"Weyh, Hariz! Ustaz Adam suruh hang baca doa dekat perhimpunan sekejap lagi"ujar Syidah kepada Hariz yang berada tidak jauh darinya. Lelaki itu sedang sibuk menyusun kerusi di atas pentas.
"Ouh ha okay. Sekejap lagi, aku pergi jumpak ustaz"balas Hariz sambil menganggukkan kepalanya.
Okay. Memperkenalkan watak utama dalam hidup aku. Nama diberi Hariz Hakim bin Hilman. Seorang ketua pengawas yang berkulit agak bersawo matang, hidung sedikit mancung dan ceria orangnya juga peramah dan pandai.
Dan yang paling utama menjadi pujaan ramai. Termasuk aku yang menjadi penggemar rahsia.
"Hariz!"jeritku dalam hati. Nak jerit kuat-kuat takut orang tengok. Malu.
"Banyak sungguh la kita sembang pagi-pagi ni. Cikgu nak jumpa, boleh buat lambat-lambat pulak"ujar Hajar.
"Sekejap lah. Jangan kalut-kalut. Cikgu tak pergi mana pun"ujar ku. Pagi masih muda. Entah-entah cikgu pun belum datang.
"Ha, yerlah. Telinga kita pun tak lari mana. Kena bebel itu okay ja"
"Ya. Kami jalan cepat ni. Hang duk tunggu apa lagi, Hajar?"soal Syidah. Kami hanya ketawa melihat wajah Hajar yang agak sedikit tidak puas hati. Kemudiannya kami mula bergerak laju meninggalkan perkarangan dataran tersebut
Selesai perhimpunan, semua murid mulai bergegas pulang ke kelas untuk memulakan sesi pembelajaran.
"Selepas rehat, diminta semua pelajar darjah 6 untuk berkumpul di perpustakaan"pinta Cikgu Ramlah,guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Melur melalui pembesar suara.
"Susah betul weyh masuk darjah 6, sikit-sikit cikgu nak jumpak. Kita ni baru nak semangat belajar"keluhku.
"Tak syabaq dowhhh nak masuk perpustakaan...sejuk"ujar rakan sekelasku Danish dalam keadaan teruja.
"Ek leh macam la tak pernah duduk dalam bilik ada aircond. Selalu sangat lepak pejabat sampai kena halau"kata Hariz lalu duduk di sebelah Danish.
"Hang tak apa la kat rumah hang ada aircond. Aku nih pakai kipas ja tau sekali sekala nak jugak la merasa"ujarnya dalam suara yang dibuat-buat sedih. Inginkan simpati dari Hariz.
"Bersyukur dengan apa yang ada, wahai umat manusia!"ucap Siti. Secara tiba-tiba saja dia datang menyampuk.
"Suka hati kita lah, sibuk ja. Pi lah sana kami ni sembang laki-laki tiba ja mai menyampuk"halau Danish. Siti menjeling Danish dengan perasaan yang tidak puas hati.
"Sudah-sudahlah la tuh. Cikgu dalam perjalanan. Nampak tak? Kalau tak nampak pergi la buat cermin mata macam Adib. Jom Adib kita ke tempat masing-masing"Alif berlalu pergi ke mejanya sambil berjalan catwalk. Eeee nyahh. Dah la tiba-tiba menyampuk lepastu pergi macam tu ja. Melihat tahu lama-lama aku tengok dia.
"Alah-alah dia ingat kita ni rabun jauh. Bagitau jerlah cikgu dah nak masuk kelas"ujar Siti lalu ke mejanya.
"Kenapa Siti tu? Marah-marah ja?"soal Danish kepadaku.
"Entah. Dah la. Pergi duduk tempat kau balik"ujarku. Aku kemudiannya menyibukkan diri mengeluarkan buku dari beg.
"Masalah betul. Yang semua nak emosi bagai ni kenapa? Nampaknya harini aku kena banyak bersabar"ujar Danish perlahan. Hariz menepuk bahunya perlahan menandakan guru sudah melangkah masuk.
Share this novel