Bab 14

Romance Completed 45931

"Awak, saya nak tanya,.macam mana awak boleh tahu tempat tadi?"soalku.

"Saya dulu pernah pindah dekat kawasan ni. Saya duduk sini dekat 6 tahun jugak dari saya darjah 5 sebab papa dinaikkan pangkat"bakal pak mentua aku ni kerja polis. Tapi dah pencen. Tam garang eh lawak ja. Bakal suami aku ni pun kerja polis jugak ikut jejak papa katanya.

"Sekarang ni rumah dekat Perak tu selepas habis papa pencen. Tapi tu jugak rumah pusaka arwah nenek dengan tokwan"terangnya.

"Ouh ok faham-faham"dan sekarang keretanya mula membelok ke arah Petronas.

"Jom kita pi solat Zuhur. Ambik air sembahyang ja dulu tau. Sekarang ni tinggal beberapa minit ja lagi nak masuk azan. Lepastu solat ok"beritahu Amirul. Ya Allah baguihnya ingat solat.

"Baik awak"kami berdua pun keluar dari kereta dan menuju ke surau.

Setelah selesai,

"Jom awak. Awak nak makan apa sekarang. Nasi kandaq, pasemboq, cendol, ais kepal, mie goreng sotong, lagi..."amboi senarai dia.

"Stop. Saya bukan perut tong sangat. Tapi boleh sangat kalau kita nak makan semua tu..Bungkus pun tak pa"gatai lagi pi sebut. Kan udah teringin.

"Untuk awak semua okay. Jom"boleh pulak dia ni ambik serius. Syerem.

"Eh,awak saya main-main ja la. Makan dua tiga menu sudah la. Banyak sangat"

"Tau takut. Hahahaha"

"Boleh pulak dia gelak"ujarku. Amboi-amboi bila ditegur lagi kuat dia gelak.

"Letih"ujarnya. Gelak lagi tak ingat dunia. Sekarang baru nak rasa letih.

"Saya tak suruh pun awak gelak"kami memulai perjalanan ke restoran. Aku mula terlelap. Letih betul aku. Kemarin pulun sangat siapkan order. Last-last cover dalam kereta. Orang mai sini nak jalan-jalan. Aku tidoq.

************************************

"Mengah. Awak la ni salah"ujarku.

"Aik salah kita pulak. Kenapa?"soalnya.

"Ya la. Sapa suruh awak ambik banyak sangat. Last-last terpaksa jugak makan semua tu sampai habis sebab tak mau membazir"

"Saya pun mengah jugak.Ingat awak sorang ja. Saya makan jugak kan dengan awak. Hmm!"rajuknya sambil disilangkan tangan ke dada.

"Pandai dah eh sekarang nak merajuk-merajuk bagai"

"Ya la. Nanti dah tak dak sapa lagi nak awak pujuk"lain macam sangat aihh ayat dia nih.

"Awak ni kenapa? Ish, pelik la awak saya tengok. Awak buat saya risau tau. Tak baik cakap macam tu"

"Saya cakap macam tu mungkin sebab nanti kalau saya ada misi, saya mungkin jarang jumpa awak macam ni dah"terangnya.

"Hmm yalah"sedapkan hati sendiri. Tak mau panjang-panjangkan cerita.

"Eh jomlah kita pi balik tempat tadi"ujarnya.

"Yalah jom"berubah terus mood aku. Jadi happy maa. Teruja weyh sebab tak pernah pergi tempat tu lagi. Cuma satu tempat ja aku pernah pergi dalam Pulau Pinang, iaitu hospital.

"Cantiknya awak kat sini"ujarku. Akhirnya, kami sudah tiba di Pantai Kerachut semula.

"Lagi cantik awak"pickupline nampak.

"Klishe"ujarku.

"Ya la. Saya ni kan mamat beku, hati beku semua beku"ujarnya. Sentap lagi ka abe?

"Lah awak ni merajuk lagi. Maafkan saya okey"aku mengerlipkan mata ku beberapa kali ke arahnya.

"Ish awak ni. Tak jadi la nak merajuk. Comel sangat. Nasib tak leh pegang. Kalau tidak pipi awak jadi habuan"ujarnya sebelum ketawa.

"Amboi-amboi, sempat ehh. Tunggu ja la awak lagi 3 bulan. Tak lama dah aihh"

"Rasa tak sampai tiga bulan kalau macam ni. Bagi sebulan ja tinggal. Tak syabaq nih. Kena call mama papa nih bagi cepat wedding kita"dia berura-ura mahu mengambil telefon di dalam poket.

"Menyempat eehh. Hahahahah"akibat perbuatannya sebentar tadi membuatkan aku ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience