BAB 13

Romance Series 12050

Aku hela nafas berat. Pandangan aku halakan pada taman mini yang tampak sunyi dihiasi gelap malam. Hari-hari yang mendatang terasa bagaikan kosong. Semuanya sama macam hari-hari sebelumnya atau mungkin tidak. Mungkin juga semuanya lebih teruk dari sebelum ni.

"Panjang betul mengeluh?"

Aku pusingkan badan bila satu suara menegur. Senyum kecil aku lemparkan pada Hazry. Tak sangka pula yang keluarganya bersetuju untuk menginap di sini selepas mama mengajak mereka. Tak apalah, malam ni aje, esok mereka akan berangkat ke rumah sendiri.

Tanpa dipelawa, Hazry labuhkan punggung di kerusi bersebelahanku. Senyuman manis dia lemparkan padaku.

"Tak ada apalah. Kenapa you tak tidur lagi? Dah lewat malam ni?" Soalnya sekadar berbadan basi. Sempat mataku melirik ke arah skrin telefon yang memaparkan jam 11 malam. Nasib baik ada dekat rumah keluarga, kalau dekat rumah sendiri, mahunya kena tangkap khalwat.

"I tak boleh tidur. You tu, sibuk tanya I kenapa tak tidur lagi, yang you tak tidur lagi kenapa? Mengeluh dekat sini, lambat laun nanti you cepat tua." Usiknya membuatkan aku tercebik bibir.

Macam mana aku tak cepat tua kalau orang-orang sekeliling aku asyik beri aku tekanan mental dan fizikal aje? Lama-lama bukan boleh cepat tua agaknya aku yang masuk kubur dulu. Penat!

"Suka hati aje cakap orang. Tak sedar dia pun dah makin tua."

Hazry tertawa kecil. Entah apa yang kelakar pun aku tak tahulah. Buang tebiat agaknya.

"You ni dari kecil sampai besar, garangnya bukan main lagi. You telan Harimau ke masa Dinner tadi?"

Aku menjuihkan bibir. Aku pun tak tahu sama ada aku yang semakin cepat naik angin atau semua orang disekeliling aku sememangnya menyakitkan hati? Atau mungkin kedua-duanya sekali.

"Dina, sepanjang kita terpisah, you rindu I tak?"

Aku kerutkan dahi mendengar soalan Hazry. Sentimental pula malam-malam macam ni.

"Entahlah. Awal-awal you pergi dulu adalah juga I rindu tapi now I pun dah lupa yang you wujud." Balasku jujur.

Dulu selalu juga aku menangis sebab Hazry tinggalkan aku. Terasa seperti kehilangan seorang abang yang melindungi yang juga menjadi rakan sepermainan tapi setelah aku semakin menginjak dewasa aku semakin melupakan Hazry, aku lebih sibuk dengan masalah yang aku hadapi.

"Lagipun buat apa I nak rindukan orang yang tinggalkan I? You dah pilih jalan hidup you jadi I akan teruskan hidup dengan jalan hidup I." Sambungku bila Hazry hanya diam menatapku dengan senyuman tawar.

"Tapi sepanjang I dekat sana, I rindukan you."

Aku tersentak. Mataku terkebil-kebil memandang Hazry. Pandangan redup itu membuatkan aku tak selesa. Aku tak pernah anggap Hazry lebih dari seorang abang.

"I masuk bilik dululah. Dah lewat ni... Mengantuk. You pun, pergilah tidur. Tak elok berjaga." Aku cepat-cepat bangun dari dudukku dan melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Hazry yang terpinga-pinga sendirian. Memang nak larikan diri dari dia pun.

Sudah! Jangan cari pasal cakap mamat ni suka aku pula! Tak nak! Aku dah anggap dia macam abang sendiri! Kalau Elvis lainlah—eh!

Eh, Tiber Elvis.

ELVIS × MEDINA

Esoknya awal pagi lagi aku berangkat ke kelas. Tak sempat bertemu dengan keluarga Hazry pun lagipula sememangnya aku mengelak dari bertemu dengan Hazry.

Sudahlah, aku tak nak serabutkan otak aku dengan masalah lelaki pula. Lagi-lagi aku dapat tahu yang Aida suka benar pada Hazry, malaslah aku nak berperang dengan minah tu sebab lelaki.

Kalau nak sangat Hazry tu, ambillah. Itu pun kalau Hazry nak juga dekat perempuan miang buluh tu.

"Dina!" Suara Erin kedengaran saat aku melangkah masuk ke kelas. Gadis berambut kerinting itu melambaikan tangannya padaku. Comel pula penampilan gadis itu hari ni.

"Hai." Sapaku saat melabuhkan punggung di sebelah Erin. Dahi aku berkerut bila dia asyik tersenggih-senggih memandangku.

"Kenapa kau pandang aku macam lelaki miang ni?"

Aku mengaduh bila Erin cubit pipiku geram. Apa? Salah ke aku cakap? Dia yang tersenggih-senggih macam kerang busuk pandang aku.

"Kau tahu tak—"

"Tak tahu." Pintasku sebelum sempat Erin menghabiskan ayat. Sengaja ingin mengusiknya.

Erin merenggus. Sekali lagi pipi aku dicubit geram. Adoi! Lama-lama boleh jadi kuih paulah pipi aku ni.

"Kalau aku gigit pipi kau karang, kau jangan tanya kenapa." Ugut Erin geram mengundang tawaku.

"Yelah, apa dia?"

"Institut ni akan mengadakan Majlis Peragaan tau hujung bulan ni sempena hari lahir Institusi ni."

Dahi aku berkerut seribu. Kenapa pula Majlis Peragaan? Tak akanlah semua pelajar nak buat cat walk sempena hari peragaan kot? Borong ya.

"Kenapa Majlis Peragaan?" Tanyaku hairan. Dari mereka buat Majlis Peragaan, lebih baik buat sukaneka ke, Majlis jualan amal ke, pesta makanan ke, boleh juga seharian aku makan aje.

"Sokongan majoriti. Ini pun sebab nak anjurkan peragaan untuk senior-senior Fashion designer lagipula aku dengar ada satu pihak ni yang sponsor majlis ni tau."

Dahi aku berkerut seketika tapi tiada pula suara yang keluar dari anak tekak. Wajah teruja Erin aku pandang lama minta penjelasan.

"Ada pihak yang anjurkan and cuba teka dekat mana majlis tu berlangsung?" Beria-ia Erin bertanya padaku. Bila aku angkat kening seolah-olah bertanya semula padanya terus laju dia menjawab,

"Majlis Peragaan tu akan berlangsung di Queen Hotel tau! Aku teruja gila! Bukan selalu aku dapat pergi hotel Mewah macam tu!" Terjerit teruja Erin dibuatnya. Tangan aku jadi mangsa pukulannya. Ei, selalu macam ni, setiap kali dia teruja, aku yang jadi mangsa pukulan dia.

"Ha, nanti dekat sana semua dah ada pasangan sendiri. Aku pergi dengan Khalil. Kau?" Terkedip-kedip mata Erin memandangku.

Sumpah aku rasa nak lepuk minah ni. Bukan ke dia memang tahu aku ni single? Haish!

"Kau ni janganlah tanya soalan sensitif macam tu, Erin. Kau tak tahu ke kawan kau ni tak laku?"

Aku dan Erin serentak menoleh ke kiri. Mona yang berdiri di sebelah mejaku berpeluk tubuh dengan senyum sinisnya.

Pagi-pagi dah tunjuk muka buruk dia depan aku. Menyakitkan mata betul.

"Kau tak payah nak sebok boleh tak? Menyampuk aje kerja." Bidas Erin. Mungkin dia juga menyampah dengan Mona yang asyik menganggu.

Mona angkat bahu.

"Aku kesian dekat kawan baik kau ni. Yalah, forever alone. Tak ada teman nak ke mana-mana."

Aku pusingkan tubuh menghadapnya. Senyuman manis aku lemparkan pada dia.

"Terima kasihlah sebab ambil berat pasal aku. Kau pula macam mana? Pergi dengan siapa?" Tanyaku lembut. Belum sempat Mona menjawab pantas aku memotong,

"Oh, dengan orang tua tu eh? Ops—silap, lecturer kita tu ya? Eh, sesuai sangatlah kau dengan dia. Nanti kat majlis tu mesti kau dengan dia nampak macam pinang dibelah kapak!" Aku tertawa lalu disambut Erin.

Berubah muka Mona jadinya. Jelas yang dia macam nak bunuh aku. Heh, kalau berani, buatlah!

"Eh tapi isteri dia tak datang sekali ke? Bolehlah kau berkenalan dengan bakal madu betul tak?" Sambungku lagi.

Mona merenggus geram lalu menghentak kakinya sebelum berlalu. Baguslah tu, hentaklah lagi kaki tu biar terseliuh, patah terus pun tak apa! Padan muka!

"Jadi macam mana?" Tanya Erin bila aku pandang wajahnya.

Fikiranku melayang. Cuba memikirkan siapa yang boleh aku ajak untuk jadikan teman.

Elvis? Nak ke lelaki tu temankan aku? Hazry? Nanti dia fikir aku beri dia peluang pula.

"Kak Dina!"

Dahi aku berkerut bila terpandangkan Aira yang merupakan junior jurusan fashion designer mendekati. Di tangannya ada beberapa helai kertas yang dipegang.

"Kenapa ni Aira? Macam kena kejar hantu aje?" Soalnya hairan bila Aira sudah termengah-mengah di hadapanku.

"Aira cari Kak Dina lah."

Dah kenapa pula cari aku? Aku kerutkan dahi bila Aira hulurkan sehelai kertas padaku.

"Untuk apa ni?"

"Akak kena tolong Aira untuk jadi model pakaian yang Aira buat, please? Akak tahu kan yang Aira tak ramai kawan dekat sini dan akaklah satu-satunya harapan Aira sekarang ni." Bersungguh-sungguh Aura menerangkan. Aku tengok si Aira ni pun dah macam nak menangis.

Memang aku tahu yang dia ni tak ramai kawan memandangkan dia baru saja berpindah ke sini ditambah lagi dia boleh dikategorikan sebagai anti sosial.

"Tapi..."

"Tolonglah..." Suara Aira penuh rayuan. Aku pandang Erin seketika, dia mengangguk mengisyaratkan supaya aku terima. Kesian dek Aira yang terus menerus meminta belas kasihan.

"Okeylah, akak setuju." Kataku. Kalau aku datang pun, aku tak perlukan pasangan sebab kerja aku hanya jadi model.

Senyuman Aira melebar. Terus dia meloncat suka.

"Terima kasih sangat-sangat!"

?? FUFULIEYAMAT ??
??13 JANUARY 2019 ??
©? JANUARY 2019
?? Gadis Dambaan Setan??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience