SPECIAL CHAPTER RAYA (2)

Romance Completed 45931

"Da! Da! (Bonda! Bonda!)"Hana memanggilku.

"Yer, Hana nak apa?"soalku.

"Nanak cucu (Nak susu)"ujar Hana pelat.

"Bonda mana ada cucu. Abang Hadi pun tak kahwin lagi"usikku.

"Da nak cucu (Bonda nak susu)"dia menghentakkan kaki lalu menangis. Aku terus mendukungnya.

"Ok, ok. Bonda mintak maaf"ujarku sambil mengesat airmatanya.

"Anji. Angan uat agi (Janji jangan buat lagi)"ujarnya sambil menyuakan jari kelingkingnya.

"Janji"aku menyatukan jari kelingkingnya denganku.

"Hani, kenapa hubby dengar bunyi nangis tadi?"soal Hariz sambil berjalan ke arahku dan Hana yang berada di dapur.

"Tak dak apa-apa pun. Ni Hana nak susu ja"ujarku lalu bergerak ke rak pinggan mengambil botol susu Hana.

"Nak susu yer sayang?"soal Hariz kepada Hana. Lalu mengambil Hana dariku dan mengendongnya. Hana terus meletakkan kepalanya di bahu Hariz.

"Hmmm. Ana nak cucu (Hana nak susu)"ujar Hana sambil menghisap ibu jarinya.

"Takpa lah. Hani pergi duduk.Biar hubby ja yang buat"ujar Hariz lalu mengambil botol susu yang berada di tanganku.

"Takpa la. Biar Hani ja la yang buat"aku merampas botol susu yang berada di tangannya.

"Ish. Biar hubby ja buat. Dengar cakap orang boleh? Pergi duduk sana diam-diam dekat ruang tamu"arah Hariz lalu mengambil semula botol susu dariku. Aku terus bergerak ke ruang tamu sambil memuncungkan mulutku.

"Alid. Da arah ke? (Bonda marah ke?)"soal Hana.

"Taklah. Bonda tak marah pun. Cuma merajuk. Nanti bonda ok la tu"ujar Hariz lalu mula membancuh susu untuk Hana.

"Ok. Epatlah alid. Ana nak cucu (Cepatlah walid.Hana nak susu)"

"Yer anakku. Sabar"Hariz hanya mampu tergelak kecil melihat ketidaksabaran anaknya yang ini.

************************************

"Hani"seru Hariz lalu duduk di belakangku.

"Hmmm"mataku masih memandang telefon.

"Hani tak baik macam tu. Membelakangi suami. Taukan dapat apa?"

"Dosa"ujarku lalu memusingkan badanku ke arahnya. Pergerakanku sedikit lambat akibat perutku yang agak memboyot.

"Pandai pun. Ni masih marah dekat hubby ka?"

"Hurmmm"

"Sebab apa?"ujar Hariz mahu mengujiku.

"Dah tau kita marah sebab apa. Boleh tanya pulak"aku menjeling ke arahnya.

"Bagitahulah sebab apa?"

"Hubby tu la. Orang nak buat kerja tu tak boleh. Kerja ni tak boleh. Bosan tahu"

"Ehhh takkan tak terbiasa lagi dengan sikap protective hubby ni? Dari sebelum ada Hadi sampai sekarang"

"Terbiasa tu yerlah. Cuma..."

"Cuma apa?"

"Cuma orang bosan. Takkan nak duduk jer?"

"Hubby buat macam ni nak bagi Hani duduk rest. Sebab hubby tahu susah nak bawak anak dalam perut tu. Penat. Tambah lagi tahun ni kita dapat anak kembar. Lagilah hubby risau. Takut apa-apa jadi dekat Hani. Dah la selalu sangat kaki tu bengkak. Tu pun nak buat kerja lagi"bebel Hariz.

"Terima kasih sebab risaukan Hani. Tapi orang bosan"ujarku lalu mengeluh.

"Ok macam ni. Hubby bagi Hani buat kerja. Tapi waktu masak jer. Boleh?"

"Ala. Benda lain tak boleh ka?"

"Tak boleh sayang. Sayang masak jer"halah, dia ni pujuk sikit sebut sayang. Ni yang tak boleh ni. Hati ni cepat cair jer. Hihihi.

"Hmmm. Boleh la"

"Good girl"ujarnya sambil mengusap perutku.

************************************

"Bonda! Bonda! Bila buka puasa?"jerit Haura di hadapan pintu bilikku dan Hariz.

"Haish. Terkejut bonda"ujarku sambil mengusap dada akibat terkejut.

"Bila nak buka puasa?"alahai kesian anak aku. Dia mula bergerak ke arahku yang sekarang sedang duduk di atas katil. Lalu merebahkan kepalanya di pahaku.

"Lama lagi sayang. Sekarang baru pukul 2. Kita buka pukul 7"ujarku sambil mengusap rambutnya.

"Ala. Bonda. Nak buka puasa boleh?"ujarnya sambil melihatku.

"Yang itu, bonda tak tahu. Kena tanya walid"

"Bonda la. Bonda tolong tanya walid. Boleh ehh?"pinta Haura..Dia terus mengangkat kepalanya dari pahaku lalu menyatukan kedua tapak tangannya dan memohon kepadaku.

"Hmmm. Jap"

"Hubby!"jeritku. Aku dapat mendengar derapan tapak kaki seseorang seperti sedang berlari ke arah bilikku dan Hariz.

"Yer Hani. Kenapa? Sakit ehh?"terjah Hariz lalu memegang perutku.

"Sabar-sabar. Orang tak sakit pun"aku hanya tersenyum melihat telatahnya.

"Ish Hani ni. Hubby takut tau"ujarnya lalu menyilangkan tangan di dadanya.

"Hehehehe"

"Ha ada apa panggil-panggil tadi?"

"Ni anak hubby nak buka puasa"ujarku sambil menunjukkan ke arah Haura.

"Ha apa dia? Haura nak buka puasa?"

"Hurmm. Boleh la walid? Boleh ehh?Haura lapar"ujarnya sambil mengusap perut.

"La, lagi seminggu kita nak habis puasa. Takkan Haura nak buka sekarang. Tak sayang ker?"

"Hmm. Orang nak buka"Haura mula menangis.

"Haura, mai sat dekat walid"Hariz terus memeluk Haura apabila Haura mendekatinya.

"Ni kalau Haura puasa penuh sampai minggu depan, walid bagi duit raya lebih. Lepastu beli mainan. Ok tak?"

"Hm ok"ujar Haura lemah.

"Janji tau. Puasa sampai habis"

"Janji"

"Ni tak jadi bukak puasa la?"soalku yang tadinya memerhati.

"Tak jadi"ujar mereka serentak.

"Ok la kalau macam tu bonda pergi makan dulu"aku puasa cuma kekadang tu bukak juga la. Doktor pun tak galakkan sangat aku berpuasa ni. Sebab kembar kan. Tambah lagi nak dekat due date. Tapi harini aku puasa. Saja mengusik.

"Bonda!"jerit Haura.

"Hani!"jerit Hariz.

"Sorry-sorry. Main-main ja"

"Nakal ehh"Hariz mencuit hidungku.

"Hehehehe"aku tersengih seperti kerang busuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience