BAB 11

Romance Series 12050

Aku kerutkan dahi bila hanya operator saja yang menjawab panggilan papa. Tak mungkin aku salah tengok, kan? Yang masuk ke bangunan King Holding tadi memang papa, kan?

Aku letak tangan diatas stereng kereta. Jari naik mengetuk perlahan stereng tersebut. Cuba menunggu jika berkemungkinan papa akan keluar namun setengah jam berlalu masih tiada kelibat papa.

Dahiku berkerut seribu. Mungkinkah aku yang salah tengok?

Aku kerling jam di tangan yang menunjukkan pukul 4 petang. Perut pun dah mula berkeroncong minta makanan sekarang ni.

"Ah, mungkin aku yang salah nampak. Tak mungkin papa kenal dengan Elvis." Aku sandarkan tubuh ke kerusi kereta buat seketika. Mata masih naik merenung pintu utama di hadapanku ni.

"Baliklah." Putusku. Mungkin memang bukan papa. Mungkin hanya pelanduk dua serupa saja.

Kereta aku keluar dari perkarangan kawasan mewah tu menuju ke restoran berdekatan. Kalau aku balik rumah mama pun aku kena hadap muka-muka Tenuk yang tak tahu malu tu jadi lebih baik aku terus ke kedai. Kenyang perut, hati pun senang.

Saat kereta aku ingin masuk ke parkir, mataku menangkap satu susuk tubuh yang aku cukup kenal. Terus menajam mataku memandang ke arah lelaki itu.

Seorang lelaki yang berbaju serba hitam mendekati seorang perempuan cantik yang sedang tersenyum girang. Masing-masing menunjukkan riak bahagia. Menyampah pula aku melihatnya tapi sekarang ni dari menyampah, aku rasa sakit hati.

Sakit hati sebab lelaki tu merupakan jantan tak guna yang mama aku cintakan sangat tu dan perempuan tu mungkin kekasihnya. Tak akanlah adik kot? Setahu aku, hanya Aida saja adik si Ikram sengal ni dan mana ada adik beradik bermesra macam pasangan kekasih depan restoran macam tu?

Tak tunggu lama, aku keluar dari kereta mendekati mereka. Mamat ni memang nak kena dengan aku!

"Eh, Dina—" Ikram yang sedar akan kehadiran aku terus berdiri. Wajahnya jelas berubah bila melihatku.

"Hm, siapa ni?" Tanyaku tenang. Masih cuba menenangkan diri. Perempuan cantik disebelahnya tu aku kerling. Agaknya perempuan ni tahu ke tak perangai sebenar Biawak hidup ni?

"Ni—"

"Girlfriend dia. You siapa?" Gadis itu turut berdiri memandangku dari atas sampai bawah. Apa? Kau ingat aku nak ke teman lelaki kau ni?

"Teman lelaki?" Aku pandang sinis pada Ikram. Darah mula terasa mendidih dalam diri.

"Dina, aku boleh terangkan-" tak sempat Ikram ingin menghabiskan ayatnya, aku terus memotong.

"Kau diam. Cik, you tahu tak yang jantan tak guna ni dah kahwin dengan mama I?"

"What? Apa yang you mengarut ni?" Berkerut seribu dahi gadis itu. Matanya memandang kami silih berganti.

"Dina!" Ikram cuba tarik aku supaya menjauh. Mungkin dia tak nak aku ceritakan hal yang sebenarnya pada gadis itu.

"Jangan pegang akulah! Kau ni memang jantan tak sedar diri kan?! Kau kahwin dengan mama aku sebab harta hanya untuk kau perdayakan perempuan ni?" Soalku tak puas hati.

Entah berapa banyaklah perempuan yang dia dah tipu. Urgh! Mamat ni memang menyakitkan hati! Lagi sakit hati bila aku terpandangkan kereta mama yang berada tidak jauh dari sini.

"Tu, kereta kau naik tu pun kereta mama aku tahu tak? Kau tu jantan murah yang langsung tak ada duit! Kau sekeluarga hidup pun atas ehsan mama aku, ada hati kau buat hal curang dengan mama aku?!" Tengkingku geram.

