SPECIAL CHAPTER RAYA (4)

Romance Completed 45931

"Assalamualaikum. Ada siapa dekat rumah tak?"soalku.

"Waalaikumussalam. Jap"

"Hello mama"aku tersenyum sambil melambaikan tangan ke arahnya.

"Ya Allah, Fira"ujarnya lalu memelukku.

"Mama sihat?"soalku apabila dia melepaskan pelukan.

"Alhamdulillah. Sihat. Ni Fira kamu datang sorang ja ka? Suami kamu, anak-anak kamu?"

"Depa tak dapat datang ma. Tu yang Fira datang sorang. Papa ada tak?"

"Ada ja dekat dalam tu. Dia tidur sat. Rehat. Baru lepas siram pokok dia"

"Ouh ok"

"Ish lupa pulak. Jom la masuk"mama menarik tanganku lalu masuk ke dalam rumahnya.

"Duduk la dulu. Mama nak kejut papa jap"aku duduk dia atas sofa.

"Eh tak payah la"aku menarik tangannya supaya duduk disebelahku.Belum sempat mama duduk tiba-tiba....

"Assalamualaikum"ujar sesorang sambil mengetuk pintu.

"Waalaikumussalam. Jap ehh Fira, mama pergi buka pintu dulu"usai berkata, mama terus pergi ke arah pintu.

"Eh, Hariz. Uishh ramainya"ujar mama terkejut melihat kami sekeluarga bertandang ke rumahnya.

"Apa khabar, Maznah?"soal ibu dan juga umi kepada mama.

"Alhamdulillah. Aku sihat ja. Ni hampa dua sihat tak?"

"Eh kami sihat. Sebabtu sekarang ni ada depan rumah hang"ujar ibu.

"Eh dah-dah jom masuk. Meh cepat cucu-cucu tokma masuk"

"Baik"ujar mereka serentak.

"Ouh ni Fira tipu mama la yer?"soal mama apabila mendapat tahu kebenaran bahawa kedatanganku bukanlah aku seorang tapi seluruh ahli keluargaku dan mertuaku.

"Heheheh. Ni salah Hariz. Dia yang rancang"

"Amboi, amboi baik sikit. Hani yang rancang kata nak suprise kan mama. Tup-tup sekarang ni nak salahkan kita pulak"

"Hubby ni, kenapa pulak salah Hani?"

"Sudah jangan gaduh dekat sini. Along pi tengok anak kamu dekat luar tu. Sebelum tu masing-masing mintak maaf"ujar umi.

"Hani mintak maaf. Memang Hani yang rancang pun nak kita buat surprise dekat mama"aku menundukkan kepala melihat lantai. Biasalah ibu mengandung kan cepat terasa.

"Baiklah hubby maafkan. Sepatutnya hubby kena la back-up isteri kesayangan hubby ni. Maafkan hubby jugak ok?"

"Ok"aku memandangnya.Kami masing-masing membalas pandangan sebelum

"Ha dah tak payah sweet-sweet sangat depan kami. Kami pun ada bini jugak"
ujar abah yang tadi hanya memerhatikan kami.

"Entah. Jeleous tahu. Jom sayang kita dating"ujar ayah.

"Eh abang ni. Esok nak raya boleh pulak ajak kita dating"

"Ouh ni jadilah nak ikut kalau abang ajak?"

"Boleh"ujar umi malu-malu.

"Eh, eh. Tadi tak bagi sangat kita sweet-sweet. Yang ni pulak dah terlebih. Gula dalam lori sampai melimpah. Tu menunjukkan tahap sweet dia dah melebihi paras bahaya"ujar Hariz membuatkan kami semua yang berada di ruang tamu itu ketawa.

************************************

Malam itu, aku hanya duduk di dalam bilik akibat terlalu banyak berjalan. Berat weyh bila bawak dua orang dalam perut ni. Hariz dan kesemua para suami ditugaskan untuk membakar lemang. Manakala untuk para isteri mereka ditugaskan untuk membuat rendang dan ketupat. Anak-anak pula mereka bermain bunga api dan diawasi oleh Mia.

"Hmmm, Fira boleh mama masuk"ujar mama diselangi dengan ketukan di pintu.

"Eh masuk jerlah mama"ujarku separa menjerit.

"Ok"dia membuka pintu bilik lalu berjalan ke arahku dan duduk di birai katil.

"Kenapa ya mama cari Fira?"

"Tak la. Saja-saja. Nak sembang"

"Ouh ok. Tapi kita nak sembang apa?"

"Sembang ja la apa-apa pun. Ha ni mama ada soalan"

"Apa dia?"

"Ni bila nak beranak? Besar sangat dah perut. Ni mesti tembam-tembam ni"ujar mama.

"Biasalah mama dah kembaq.bLagi sebulan beranaklah"

"Sebulan lagi. Tak lama dah tu. Jaga elok-elok kandungan tu"

"Baik mama"tiba-tiba kedengaran suara memanggilku.

