Bab 17

Romance Completed 45931

Dua bulan berlalu,

"Ibuuu!!! Orang nak pi ambik Hajar dekat airport"jeritku sekarang ini berada di hadapan pintu rumah akibat sudah terlambat. Marah mak cik tu sat lagi kat aku.

"Ok!"jerit ibuku kembali. Ibuku sekarang berada di dapur. Kemudian, aku berlari masuk ke dalam kereta dan bergegas ke lapangan terbang.

Apabila aku tiba, aku membuka Whatsapp jika ada mesej dari Hajar. Dia memberitahuku bahawa dia akan sampai lambat sikit. Akupun mencari tempat duduk. Tiba-tiba ada seorang lelaki berbaju formal di sebelahku. Aikk macam kenal, tapi lantaklah.

"Uitt, uitt"alah-alah siapa pulak cuit bahu aku ni.

"Woii Sya!"ouh Hajar rupanya.

"Assalamualaikum Hajar"

"Waalaikumsalam"

"Amboi aihh pi Korea lupa dah bagi salam"perliku.

"Ishhh hang ni, sorrylah"

"Hmmm ok. Boleh kalau nak aku maafkan hang. Belanja aku makan sebab hang datang lewat dari yang ditetapkan"

"Ya lah"tiba-tiba Hajar melihat ke arah lelaki yang berada di sebelahku sebentar tadi.

"Eh tu macam Hariz. Sat nah"aku terdiam.

"Hariz Hakim"ucapku di dalam hati.

"Assalamualaikum"ucap Hajar kepada lelaki yang berada disebelahku.

"Waalaikumsalam. Eh siapa ya?"soal Hariz.

"Ni la Hajar yang sama sekolah rendah dulu. Yang tu pulak Hani Syafira. Ingat aku dengan Sya tak?"Hajar menunjukkan ke arahku.

"Jap...Ouh ya. Ingatlah kenapa tak ingat pulak cuma rupa ampa dah lain sikit"

"Ya ka?"

"Ya lah. Ni hang macam baru balik dari luar negara? Negara apa?"depa ni lupa dekat aku dah ka? Aku ni besar gajah depa buat tak tau. Tercongok serupa tugu negara dah.

"Aku baru balik dari Korea. Bercuti. Ni pun aku mintak tolong Sya ambikkan"

"Hang pulak buat apa dekat sini?Ambik sapa?"sambung Hajar.

"Ambik adik aku. Dia baru cuti. Ni yang baru dapat balik dari Ireland"

"Yang mana satu? Ka dua-dua adik hang?"

"Haziq. Hafiz dia belajaq dekat sini ja"

"Takpa la janji belajar. Tak goyang kaki duduk rumah"

"Betul. Ni hampa.."

"Kami balik dulu ya"potongku. Aku dah la tak bersedia nak berdepan dengan dia lagi. Ni yang Hajar boleh duk bersembang pulak. Hempuk kang.

"Assalamualaikum"sambungku. Aku terus tarik Hajar dan berlalu pergi.

"Waalaikumsalam"

************************************

"Uitt, along hang sembang dengan sapa tadi?"cuit Haziq.

"Allah. Haish hang nih terkejut Along. Lama dah ka berdiri dekat sini?"soal Hariz.

"Tak aihh. Baru ja sampai. Hang tak mengajaq ka harini?"

"Mengajaq la. Ingat nak sampai sini dekat. Nak tunggu hang punya lama. Dah la aku ada kelas. Terpaksa la ambik cuti awal harini"bebel Hariz.

"Dah jom la balik. Rindu masakan umi ni. Cepat la"

"Sabar la. Tak menyempat betul"mereka pun menuju ke kereta dan pulang.

Di rumah Hariz,

"Tadi kan Hani Syafira, budak kelas aku dulu.Ingatkan dah pindah. Nombor pun dah tukaq. Lost contact. Tapi kan dia makin comel. Walaupun badan still same. Muka tetap cantik"amboi-amboi puji melambung nampak.

"Kenapa aku tiba-tiba cakap pasal dia pulak?"

"Pikiaq pasal benda lain. Shuuhh jauh-jauh"

"Along, hang sihat tak. Tergeleng-geleng. Cakap sorang-sorang. Kalau Along stress boleh cerita dekat Hafiz"ujar Hafiz, adik bongsu Hariz. Risau takut along dia gila sebab banyak pendam perasaan.

"Along sihat ja la. Cuma along ada sedikit masalah"ujar Hariz. Dia boleh sembang dengan Hafiz sebab dia boleh simpan rahsia bukan macam Haziq. Kaki kepoh.

"Apa dia? Cerita dekat Hafiz tengok"

"Macam ni hang ingat tak Sya?"soal Hariz.

"Ingat. Yang along suka dekat dia tuh kan?"

"Ha. Tadi along jumpa dia dekat airport masa ambil Haziq. Hati along ni macam berbelah bagi la"

"Berbelah-bagi macam mana tuh?"

"Along tak pasti dengan diri along. Along suka dekat lagi dekat dia atau tidak"terang Hariz.

"Pening betul la along ni. Ok, macam ni. Hati Along rasa macam mana bila jumpak dia?"

"Bedebor"

"Ishhh geli pulok duk berdebor-debor bagai. Tapi disebabkan along, Hafiz akan tolong"

"Ok, secara ringkasnya. Pada pendapat Hafiz la kan, along still suka dekat dia"

"Yer, yer ja la. Hang tu pernah bercinta ka?"

"Along tu apa tau, Google kan ada"

"Ya la. Nanti kalau along ada kemusykilan, along mintak pendapat hang. Dah orang nak masuk dulu"

"Hmm, masuklah"

macam mana perasaan awak semua selama membaca cerita saya.saya harap awak semua menyukai cerita ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience