Petang tu aku turun ke bawah. Rancangan aku nak pergi King Holding memang terpaksa dibatalkan saja dek kerana tiada kek yang aku buat.
Waktu aku turun tadi pun mama langsung tak menyapaku. Hanya jelingan saja yang dia hadiahkan pada aku sebelum berlalu ke dalam biliknya. Kelibat Ikram dengan Aida pun aku tak nampak langsung. Entahlah, terperap dalam bilik agaknya.
Aku pandu satu lagi kereta yang ada di garaj. Itu kereta papa dan memangnya dah tukar pada nama aku dan memang aku mengharamkan sesiapapun sentuh kereta tu. Aku sayang kereta papa ni sebab banyak sangat kenangan kami bersama.
Kereta aku pakirkan di hadapan sebuah kafe yang terkemuka di ibu kota. Kaki ku melangkah masuk ke dalam kafe yang tampak elegan dengan kombinasi warna vintage dan bunga-bunga segar terutamanya bunga Matahari yang jadi perhiasan.
Haura's Cafe sememangnya jadi pilihan aku tapi jangan salah faham walaupun nama aku Medina Haura tapi Haura's Cafe bukanlah milik aku tapi ianya milik,
"Kak Dhiya!" Aku seru nama pemilik cafe. Mataku tertancap pada seorang perempuan yang sedang duduk termenung di meja berdekatan kaunter. Wajah cantik itu menoleh dan melemparkan senyuman manis padaku.
"Hai Dina." Sapa Kak Dhiya saat aku melabuhkan punggung di hadapannya tanpa dipelawa. Ah, aci redah ajelah. Bukannya aku tak rapat dengan Kak Dhiya ni.
Haura's Cafe adalah milik Kak Dhiya atau nama sebenarnya Dhiya Haura Megat Iskandar. Orangnya memang cantik persis Barbie doll versi muslimah.
"Dina dari mana?" Tanya Kak Dhiya membuatkan aku tarik muka sedih. Nak menangis Aje bila teringat apa yang jadi.
"Dari rumah. Kak Dhiya tak kerja ke hari ni?" Tanyaku sekadar berbadan basi. Macam mana aku kenal dengan gadis cantik ni?
Aku kenal Kak Dhiya Haura kira-kira 5 tahun lepas. Dia merupakan senior aku dekat kolej cuma aku baru kenali dia masa dia sudah hampir tamat pengajian dan bertemu pula bila aku selalu mengunjungi cafe dia.
"Tak. Akak cuti."
Aku dengar Kak Dhiya hela nafas berat. Entah apalah yang menganggu dirinya tu. Bukannya aku tak nak bertanya tapi aku tahu yang Kak Dhiya jenis manusia yang bukan senang cerita masalah dekat orang. Dia tak percayakan orang-orang disekelilingnya.
"Kenapa muka nampak monyok Aje ni?"
"Hm, tadi Dina buat kek tapi kek tu dah ada manusia rosakkan. Tak ada mood Dina nak duduk lama-lama dalam rumah tu."
Kak Dhiya tarik senyum tawar seolah-olah faham apa yang aku hadapi kerana setahu aku dia juga datangnya dari broken family sama macam aku.
"Senyum sikit. Apa kata Dina buat Aje kek tu dekat dapur cafe Akak ni?" Cadang Kak Dhiya membuatkan hati aku melonjak teruja. Terus aku pegang kedua tangannya yang berada di meja.
"Betul ke ni Kak Dhiya?" Tanyaku inginkan kepastian. Kak Dhiya hamburkan tawa kecil.
"Ya, boleh lagipun akak nak tutup kedai dah sekejap lagi. Esok ada renovation so nak kemaslah mana yang patut."
Oh patutlah aku perasan tak ramai sangat orang hari ni selalunya ramai juga. Macam mana lah aku tak perasan yang ada tanda "We will close soon." dekat pintu tadi?
"Terima kasih, Kak Dhiya! Sayang gila dekat akak!" Tanpa segan silu aku tarik Kak Dhiya ke dalam pelukan mengundang tawa gadis cantik itu.
"Jom akak temankan Dina." Kak Dhiya segera bangun dari duduknya menarik tangan aku ke bahagian dapur.
?
Aku pandang Kak Dhiya yang sedang termenung memandang kek di hadapannya. Kek coklat yang dia buat sementara menunggu aku siapkan kek red velvet buat Elvis.
"Kak Dhiya Okey ke? Dari tadi lagi Dina nampak akak asyik termenung Aje?" Tanyaku khawatir. Manalah tahu kalau sebenarnya Kak Dhiya ni ada masalah.
Kek Red Velvet yang sudah siap dibungkus cantik tu aku tolak ke tepi. Memberi sepenuh perhatian pada Kak Dhiya yang sudah menghela nafas berat lalu menggeleng dengan senyuman lembut.
Ah, mungkin ada masalah dengan suami agaknya?
"Kak Dhiya buat kek ni untuk suami akak ke?" Tanyaku mengalihkan topik perbualan. Aku tahu yang Kak Dhiya tak nak aku masuk campur dalam masalahnya.
"Iya, suami akak suka Kek Coklat sebab tu akak buatkan."
"Suami—" Baru saja aku ingin bertanya lebih lanjut, satu suara yang kedengaran tegas dari belakang membuatkan aku terdiam.
"Sugar."
Aku pantas kalihkan badan ke belakang. Mataku terpaku seketika pada lelaki kacak yang beriris mata hijau sama dengan Elvis. Tak berkedip aku memandangnya mendekati Kak Dhiya yang sudah berdiri.
"Hansz? Apa awak buat dekat sini?"
Senyum manis dilemparkan pada Kak Dhiya membuatkan aku turut tersenyum. Kacak betul suami Kak Dhiya ni! Sama padanlah dengan Kak Dhiya yang cantik jelita!
"Datang jemput isteri aku yang merajuk ni." Hujung jari Hansz mencuit hidung isterinya.
"Hmph."
"Merajuk lagi ke hm? I'm sorry okey? Jom, aku ada hadiah istimewa untuk kau." Katanya lembut. Aku yang mendengar turut rasa nak jadi ais krim cair. Oh my god!
"Ish, awak ni tak malu ke? Budak-budak tengok."
Wajah Kak Dhiya merah padam. Mungkin segan bila aku terus memerhatikannya. Terus aku bangun dari dudukku dengan sengihan yang masih tak padam.
"Sweetlah. Anyway, Kak Dhiya bersweet- sweet lah dulu. Dina nak pergi beri kek ni dekat kawan Dina. Terima kasih tolong Dina." Aku terus bersalam dengan Kak Dhiya sebelum meminta diri.
"Alright, Dina hati-hati tau."
Aku sekadar angguk dan melambai tangan. Kaki dilangkahkan ke keretaku dan meluncur laju ke syarikat Elvis.
"King Holding..." Aku pandang lama kad perniagaan yang Elvis berikan pada aku. Rasanya dah betul alamat ni.
Mataku terpegun seketika melihat kemewahan syarikat King Holding ni. Memang kaya agaknya mamat tu! Syarikat bukan main gah!
Aku langkahkan kaki bersama kek di tangan menuju ke kaunter pertanyaan. Ada seorang gadis penyambut tetamu tersenyum mesra padaku.
"Hai, boleh saya jumpa dengan Encik Elvis Adriano King?"
"Cik ada buat appointment?" Tanyanya lembut. Senyuman manisnya tak kengkang dari bibirnya.
"Um, tak ada tapi dia suruh saya datang sini."
Gadis itu terdiam lama seolah-olah sedang memikirkan sesuatu sebelum ganggang telefon dia capai.
"Sekejap ya Cik, saya tanya setiausaha dia dulu. Sa—Cik Vira!" Aku sedikit terkejut bila suaranya dikuatkan. Tangan naik melambai ke belakangku.
Ada seorang gadis yang berpakaian agak seksi berwarna merah mendekati kami. Wajahnya jelas kelihatan angkuh. Bos di sini agaknya atau setiausaha seperti yang gadis itu katakan?
"Tuan Elvis ada tetamu. Katanya Tuan Elvis yang suruh dia datang ke sini."
Perempuan yang dipanggil Cik Vira itu memandangku dari atas sampai bawah seolah-olah menilai ku namun aku abaikan saja pandangannya. Senyuman aku lemparkan.
"I tak ada terima apa-apa appointment pun pasal tetamu tak diundang."
Aku kerutkan dahi mendengar kata-katanya. Dia ingat aku Setan ke apa nak main ayat tak diundang bagai?
Gadis di sebelahku sempat menjeling tajam sebelum mengalihkan pandangannya. Apa masalah minah ni?
"Kalau macam tu, boleh tolong berikan Kek ni pada Tuan Elvis? Cakap saya buatkan untuk dia." Aku hulurkan kotak kek pada Vira namun sedikit pun dia tidak menunjukkan tanda-tanda akan menyambut huluran ku. Biadapnya!
"Nanti saya tolong hantarkan. Terima kasih ya, Cik." Kotak bertukar tangan tapi bukan dari Vira tapi dari gadis penyambut tetamu.
Aku hela nafas berat. Baru saja beberapa langkah aku berlalu dari meja kaunter, telingaku menangkap kata-kata Vira yang jelas memanaskan hati aku.
"You jangan berani nak beri Tuan Elvis sampah macam ni. Buang Aje."
Perempuan ni dah lebih!
"Excuse me? Apa masalah awak ni?" Aku berdiri betul-betul di hadapan Vira memandangnya tajam.
"Tuan Elvis tak makan Kek murah macam ni lagi-lagi dari perempuan yang tak tahu dari mana asal usul ni."
Eh minah ni? Yang dia nak over reacting ni dah kenapa? Macamlah aku suruh dia yang telan kek yang aku buat tu.
"Tak apalah, saya akan hantar sendiri." Aku ambil semula kotak kek dari atas meja penyambut tetamu. Sabar Dina. Jangan timbulkan masalah dekat sini.
Tak ada guna bergaduh dengan perempuan terencat akal macam ni.
"Ada hati nak pikat Tuan Elvis dengan kek murah macam tu. Entah ubat guna-guna apalah yang dia letak dalam tu." Sindirnya bila aku ingin berlalu.
Damn! Aku tak boleh sabar lagi! Perempuan ni memang nak makan tapak kasut aku!
"Mulut tu jaga sikit eh. Kau tu baru kerja jadi PA dia ajelah. Bukannya kau akan jadi bini dia."
Vira tertawa sinis.
"Memang I akan jadi bini dia. Kenapa? Jealous?"
Aku tarik senyum sinis. Perempuan macam ni Elvis nak jadikan isteri? Minta simpanglah!
"Kalau kau akan jadi bini dia kenapa dia suruh aku datang sini siap suruh buatkan kek untuk dia? Panggil aku, Sweetheart bagai? Kesian eh kau? Perasan seorang diri." Aku tutup mulutku dengan hujung jari seolah-olah cuba menyembunyikan tawa.
Sengaja aku kata macam tu untuk sakitkan hati dia.
Muka Vira merah padam. Dari aku terus melayan perempuan macam ni lebih baik aku balik. Menyakitkan hati Aje.
Baru saja tangan aku nak ambil kotak kek di atas meja, tangan Vira terlebih dahulu menepis kotak kek hingga jatuh ke lantai.
"Ops sorry." Dia tayang senyum mengejek seolah-olah puas hati dengan apa yang dia lakukan.
Laju aku tolak bahunya hingga Vira hampir saja terjatuh ke belakang. Nak sangat, kan?!
"Kau ni memang kurang ajar, kan? Kau jaga sikit perangai kau jangan sampai tangan aku ni melekat dekat muka kau!" Tengkingku geram.
Panas satu badan aku rasakan saat ni. Minah ni memang nak mati agaknya!
"Kalau berani cubalah!" Cabarannya, bahuku ditolak berkali-kali.
Pang!
Ha Kan dah mendapat. Nak sangat aku lempang muka dia tu kan? Nasib baik tak berjerebu Aje syarikat ni.
"Puas?" Soalku bila Vira terdiam saat tanganku sudah terasa perit menampar pipinya.
"Kau!"
"Vira!"
Suara penuh authority itu menghentikan Vira dari menyerangku. Jelas aku lihat wajahnya pucat buat seketika.
?? FUFULIEYAMAT ??
??9 JANUARY 2019 ??
©? JANUARY 2019
?? Gadis Dambaan Setan??
Jangan lupa vote, comment and share!
Share this novel