Aku tak pedulikan orang awam yang mula memandang ke arah kami. Peduli apa aku? Biar semua tahu perangai tak semengah jantan tak guna ni!

Aku kerling kekasih Ikram yang hanya diam memandang. Mungkin dia pun tak tahu apa yang perlu dia lakukan, nak marah pun, aku dah mengamuk dulu.

"Dina, kau jangan nak buat hal dekat sinilah!" Ikram tarik tanganku supaya menjauh. Mungkin tidak mahu aku terus menerus memalukan dia.

"Lepaslah! Kau jangan nak sentuh aku dengan tangan kau menjijikkan tu! Kau tunggulah, aku akan beritahu mama tentang perangai kau ni!"

"Dina!"

Pang!

Ikram terdiam bila tanganku melekat kuat di pipinya. Dah lama aku sabar dengan perangai lahabau mamat ni!

"Aku dah cakap jangan sentuh aku, kan?! Kau tengoklah nanti, mama akan halau kau keluar dari rumah tu! Dasar jantan tak sedar diri!"  Tanpa menunggu lama terus aku melangkah ke kereta.

Aku perlu beritahu mama semua ni. Biar dia tahu yang Ikram ni bukannya lelaki yang baik pun! Dasar jantan tak sedar diri!

Nombor telefon mama aku dail namun hampa bila hanya operator saja yang menjawab. Argh! Tak akanlah mama masihkan aku?

Ah, aku tak kira, aku mesti beritahu mama semua ni!

Kereta aku laju keluar dari kawasan parkir menuju ke rumah mama. Dalam aku sedang memandu tu, aku perasan yang ada kereta lain mengikut aku rapat dari belakang.

Dahi aku berkerut seribu. Itu bukan kereta mama yang Ikram bawa. Kereta hitam itu tak pernah pula aku nampak sebelum ni? Ah, mungkin hanya jalan kami yang sama.

×ELVIS   MEDINA×

Sampai saja ke rumahku. Dahiku berkerut melihat ada dua buah kereta mewah di halaman rumah. Ada tetamu ke?

Kaki aku langkahkan masuk ke dalam rumah. Terus kelibat mama aku cari. Mana pula mama ni? Masa aku ada hal penting macam ni lah dia nak tak ada?

"Dina..."

Aku tersentak bila suara mama kedengaran. Wanita itu berjalan ke arahku dengan senyuman lebar. Dah kenapa pula ni?

"Dina, datang sini sayang."

Nak tak nak aku langkahkan juga kaki ke ruang tamu utama. Waktu itulah baru aku perasan ada tetamu yang aku tak kenali. Senyuman aku lemparkan pada mereka. Aku perasan juga ada seorang lelaki yang mungkin seusiaku menarik senyum kecil padaku. Kacak!

"Ada apa ni, mama?"  Tanyaku hairan. Yalah, mama tak ada pula beritahu aku apa-apa.

"Ni kawan mama datang melawat. Mereka baru sampai dari UK semalam." Ujar mama memperkenalkan kedua pasangan suami isteri yang duduk di sofa sebelahnya.

Aku bangun bersalaman dengan mereka sebelum kembali duduk di sebelah mama.

Aduh, tak akanlah aku nak beritahu perkara tadi pada mama dihadapan tetamu? Mama juga yang malu nanti.

"Cantik yang Medina sekarang ni? Dah besar panjang ni makin cantik."

Aku tarik senyum kekok bila wanita di sebelah mama ni terus menerus memujiku. Nak duit raya ke mak cik?

"Medina tak ingat, aunty?"

"Medina ni kalau dia boleh ingat apa yang jadi dulu memang menakjubkanlah." Sindir Mama sebelum disambut tawa oleh tetamu yang lain.

"Ini Aunty Halimah. Tak ingat ke? Dulu selalu main dengan anak dia." Kata mama. Dahi aku berkerut seribu sebelum memori lama seolah-olah meletus kecil ke dalam otak.

Kalau ini Aunty Halimah dan Uncle Halim jadi anaknya ni...

"Hazry?"

Lelaki di hadapanku tarik senyum sengetnya.

?? FUFULIEYAMAT ??
?? 11 JANUARY 2019 ??
©? JANUARY 2019
?? Gadis Dambaan Setan??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience