BAB 3

Romance Series 12050

Pandangan aku lemparkan ke luar tingkap. Memandangkan hari ini cuti, aku buat keputusan untuk duduk je dekat rumah lagipun tak adalah menyakitkan hati sangat duduk rumah hari ini memandangkan mama dan Ikram dah bertolak ke Paris pagi tadi.

Aku pandang kedua lututku dan tanganku yang bertampal kain kasa. Entah kenapa rasa sebak pula tiba-tiba bila teringat yang mama langsung tak peduli bila aku beritahu apa sebenarnya yang terjadi dekat kolej semalam

Dia cuma suruh aku berehat dan kalau aku mahukan apa-apa minta saja pada Mak Mah yang merupakan pembantu rumahku yang dah lama bekerja di sini.

Apa boleh buat? Dah kekasih hati dia tu teringin sangat nak pergi Paris. Boleh pula buat drama tak nak pergi tadi sebab kesiankan aku. Naik loya betul aku jadinya.

Mama pun bukan main pula pujuk aku. Katanya kesiankan Ikram. Yalah, Ikram tu rasa bersalah pula nak pergi Paris sebab aku sakit. Pigidah! Ada juga aku muntah atas muka mamat tak tahu malu tu!

Air mata yang ingin menitis, aku lap dengan belakang tapak tangan. Nak menangis ke? Entahlah. Rasa macam air mata tak nak keluar sangat. Malu-malu Biawak macam tu.

Dahiku berkerut bila telefonku bergetar menandakan ada panggilan masuk. Terpapar satu nombor yang tak aku kenali. Siapa pula ni?

"Malas pula aku nak jawab." Desisku perlahan. Baru saja aku redahkan tubuh ke katil, sekali lagi telefon berbunyi. Menyampah pula aku jadinya.

"Ish! Siapa yang gatal sangat nak call aku pagi-pagi buta ni?!" Tangan terus mencapai telefon lalu butang hijau itu aku seret ke atas.

"Hello?!" Soalku kasar dengan suara yang sedikit meninggi. Tak faham ke kalau orang tak nak angkat tu maknanya orang tak naklah!

"Hello, sweetheart." Sapa satu suara serak-serak basah di hujung sana membuatkan aku terdiam seketika.

Macam aku kenal saja suara ni? Tak akanlah dia kot? Macam mana pula dia boleh ada nombor telefon aku?

"Siapa ni?" Soalku hairan. Aku kerutkan dahi bila terdengar tawa kecil di hujung sana.

"Tak akanlah you dah lupa? It's me, Elvis." Katanya pula.

Elvis. Siapa lagi kalau bukan lelaki kacak yang melanggarku semalam? Dia saja punya yang bukan mudah untuk aku sebut.

"Oh awak, ada apa?"

"Nothing. Macam mana keadaan kau? Better?"

Aku redahkan tubuh ke katil. Memeluk Teddy Bear sebesar budak lima tahun tu.

"Alhamdulilah makin baik cuma now saya dekat rumah aje. Rehat." Kataku.

Dahulu berkerut seketika bila hanya mendengar "hmm" saja di hujung talian. Itu aje ke yang dia nak tanya?

"Itu aje ke yang awak nak tanya?" Soalku pelik. Tak akanlah dia telefon semata-mata nak tanya aku soalan remeh macam tu?

Tawa kecil dan ringkas itu kedengaran lagi membuatkan aku tersenyum sendirian. Entah kenapa bayangan wajah kacaknya menjelma dalam mindaku tika ini.

"Sorry, aku tak pandai sangat nak berkomunikasi. Aku telefon sebab nak tahu keadaan kau. Kalau semua okey, aku lega."

"Lega sebab awak tak perlu bayar insuran nyawa saya ke?" Gurauku. Sekali lagi tawa di hujung sana kedengaran. Ah! Indah betul dengarnya!

"Apa kau mengarut ni? Kalau setakat insuran kau tu aku boleh bayar dua kali ganda lagi tapi kau tu aku risaukan."

Aku cebikkan bibir. Sempat pula dia nak berlagak dengan kekayaan dia tu. Aku gurau je pun.

"Awak risaukan saya? Kenapa?" Tanganku sekadar berbasa-basi.

"I don't know. It just... you crossed my mind now. Again, aku minta maaf sebab langgar kau."

Aku gigit bibir bawah. Tak tahulah kenapa tapi aku suka cara Elvis dan aku suka berbual dengannya sekarang ni.

"Em, kalau macam tu saya nak denda awaklah. Awak kena belanja saya makan malam esok? Okey?" Sengaja aku bertanya begitu. Mahu tahu juga jawapannya.

Jeda seketika sebelum akhirnya, Elvis bersuara,

"Sure. Kalau kau tak nak denda aku pun, aku memang nak ajak kau keluar makan." Katanya senada. Terus terkoyak lebar senyumanku. Entah kenapa hati tiba-tiba rasa berbunga.

Ada kupu-kupu tengah terbang dalam perut!

"Alright. Jumpa nanti."

×××

Aku melangkah turun ke tingkat bawah. Entah bila masanya aku tertidur petang tadi selepas buat assignment. Tahu-tahu saja sudah malam.

Turun ni sebab apa lagi? Sebab laparlah! Mungkin Mak Mah tak nak ganggu aku tidur, itu yang dibiarkan saja aku dalam bilik. Selalunya Mak Mah yang kejutkan aku.

Aku tarik muka menyampah bila seorang perempuan mendekatiku. Tersenyum kecil dengan wajah berlagaknya.

Menyampah pula aku menengoknya.

"Dina, aku nak pinjam kereta kau sekejap boleh tak? Kereta aku rosaklah." Aida berkata saat dia berhenti betul-betul di hadapanku.

Eh, perempuan ni? Tak tahu malu betul! Abang dengan adik, sama-sama jenis tak tahu malu! Huh!

"Kau siapa nak pinjam kereta aku? Teksi ada, kan?" Soalku acuh tak acuh. Dia ingat aku ni adik dia ke apa?

"Tak akanlah aku nak naik teksi? Lecehlah." Runggut Aida membuatkan aku tarik senyum sinis.

Tak sedar diri betul minah ni.

"Sebelum kau datang dalam keluarga aku ni, dulu kau naik bas aje kan? Kenapa? Dah rasa diri kau tu kaya ke?" Sindirku. Berubah terus wajah adik kepada ayah tiriku ni. Muda setahun saja dari aku tapi berlagak bukan main! Samalah dengan abangnya yang tak guna tu!

"Sedarlah diri tu, ada duit pun atas ehsan orang. Kesian." Baru saja aku ingin melintasinya, tanganku terasa ditarik kasar.

"Kau ni kenapa?! Aku minta baik-baik,kan?! Yang aku guna tu bukannya kereta kau pun!" Bentaknya.

Kalau nak dibandingkan Aida dengan Ikram, Aida ni memang tunjuk sangat yang dia tak suka aku dan memang suka memberontak. Mungkin sebab abang dia mahupun mama aku tak ada untuk penuhi permintaan dia, itu yang buat muka tak tahu malu datang menghadap aku ni.

"Kereta kau guna tu adalah kereta mama aku tahu? Kalau tak disebabkan abang kau yang murah tu, tak adalah aku kena hadap muka buruk kau ni. Menyakitkan mata."

Aida menjeling. Jelas buat muka depan aku. Ah, peduli pula? Sesuailah muka dengan perangainya tu.

"Dah jodoh, kan? Terima ajelah." Katanya selamba.

Aku rasa nak gelak golek-golek aje depan dia. Kahwin pun sebab kena tangkap basah, ada hati nak cakap pasal jodoh. Puih!

"Jodoh ke bodoh? Kahwin sebab kena tangkap basah. Abang kau dengan kau tak ubah pun macam pengemis dalam rumah ni. Memalukan." Cemuhku.

Peduli apa aku dengan kata-kata kasar aku ni? Dah muak jadi baik sampai orang pijak kepala aku! Keluarga aku pun dah musnah dan memang aku ni selalu dicop sebagai kurang ajar sebab mak bapak tak reti nak mengajar.

Ya! Memang! Aku jadi macam ni sebab tak ada siapa yang nak ajar aku! Mama dan papa pun asyik bergaduh Aje dari aku kecil sampai aku besar! Papa nak cari yang sempurna dan mama pun terlalu memilih harta jadi apa yang orang luar harapkan?

"Kau memang nak cari pasal dengan aku, kan?"

"Cari pasal? Siapa yang cari pasal dengan siapa? Aku ke kau? Dasar tak sedar diri. Hidup senang pun atas harta orang." Sindirku lagi. Melihatkan wajah merah padam Aida membuatkan aku tarik senyum sinis.

Tahu yang dia marah dengan aku.

"Kenapa? Kau nak pukul aku? Nak tarik rambut aku? Tariklah kalau berani? Aku ni memang tengah sakit sekarang ni tapi kalau setakat nak bunuh kau tu, boleh aje." Ugutku.

"Huh!" Aida merenggus sebelum melangkah meninggalkan aku. Sengaja dia hentak kaki ke lantai. Tak sakit ke?

"Hentaklah lagi kaki tu alang-alang boleh pecahkan lantai ni! Senang aku nak tukar baru! Jijik bila kau pijak!" Laungku bila Aida sudah naik ke tingkat atas. Huh! Puas hati aku!

Abang dengan adik sama Aje perangai! Menyakitkan hati!

Baru saja aku ingin melangkah ke dapur, Mak Mah muncul dari biliknya.

"Dina..." Tegur Mak Mah lembut. Aku pasti yang Mak Mah dengar pergaduhan tadi.

"Eh, Mak Mah dari mana? Ingatkan Mak Mah dah tidur?" Tanyakan sopan. Senyuman manis aku tarik seraya mendekati Mak Mah.

Seketika dahiku berkerut bila melihat sejambak bunga rose merah di tangan Mak Mah.

"Baru Aje nak tidur. Ni, ada orang hantar bunga untuk Dina."

Dahiku berkerut seribu. Siapa pula malam-malam buta macam ni hantar bunga pada aku ni?

"Bunga untuk Dina? Dari siapa?" Tanyalah hairan. Memanglah aku pernah dapat bunga tapi selalunya waktu aku dekat Kolej Aje. Dekat rumah siapa pula yang hantar?

"Tak tahulah. Teman lelaki Dina agaknya?"

Dahiku berkerut. Siapa pula jadi teman lelaki aku ni? Bila aku bercinta?

"Mana Dina ada teman lelaki..." Kata-kataku terhenti bila melihat nama yang tertera di kad.

"Ha senyum-senyum tu? Bukan dari teman lelaki ke?"

Aku tersentak. Tak sedar pula aku mengoyakkan senyuman.

"Bukanlah Mak Mah..."

Mak Mah menggeleng dengan senyuman.

"Tak apalah, Dina pergi makan ya? Mak Mah dah siapkan atas meja tu." Ujar Mak Mah sebelum melangkah semula ke biliknya.

Aku kembali menatap kad kecil yang terselit di antara bunga tu.

"Sweetheart, Medina... Elvis..." Aku tersengih-sengih sendirian. Laju betul mamat ni buat kerja? Tahu pula dia alamat rumah aku?

Pelik... Nombor telefon dan alamat rumah aku pun dia tahu ya? Tak akanlah pihak hospital senang-senang bagi butiran peribadi pesakit?

Ah, lantaklah. Elvis je pun. Bukannya dia nak buat jahat dekat aku.

??Fufulieya Mat ??
??3 JANUARY 2021??
© JANUARY 2021
??Gadis Dambaan Setan??

Jangan lupa vote, comment and share!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience