mama"ujar Hariz.
"Ni mama nak balik dah? Takmau duduk beberapa hari lagi?"
"Ish kamu ni. Takpa. Mama kena balik dulu. Kucing dekat rumah tak da sapa jaga.Memang bagi dekat jiran sat suruh jaga tapi takut susahkan dia pulak"ujar mama.
"Satu lagi takmau la susahkan kamu dengan ibu kamu"sambungnya.
"Ya Allah. Tak susah Aihh. Ibu kalau dengar ni kecik hati dia. Kami dah anggap mama ni macam keluarga dah"
"Hmmm. Baiklah. Tapi, apa-apa pun mama dengan papa kena balik dulu"ujar papa. Aku terus berpelukan dengan mama manakala Hariz memeluk papa.
"Assalamualaikum"ujar mama.
"Waalaikumsalam"aku dan Hariz berkata serentak.
"Hani"panggil Hariz apabila mama dan papa beransur pergi.
"Ya, ada apa?"soalku.
"Jom kita pergi photoshoot dekat taman. Tadi photographer tu dah inform. Depa dah tunggu dekat sana"
"Hmm ok"kami beriringan keluar dari dewan dan Hariz terus memandu ke taman yang berdekatan.
Setelah selesai, Hariz terus membawa aku ke rumahnya. Kami akan menginap selama 2 hari sebelum pergi berbulan madu. Yuhhuuuu!
"Umi, kami masuk bilik dulu. Nak tukar baju. Melekit satu badan dah"ujar Hariz.
"Hmmm. Naiklah. Satg kalau lapar, keluar makan. Umi ada tapau sikit lauk kenduri yang lebih tadi"
"Baik"aku terus mengikuti Hariz ke biliknya.
"Hani kalau nak mandi dulu, pergilah. Hubby dah sediakan kain tuala dekat dalam bilik air"
"Hmmm ok"aku terus berlalu ke bilik airnya. Macam mana aku tau bilik air dia. Sebab dah ada satu lagi pintu dalam bilik tu of course lah bilik air kan. Hehehe.
Nasib aku pakai baju yang tak ada zip dekat belakang. Kalau tidak macam novel yang lain. Suami yang tolong bukakan. Huishh tak boleh aku. Tak pepasal aku lari balik rumah ibu.
Setelah selesai mandi,
"Waduh-waduh. Biniku. Masih tutup kepala awak tu. Saya ni suami awak. Saya berhak tengok aurat awak"ujar Hariz
"Orang malulah"ujarku sambil menutup muka.
"Malu lagi,kalau macam tu...."ujar Hariz menangguhkan ayat. Aku mula berasa pelik.
Aku melihat Hariz menyeringai nakal. Dia terus turun dari katil dan berlari ke arahku lalu menarik kain tuala yang berada di kepalaku.
"Hariz!"aku separa menjerit. Takut orang dekat luar dengar.
"Aip. Lupa dah. Dia yang panggil kita hubby dulu. Tup-tup panggil nama pulak. Nope panggil hubby. H.U.B.B.Y"ujarnya. Sekarang baru rasa menyesal. Aku ulang balik menyesal.
"Hubby bagilah balik"aku terpaksa.
"Takmo ni hubby nak guna. lagi cantik rambut Hani. Kerinting.Bubye hubby masuk bilik air dulu"
"Hishhh dia ni"aku menghentak kaki. Aku terus berbaring di atas katil.
"Comel la bila dia marah. Eeeee geram"ujar Hariz. Yang ni pun tak leh bawak bincang. Gedik jugak.
Share this novel