Harini dimana aku sudah berumur 13 tahun. Birthday aku lambat lagi cuma tahun ni kan dah masuk tahun baru so untuk aku dah 13 tahun la yer.
"Ha anak ibu dah siap? Abah dah tunggu dekat kereta"ujar ibuku. Kalini aku ke sekolah menengah seorang diri sebab kak long aku kan dah habis SPM. And sekarang dia masih tidur enak di dalam bilik. Anak yang gak ada akhlak.
"Dah ibu. Sat-sat"aku membetulkan tudung. Beritahu aku perempuan mana yang tak pernah kesah dengan awning tudung dia. Kalau tak jadi mau rosak mood.
"Ibu ngah pi dulu ok. Bye. Cepat la woiii dah lambat ni. Duk terkial-kial"boleh pulak adik-adik aku ni buat slow motion. Hempuk kang.
"Sabar la hang ni pon"
"Tak masalah sekarang, mandi pun lambat, pakai baju lambat, sikat rambut lambat, pakai tudung lambat. Semua lambat"bebelku. Ha mula la ni cik Sya nak mengungkit.
"Masalah hang bukan masalah aku"ujar Aisyah.
"Ha menjawab eh chik. Aku lepuk gak hang nanti"
"Sudah, pagi-pagi dah nak bergaduh. Dah siap dah chik, uda, ngah?"ha ni la abah kiter. Baru nak ada dialog eh abah. Hahahah.
"Dah bah. Ngah dah siap tapi uda dengan chik tak siap lagi"
"Orang dah siap la suka hati ja tuduh"ujar chik. Yang uda senyap ja. Dia memang jarang cakap pagi-pagi buta ni. Dekat sekolah pun dia buat hal sendiri.
"Dah, tak payah gaduh. Cepat masuk kereta"ujar abahku.
Aku dan adik-adikku dengan pantas melangkah masuk ke dalam kereta. Dan kami semua mula bertolak ke sekolah.
************************************
"Hallo, kawan-kawan"sapaku.
"Hallo, Sya. Tak syabaq la nak jumpa kawan-kawan baru"ujar Aisya.
"Kan..."ujarku.
Aku, Syidah, Aisya dan Hajar bersekolah sekali di Sekolah Menegah Kebangsaan Taman Melur. Okay hampa pernah ingat tak aku pernah cerita pasal umi Hariz. So sekarang, sekolah ni la yang umi Hariz mengajar.
Selepas itu, bermulalah orientasi untuk pelajar tingkatan 1 selama 5 hari. Dan sekarang sudah masuk bulan Mac. Rasa sekejap ja masuk, tiba-tiba dah bulan Mac. Aku dah dapat kawan baru. Boleh tahan ramai jugak.
Hari ini hari Rabu. Macam biasa hari kokurikulum. Tapi kalini pihak sekolah buat pada awal pagi. Pada pagi itu kami perlu membuat senamrobik. Tiba-tiba
"Weyh! Tu bukan Hariz ka?"Syidah menunjukkan kepadaku seorang lelaki yang sedang duduk di meja batu yang berada di dataran sekolah.
"Ha ahh la. Sya tu crush hang"ujar Ain sedikit kuat.
"Slow la sikit"aku berbisik ke arahnya sambil menutup mulutnya. Orang dah pandang pelik weyh. Mesti depa pikiaq budak-budak ni kenapa. Duduk buat rancak padahal baru form 1.
"Heheehe"dia tersenyum malu sambil menggarukan kepalanya.
Ok waktu ni depa dah tau kata si Hariz tu crush aku. Rahsia pecah akibat aku rasa depa tak bahan la aku kata aku suka dekat si Hariz. Tapi last-last hampehh. Tiap hari lalu nampak umi Hariz mesti kata 'Sya tu bakal mak mertua hang'. Nasib anak orang, kalau tidak dah lama tak hidup.
Flashback
"Hampa ada crush tak?"soal rakan baruku bernama Syamira. Saja la nak kenal-kebal jadi sembang la sementara cikgu tak masuk lagi. Aku menganggukkan kepala.
"Siapa?"tanyanya teruja. Yang teruja bukan main ni kenapa bukan dia kenal pun. Aduhai. Waktu itu juga ada Amirah, Aqilah, Syidah dan Aisya.
"Hariz"ujarku sedikit perlahan.
"Siot arghhh"jerit Syidah tiba-tiba.
"Jap, siapa Hariz tu?"soal Amirah.Dia pun budak baru. Mana nak tau.
"Oh lupak pulak hampa budak baru"ujar Syidah.
"Dia nih.."terang Aisya tentang Hariz kepada Amirah, Aqilah dan Syamira.
"Tapi kan kami dah tau dah, kata Sya suka dekat Hariz sebab kalau Hariz datang meja kami sebab nak sembang dengan Adam mesti lepastu Sya datang meja kami jugak. Satu lagi suka bagi alasan kata nak beli minyak angin kat kami"sambung Aisya.
Ayo, yo. Macam mana dia boleh perasan. Yang aku pulak buat kerja tak pernah nak clean.
"Sudah, tak payah cerita dah. Malu oii"ujarku.Tak lama selepas itu guru masuk ke dalam kelas dan kami memulakan sesi pembelajaran seperti biasa.
Share this novel