"Hani"panggil Hariz.

"Yer. Kenapa?"

"Ni Hana nak tidur. Lagi satu ni hubby dah bancuhan susu dia"ujar Hariz lalu menyerahkan Hana dan botol susunya kepadaku.

"Ok. Hubby pergi la sambung bakar lemang"

"Ok"Hariz berlalu pergi.

Hana terus membaringkan badannya di sebelahku dan terus menghisap botol susu. Tidak lama kemudian dia mulai terlelap.

"Mama happy sangat-sangat bila tengok layanan Hariz dekat Fira. Mama happy sangat bila Allah makbulkan doa mama supaya jodohkan Fira dengan orang yang baik selepas kematian anak mama"ujar mama sebak.

"Eh mama. Tak mau sedih-sedih. Esok kan nak raya?"aku mengusap lembut tangannya.

"Hurmm baiklah"

Keesokan paginya,

"Hani!"jerit Hariz. Aku dan keluargaku yang berada diruang tamu agak terkejut mendengar jeritannya.

"Yer kenapa?"soalku apabila sudah tiba di bilik lalu membuka pintu. Aku dapat melihat Hariz sedang mencari sesuatu.

"Hani mana kancing baju hubby?"soalnya apabila terlihat ku.

"Lah yang tu ja sampai jerit-jerit"

"Ehhehehe"Hariz menggarukan kepalanya sambil tersengih.

"Hubby pergi ambil dalam beg hani ada bekas biru"ujarku lalu bergerak ke katil dan duduk di birainya.

"Nah Hani tolong pakaikan"ujarnya selepas mengambil kotak biru di dalam beg lalu melutut di hadapanku menyamai paras kepalaku sewaktu duduk.

"Mengada ehh. Mai depan sikit"

"Saja nak manja-manja dengan isteri"

"Nak manja-manja konon. Tiap-tiap pagi Hani pakaikan hubby tie sebelum ke sekolah"

"Setiap hari tie. Harini ja yang pakai kancing. Lain sikit"

"Ader jer modal dia"

"Bonda mana baju Hadi?"soal Hadi setelah selesai mandi.

"Rasanya dekat bilik maksu. Tadi bonda ada la mintak dia tolong ironkan. Cer try tanya maksu"ujarku sambil memasang kancing di baju Hariz

"Baik bonda"Hadi terus melangkah keluar dari bilik.

"Ok dah siap"aku menepuk lembut dada Hariz setelah siap memasang kancing.

"Thanks sayang"ujar Hariz lalu mencium pipiku.

"Sama-sama"

"Ok la hubby pergi sembahyang raya dulu"aku terus menyalam tangannya.

"Baik"

************************************

Keesokan harinya, aku, Hariz dan anak-anak kami pergi ke suatu tempat.

"Hana jom ikut bonda"

"Gi ana da? (Pergi mana bonda?)"

"Kita nak lawat uncle"

"Uncle? Siapa tu?"soal Hadi.Hariz hanya diam.

"Nama dia uncle Amirul.Kawan bonda. Anak tokma"

"Anak tokma?"soal Haura.

"Ya. Dah jom. Ok, ni tempat dia"

"Da,ni apa? (Bonda ni apa?)"

"Ni kubur sayang"ujarku.

Ok. Aku tak pernah bawak anak-anak aku pergi sini sebab aku sendiri pun tak boleh pergi lepas kejadian tu. Aku jadi cepat sebak bila tengok kubur dia. Harini aku datang, mungkin sebab hati aku dah kuat. Atau mungkin tak?

"Ubur? (Kubur?)"dia menggetuk dagunya tanda memikir.

"Takpa lah nanti balik bonda cerita ok?"

"Okey"jawab Hana teruja.Aku tersenyum kecil.

"Jom kita doa bagi uncle duduk dalam syurga"

"Urga. Wow. Ang alid ita tu (Syurga.Wow.Yang walid cerita tu)"

"Yer sayang"ujar Hariz.

"Terima kasih Amirul pernah muncul dalam hidup saya. Alhamdullilah saya bahagia sangat sekarang. Lagi satu, awak dah nak ada anak menakan  baru. Kembar. Bulan depan saya bersalin"aku terhenti seketika.Air mataku mula mengalir.

"Da. Angan angis. Anti Ana angis canna? (Bonda. Jangan nangis. Nanti Hana nangis canna?)"Hana menyapu air mataku menggunakan tangan kecilnya.

"Terima kasih sayang"aku tersenyum.

"Jom Hani kita balik. Hari dah mula panas"ujar Hariz.

"Baiklah. Amirul saya balik dulu yer. Kalau ada masa saya datang lagi lawat awak. Saya harap awak tenang dekat sana. Assalamualaikum"

Kami sekeluarga mula meninggalkan kawasan perkuburan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience