Bab 21

Romance Completed 45931

"Hariz sekarang tak buat apa-apa kan?"

"Ya la dah cuti sekolah, umi oii"ujar Hariz.

"Umi saja ja la tanya? Ni umi nak mintak tolong bawak umi ambik kek dekat kedai anak kawan umi boleh?"pinta umi.

"Boleh aja. Dekat mana umi dan bila?"

"Nanti umi tunjuk kedai dia dekat mana. Petang sat lagi kita pi"

"Ok, orang nak pi solat Zohor dulu"

"Ya, baik"

"Hariz cepat lah anak oii. Buat apa la lama ii dalam bilik"jerit umi.

"Sabar la umi orang terlajak tidur tadi lepas zohor"

"Ya Allah, orang dah pesan jangan tidur, orang nak pi ambik kek. Dah pesan dah"

"Bila la umi kata tak yah tiduq? Haish susah nak faham orang perempuan nih. Lantak pi lah"bebel Hariz sendirian.

"Buat apa lagi tuh?"

"Sabar umi, sabar"Hariz bergegas lari keluar dari bilik.

"Umi tengok biasa ja tapi bersiap bukan main lama kalah umi"

"Dah la umi bebel. Kata nak cepat. Nantu tutup kedai tu tak dapat la umi merasa kek"

"Ya lah jom"

************************************

"Ngah, ada berapa order lagi yang tak ambik"tanya ibuku.

"Tinggal lagi satu ibu. Cikgu Azura punya"

"Ok-ok kita tunggu la ya"

Tak lama selepas itu, bunyi loceng di pintu. Tandanya ada orang bertandang ke bakeriku.

"Assalamualaikum"ucap Cikgu Azura kepada ibuku yang berada di ruangan cashier. Aku pula berada di dapur mengemas barang dan peralatan membuat kek sebelum balik. Setelah selesai mencuci, aku keluar dari ruang dapur dan menyangkut apron di penyangkut.

"Ibu jom kita balik,nak dekat malam dah ni"ujarku tanpa aku sedari ada mata yang memandang.

"Ngah, mai la sini kejap, Cikgu Azura nak jumpa kamu"ujar ibuku.

"Ya Allah ingatkan dah balik"ujarku di dalam hati.

"Jap ibu, orang nak..."aku terkedu. Orang yang berada di hadapan ibuku adalah Hariz. Oh my!!!Kelmarin jumpa, harini jumpa. Adakah ini takdir? Ececeh.

"Mari lah ngah, termenung apa pulak?Cikgu Azura ni nak balik dah? Kita pun nak balik la kan. Cepatlah"desak ibu.

"Yer, sabar"aku bergegas ke arah ibuku, Cikgu Azura dan Hariz. Terpaksalah kita duduk sebelah Hariz sebab ibuku dan Cikgu Azura duduk sebelah menyebelah.

"Ada apa ya cikgu nak jumpa dengan saya?"soalku yang mungkin luaran nampak tenang. Tapi di dalam hati ya ampun. Dan sambil itu aku memerhatikan Hariz yang dalam keadaan gelisah. Ha ni kenapa pulak?

"Cikgu nak kamu jadi menantu cikgu boleh? Jadi isteri kepada Hariz"

"Apa?!"ujarku sedikit terkejut. Kemudian, aku cuba menganalisis riak wajah Hariz. Nampak juga dia sedikit terkejut akan berita yang disampaikan oleh uminya.

"Senangnya lahai umi aku ni. Aku suruh dia tanya benda lain. Last-last suruh aku kahwin terus. Umi...Umi"ujar Hariz dalam hati.

"Ha terima tak Sya?"soal ibu.

"Boleh tak saya fikirkan dahulu? Lagi satu, kalau saya terima, saya akan beritahu cikgu dan cikgu boleh masuk meminang. Kalau saya tolak bermakna tiada sesiapa boleh membantah"ujar ku. Kalau boleh aku tak nak beri harapan....takut kecewa dikemudian hari.

"Boleh, Sya. Kalau macam tu cikgu mintak diri dulu. Kalau dah buat keputusan boleh call cikgu. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience